LISA!49

1.2K 60 10
                                    

"EHEM!" Aku berdehem untuk mengalihkan perhatian Imran. Imran berpaling ke tepi, menyeka air matanya sebelum memandang ke arah aku dengan senyuman kecil.

"Kau nangis?" Imran tergelak kecil.

"Aku? Menangis? Mana ada!"

"Aku nampak kau lap air mata tadi!"

"Aku selsemalah!" Imran membalas tegas, menafikan dirinya tidak menangis. Aku hanya mengangguk, malas nak bertengkar mulut dengan lelaki ini.

"Kau sakitkah? Muka kau pucat." Kataku berbaur kerisauan. Imran menekup wajahnya.

"Nampak sangatkah?"

"Kau tepeklah sebanyak manapun bedak tetap tak dapat tutup muka pucat kau, Imran...." Imran tergelak mendengar ucapanku.

"Naluri ibu mengandung ni memang menakjubkan kan? Kandungan kau tu dah masuk berapa bulan?"

"Hampir lima bulan." Jawabku seraya mengusap perut yang semakin membesar.

"Dah lama tak jumpa kau, Im. Kau pun tak chat aku. Aku fikir kau dah lupakan aku..."

"Takdelah. Aku tak pernah lupakan kau. Aku cuma tak sihat sejak dua menjak ni."

"Kau demamkah?" Imran mengangguk.

"Dah pergi klinik?"

"Demam sikit sajalah, Nara. Esok lusa kebahlah demam aku nanti."

"Jangan lupa makan ubat. Kalau tak demam kau akan melarat."

"Care jugak kau pasal aku ek?" Aku berdecit.

"Kau kan kawan aku mestilah aku care pasal kau."

"Kalau kau anggap aku kawan kau, kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah kahwin dengan Dr. Zafran? Atau kau memang dah plan nak buat kejutan pada kitorang semua malam ni?" Pertanyaan Imran buatkan aku terdiam seketika. Aku menghela nafas kecil.

"Aku takde niat pun nak diamkan pasal perkara ni cuma aku tak jumpa masa yang sesuai untuk bagitahu. Aku mintak maaf, Im."

"Kenapa kau nak mintak maaf? Patutnya aku yang kena mintak maaf pada Dr. Zafran sebab aku selalu kacau isteri dia, berkasar dengan dia dan simpan perasaan pada isteri dia..." Aku tergamam. Wajah Imran aku tenung dari sisi.

Imran tergelak kecil. Dia menoleh memandang aku yang lebih pendek darinya.

"Inara, aku sebenarnya nak mintak maaf kalau aku ada banyak buat salah pada kau. Aku banyak berkasar dan keluarkan kata-kata kesat pada kau. Dan aku nak bagitahu kau yang aku dah lama simpan perasaan pada kau. Sebenarnya, aku suka kau, Inara. Sejak dibangku sekolah menengah lagi. Tapi, aku tahu kau takkan suka orang macam aku. Iyalah, aku ni kan teruk di mata semua orang. Tapi, jangan bimbang! Aku tak perlukan balasan cinta dari kau dan aku hormat kau sebagai isteri Dr. Zafran. Kau tak perlu rasa serba-salah sebab mungkin malam ni malam terakhir kita berjumpa?"

Dahi aku berkerut seribu.

"Apa maksud kau? Kau nak pergi mana, Im? Kau nak sambung belajar dekat luar negara?" Imran menggelengkan kepala.

"I don't know. Macam-macam boleh jadi selepas ni. Aku taknak bebankan diri aku dengan pelbagai masalah so apa yang aku nak cakap dengan kau, aku cakap malam ni. Jaga baby dalam perut tu baik-baik. Jangan lupa makan-makanan yang berkhasiat, elakkan makan-makanan yang boleh menyebabkan baby dalam perut tu gugur. Kalau ada rezeki, aku teringin nak tengok anak korang membesar. Mesti comelkan macam mak dia?"

Aku mengemam bibir, cuba menahan air mata yang ingin gugur. Kenapa kata-kata Imran buatkan aku rasa sedih? Kenapa dia cakap macamtu? Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya?

LECTURER ITU SUAMI AKU!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن