LISA!20

2.8K 83 5
                                    

IMRAN melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat milik keluarganya. Dia melabuhkan punggung di sebuah sofa di ruang tamu sebelum nafas lelah dilepaskan. Tiga butang baju kemeja teratas dibuka mendedahkan dada bidangnya. Lengan baju disenteng sehingga ke siku.

"Baru balik?" Mata yang terpejam terus terbuka. Sara.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Imran pelik. Dia melilaukan pandangan ke sekeliling rumah. Kosong. Daddy dengan mummy mana? Takkan tak balik kerja lagi?

"Ni kan rumah cousin I. Sukahati I lah nak datang ke tak. You tu, baru balik?" Imran menggulingkan biji mata.

"Sukahati akulah nak balik bila. Yang kau sibuk kenapa?"

"I? Sibuk? Huh, You tahu tak handbag I dekat dalam kereta you? Dah lah tinggalkan I sorang-sorang lepastu I call tak angkat! Sibuk sangat dengan betina tu buat apa?!"

"Betina mana kau cakap ni??"

"Dalisha Inara!" Imran bercekak pinggang. Nafas dalam ditarik. Tangan kanan diseluk ke dalam poket seluar lalu kunci kereta dikeluarkan dan diletakkan di atas tapak tangan Sara.

"Pergi ambik handbag kau sendiri. Aku nak rehat." Disebabkan malas mahu melayan perangai sewel minah seorang ni, Imran membawa diri ke tingkat atas. Namun, baru beberapa tapak melangkah Sara kembali bersuara.

"You nak I ambik handbag I sendiri lepas you biarkan I macam tunggul siang tadi? You jangan lupa eh Imran, you tu cuma kuli I. Kalau bukan disebabkan harta keluarga I, entah-entah you dengan family you yang bankrupt tu dah duduk dekat bawah jambatan!"

Imran mengetap rahang. Penumbuk kosong dikepal. Sara yang membelakanginya tersenyum sinis setelah berjaya buat lelaki itu marah, atau lebih tepat lagi... Sedar diri.

Imran patut tahu dimana dia berada sekarang. Semua yang ada dalam rumah ni adalah hasil titik peluh keluarga Sara. Keluarga Imran cuma menumpang kekayaan mereka saja. Meskipun ayah Imran dan ayah Sara adalah adik-beradik, tapi mereka berdua tak tumpah seperti anjing dan kucing!

Bila business dah bankrupt, tahu pulak pandai merayu mintak tolong. Sanggup jilat kaki lagi sebab takut jatuh miskin!

"Apa masalah kau ni?" Imran cuba menahan diri daripada dilanda rasa marah yang membuak. Kalau bukan disebabkan Sara ni sepupu dia, dah lama dia tanam perempuan ni hidup-hidup. Tahu nak mengungkit kisah lama saja!

"Masalah I adalah you! I don't fucking care if you are handsome, popular or not. Sebab pada mata I, you cuma sampah yang dikutip semula dan dijadikan kuli. You patut bersyukur yang I tak layan you macam anjing kurap depan kawan-kawan kita tau? Agak-agak apa reaction diorang kalau tahu pasal latar belakang you?"

Sara tersenyum sinis sekali lagi apabila melihat reaksi wajah Imran yang seperti mahu menelannya hidup-hidup. Dia pun dah banyak bersabar dengan perangai lelaki ini yang melayannya seperti bukan siapa-siapa.

Kunci kereta yang berada digenggamannya dihulurkan kepada Imran.

"Tolong ambikkan handbag I? And... I rasakan I tak laratlah nak balik rumah sekarang. Malam ni I nak tidur bilik you, you tidur dekat bilik tetamu ataupun... Tidur saja dekat ruang tamu. Senanglah I nak suruh you ambikkan I air tengah malam nanti kalau I haus?"

Senyuman sinis dimaniskan Sara. Setelah kunci kereta bertukar tangan, Sara membawa diri naik ke tingkat atas atau lebih tepatnya bilik tidur Imran. Sebelum itu, sempat flying kiss diberikan kepada lelaki tersebut.

Imran merenung kunci kereta yang berada ditangannya. Perasaan marah sedang menyelubungi dirinya tika ini. Rahangnya diketap sebelum membuka langkah ke arah pintu rumah untuk mengambil beg tangan Sara di dalam kereta.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now