LISA!26

2.8K 69 5
                                    

"AWAK..." Panggil aku lembut. Biceps Khalif aku cucuk-cucuk untuk menarik perhatiannya.

"Hurm?"

"Siapa Tiara?" Khalif berpaling ke arah aku dengan kening sebelah yang terjungkit sebelum dia memicit pelipis kepala.

"Sayang..seriously, now? Esok tak boleh ke?" Soalnya tak percaya. Dahlah penat kerja kuat tadi, bagilah dia rehat pulak. Aku menggeleng kepala tak boleh. Janji tetap janji! Aku orang yang berpegang pada janji, pantang kalau orang mungkir janji dengan aku!

"Awak dah janji dengan saya nak terus-terang pasal Tiara."

"Tapi abang penat. Nak rehat–"

"Tak boleh! Saya takkan boleh tidur selagi tak tahu siapa Tiara. Hati saya tak tenang tau! Tak acilah awak boleh tidur nyenyak tapi saya tak boleh..." Rengek aku seraya memeluk tubuh sasanya yang tak berbaju. Khalif mengeluh berat.

"Kalau ya pun, pakailah baju dulu." Aku bersorak gembira. Tubuhnya aku lepaskan sebelum pusing ke kiri. Laci meja lampu aku buka lalu sehelai baju kelawar berwarna putih aku capai dan sarungkan pada tubuh yang terdedah. Selepas itu, aku mencapai baju t-shirt milik Khalif yang berada di atas lantai kemudian menghulurkannya kepada lelaki tersebut.

"Ceritalah-ceritalah!" Desak aku sambil menopang kepala di atas bantal. Khalif memandang aku tak percaya. Mesti dia tertanya, sejak bila boleh ada baju kelawar dalam laci tu? Well, aku seorang wanita yang berfikiran kedepan kadang-kadang. Sebelum dia fikir, aku dah fikir dulu.

Ini Dalisha Inaralah!

"Abang sejuklah. Buatkan abang kopi panas." Pintanya sambil tersengih. Aku berdecit. Ish! Aku dah excited nak dengar cerita, boleh pulak dia mintak kopi malam-malam buta macamni?!

"Kalau sayang taknak buat, takpe. Abang tidur dulu–"

"Okay, fine! Saya pergi buat!" Aku menarik nafas dalam. Sabar sajalah. Nasib baik dalam bilik ni ada mesin coway dengan kopi paket. Takpayahlah aku bersusah payah turun ke dapur dengan berbaju kelawar ni.

Setelah selesai membancuh kopi panas, aku berjalan semula ke arah katil. Gelas berisi kopi itu aku hulurkan kepada Khalif dan menunggunya untuk menyisip sedikit.

"Sayang nak dengar apa pasal Tiara?" Soalnya selepas selesai menikmati kopi panas buatanku.

"Banyak! Saya nak awak storykan macam mana awak boleh kenal dia? Bila? Dimana? Ciri-ciri yang ada pada dia, kerja apa? Orang kaya ke tak–"

"Eh, satu-satulah. Abang tak laratlah nak cerita dari A sampai Z. Sayang tanya abang jawab."

"Okay–"

"Tapi dengan syarat." Aku menggulingkan biji mata. Ada-ada sajalah mamat seorang ni!

"Apa dia?"

"One question, one kiss."

"But, I already give you my body!"

"Tak dikira!" Khalif tergelak tatkala melihat wajah cemberut aku. Pipi aku dicubit manja seraya menolak helaian rambut yang menutupi wajah cantik aku.

"I'm joking, dear... Janganlah serius sangat..."

Cup!

Kelopak mata Khalif terbuka besar apabila aku tiba-tiba mengucup bibirnya. Tadi nak sangatkan? Aku bagi terkejut pulak!

"Cerita cepat!" Desakku. Khalif gelak dulu sebelum dia berdehem. Tubuhnya dipusingkan ke arah aku sambil membetulkan posisi supaya lebih selesa untuk bercerita.

"Nama diberi Tiara Aisya Charles Binti Michael Charles. Mak dia orang melayu manakala ayah dia pulak mualaf. Tiara merupakan seorang pensyarah dalam bidang Musical Theatre dan kami sebaya, belajar di universiti yang sama dan kitorang berkawan baik hampir 10 tahun."

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now