LISA!24

2.4K 76 7
                                    

TOK! Tok! Tok!

"Kejap!" Mel yang sedang mengemas dapur berlari anak ke ruang tamu untuk membuka pintu utama yang diketuk tak henti-henti sejak tadi. Tak reti sabar ke orang yang ketuk pintu ni? Macam nak roboh dibuatnya!

Klerk...

Muncul saja aku di depan pintu, terus Mel mengguling biji mata. Aku tersengih seperti kerang busuk. Apabila pintu itu mahu ditutup Mel, lantas aku tahan sekuat mungkin sehingga ia kembali terbuka luas.

"Kau nak apa?!"

"Mel... Kau marah aku lagi ke..." Mel berdecit sebelum kembali masuk ke dalam rumah. Tanpa membuang masa, lantas aku masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Mel yang berjalan ke arah dapur.

"Dah tahu tanya lagi!"

"Mel, tolonglah maafkan aku. Aku janji, aku takkan tipu kau lagi! I'm sorry..."

"Sorry naik lorilah! Aku ni marah bersebab tau? Bukan saja-saja! Dah tahu kau tu isteri orang, yang menggatal dengan ex boyfriend kau tu siapa suruh? Walaupun kau tu kawan baik aku tapi salah tetap salah!"

"Iya, memang salah aku! Aku yang jumpa Danish, aku yang sambut birthday dia, aku tipu kau, aku tipu suami aku, memang salah aku. Puas hati? Khalif dah maafkan aku... Takkan kau taknak maafkan aku? Aku bosan tau sebab takde kawan gosip... Aku mintak maaf, Mel. Aku janji aku takkan buat lagi! Janji! Demi Allah!" Ucapku seraya mengangkat tangan seakan sedang bersumpah.

Mel merengus kasar.

"Yelah-yelah, aku maafkan! Tapi ingat eh, sekali lagi kau buat perangai, kita putus sahabat!"

Aku bersorak gembira. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan punggung disitu. Sebalang kerepek yang berada di atas meja aku capai lalu penutupnya dibuka. Sekeping demi sekeping kerepek masuk dalam mulut aku sambil menonton kegiatan Mel yang sedang mengemas dapur.

"Kau datang sini pagi-pagi buat apa? Takde kerja lain nak buat?" Aku menggeleng kepala sebagai balasan pertanyaan Mel.

"Khalif pergi kerja. Dekat rumah aku tu cuma ada mertua aku saja, dengan Kak Yam. Tapi, Khalif tak kasi aku duduk rumah. Dia suruh aku datang sini, bawak kau keluar pergi jalan-jalan. Kau free tak?"

"Kau nampak aku tengah free ke?" Dah tahu tanya lagi. Tak ke soalan bodoh namanya?

"Lepas ni lah, gila! Kau ada plan nak pergi mana-mana ke cuti sem ni?"

"Erm...aku nak balik rumah mak aku. Mungkin esok atau lusa."

"Azira?"

"Azira jaga boyfriend dia dekat hospital. Haritu accident. Kaki kiri dengan tangan patah."

"Accident sebab apa?" Terkejut aku dengar berita tu. Kenapa Azira tak bagitahu aku pasal benda ni?

"Kena langgar lari. Dengar cerita pemandu kereta tu kena kejar polis sebab bawak dadah dalam bonet kereta. Boyfriend dia pulak naik motor kebetulan lalu jalan yang sama tapi arah bertentangan. Memang bertembunglah masa tu. Nasib baik sempat diselamatkan... Menangis air mata darah si Azira haritu..." Cerita Mel. Tekun aku mendengarnya.

Kesian lelaki tu. Harap-harap umurnya dipanjangkan. Kalau tak, memang jadi anak dara tua si Azira nanti.

"Eh, kau cakap tadi laki kau tak kasi duduk rumah sebab mertua kau ada? Kenapa? Mertua kau tak suka kau ke?" Soal Mel berbalik pada topik utama. Aku mengangkat bahu sambil mengemam bibir.

"Nampaknya macamtulah. Dia bandingkan aku dengan perempuan yang dia nak jadikan menantu. Last-last tak dapat sebab Khalif kena kahwin dengan aku sebab kes kena tangkap basah dulu. Mulut dia tu perghhh! Menyirap wei telinga aku dengar. Dia kata aku ni perempuan tak tahu asal usul! Lepastu dia cakap aku terima Khalif sebab duit! Lepastu-lepastu en dia kata aku ni tak pandai masak, tahu terperap saja dalam bilik! Siapa saja tak bengang wei kena kutuk macamtu depan bapak mertua dengan adik ipar?"

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now