LISA!19

2.6K 81 8
                                    

"TIMES up! Melissa, collect the question papers now!" Dr. Hafreez merangkap pensyarah Matematik Tambahan, bangun dari kerusinya setelah peperiksaan subjek terakhir tamat. Semua pelajar menghembuskan nafas lega selepas tamatnya peperiksaan semester empat ini.

Huh! Two semesters to go!

Aku menghembuskan nafas lega! Akhirnya, cuti sem telah tiba! Aku tak sabar nak merehatkan mental dan fizikal aku. Tapi, masih ada masalah yang belum diselesaikan.

Masalah Khalif dan Mel. Sejak kejadian malam aku sambut birthday Danish, Khalif langsung tak menegur aku. Walaupun kitorang sudah mula tidur sekatil, aku rasa Khalif jauh daripada aku. Malam dia tidur awal dan aku tidur lambat. Siang pula dia bangun awal dan aku bangun lambat.

Tiap kali aku duduk di meja makan untuk bersarapan, Khalif bangun dan terus pergi kerja. Langsung tak wish good morning pada aku. Sepanjang aku exam pun dia tetap dingin dengan aku. Dalam kelas dia bersikap profesional meskipun mata aku pulak asyik gatal nak tengok muka dia ketika peperiksaan sedang berlangsung.

Melissa?

Dia pun tak tegur aku. Pandang muka aku lagilah. Tiap kali waktu peperiksaan tamat, terus dia angkat beg dan bla. Bila aku cuba untuk menegur, dia buat-buat tak nampak aku.

Jujurlah siapa saja tak terasa kalau dilayan begitu oleh sahabat sendirikan?

Tapi aku faham kenapa dia berkelakuan sedemikian. Salah aku jugak sebab tipu dia padahal selama ni aku tak pernah tipu dia. Termasuklah setiap kali aku nak dating dengan Danish, mesti aku akan bagitahu dia.

Sepanjang dua minggu peperiksaan berlangsung, aku tak dapat fokus 100 peratus tapi aku tetap cuba buat yang terbaik. Aku husnudzon dan menganggap semua perkara tu tak penting. Tapi, aku dapat agak bahawa keputusan kali ni tak seperti yang aku mahukan sebab aku telah berdosa pada Khalif, suami aku sendiri...

Aku berharap dan sentiasa berdoa agar dia maafkan aku. Reda suami itu penting!

"Mel..." Buat kesekian kalinya, aku menegur Mel. Aku mahu membetulkan kesilapan aku. Aku tak suka bergaduh dengan dia lama-lama. Aku rasa serba-salah dan sedih bila Mel pulaukan aku. Aku taknak hilang sahabat aku. Aku sayangkan dia.

Namun, seperti biasa dia buat-buat tak nampak aku. Lantas lengannya aku tarik sedikit kuat membuatkan dia merengus kasar.

"Jangan sentuh akulah!" Marah Mel. Lengannya yang dipegang aku direntap kasar. Wajah aku merah, cuba menahan air mata yang ingin mengalir. Nasib baiklah semua orang dah bersurai kalau tak mesti hubungan aku dan Mel jadi buah mulut orang.

"Kau marah aku lagi ke? Aku mintak maaf Mel. Aku takde niat pun nak tipu kau..." Mel tersenyum sinis seraya berdecit.

"Takde niat nak tipu aku? Habistu, kenapa tak jujur saja dengan aku yang kau nak jumpa Danish haritu? Sebab takut aku marah? Siapa saja tak marah kalau sahabat sendiri membelakangkan kita? Dahlah kau tipu aku, suami kau pun kau tipu. Tak rasa berdosa ke?"

Aku diam. Takkan disebabkan aku tipu dia pasal Danish, dia nak emo macamni? Benda boleh settle cara baik, kenapa nak settle dengan cara bergaduh jugak?

"Mel..."

"Aku malas nak layan kau. Aku nak balik rehat." Cantas Mel sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata. Lantas wanita itu berpaling dan keluar dari kelas meninggalkan aku keseorangan–

"Kau gaduh dengan Mel ke?"

Oh, aku tak berseorangan. Imran masih ada dalam kelas ni.

"Kau tak balik lagi?" soalan dibalas soalan. Imran menggelengkan kepala.

"Tadi penutup pen aku tercicir. Nasib tak hilang." Jawab Imran seraya menunjukkan sebatang pen berwarna hitam ditangannya. Aku mengangguk faham. Dengan lemah longlai, aku berjalan ke arah pintu kelas diikuti Imran.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now