Y ~ [Back to normal life]

906 64 2
                                    

Lelaki itu menapak ke kawasan yang diperkatakan oleh Iman.

"Kau tengah permainkan aku ke sekarang nie? Mana family aku?! " bentaknya geram.

"Masuklah dalam cafe dulu. Nanti kau tahulah jawapannya" aku mematikan panggilan tersebut.

Zikry berjalan perlahan melalui funfair yang berada dihadapannya sekarang sebelum masuk ke cafe yang diberitahu oleh Iman sebentar tadi.

Matanya melilau mencari susuk tubuh keluarganya dan perempuan itu.

"Along ! sini.. " ujar adiknya Zaim yang sedang duduk disudut hujung cafe.

Dia mendekati adiknya.

"Adik okey tak? Hasya,Yazid. Korang buat apa dekat sini? " ujarnya risau.

Kenapa keadaan sekarang tak sama seperti didalam panggilan telefon sebentar tadi? Otaknya ligat berfikir pelbagai benda. Dia tak faham dengan apa yang terjadi sebenarnya.

"Kitaorang... HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOUU" nyanyian lagu selamat Hari jadi bergema disudut tepi cafe itu.

Zikry berkerut dahi memandang Iman yang sedang memegang kek hari jadi mendekatinya.

Didalam hatinya sudah berfikir apalah rancangan perempuan itu. Sesak nafas memikirkannya.

"Tiuplah along, lenguh tangan Kak Iman hulur kek tuu" ujar Yazid.

Lelaki itu yang kebingungan meniup lilin diatas permukaan kek itu.

"Apa yang awak sedang rancang nie Iman? " ujarnya berbisik

"Kau rasa? " aku membalas bisikan lelaki itu sebelum berbuat ketawa dan menghampiri tiga beradik itu.

"Jom makan kek! " ujar Hasya dan sorakan dari dua adik lakinya.

"Along, dudukla. Buat apa tercegat dekat situ? " ujar adiknya Zaim.

Zikry menghampiri meja itu lalu duduk bersebelahan adiknya Zaim dan berhadapan dengan Iman.

Tit.. Tit..

"Akak Iman angkat phone kejap tau, korang makanlah dulu. Zik, awak makanlah. Takde racun pon dalam kek tu" ujar aku berseloroh.

"AHAHAHAHAH pandai Kak Iman bergurau sekarang ek" ujar Yazid memandangku

"Hehew, kejap tau. Nanti akak datang balik" aku pon beredar dari situ.

Setelah aku beredar. Zikry memandang adik-adiknya tajam.

Zaim yang baru ingin menyuapkan kek kedalam mulutnya dihalang Zikry.

"Eh takyah mengada nak makan," Zikry menyuruh adiknya meletakkan kembali sudu yang berisi kek itu kepiring.

"Laa dah kenapa bang? Abang fikir betul-betul ada racun ke? Kak Iman gurau je bang, alahai. Dah kenapa serius sangat nie?" Ujar Hasya selamba. Padahal mereka yang membuatkan abangnya itu tak senang duduk.

"Bukanlah, baik korang cerita dengan abang. Apa yang jadi sebenarnya nie? yang Zaim call along nangis-nangis tu kenapa? " ujarnya serius.

"Hehew, inilah sebabnya. " ujar Yazid backup adiknya yang sudah diam membisu.

"Apa? " tegas suara lelaki itu.

"Zaimlah, pergi call kak Iman. Dia bagitahu birthday abang harini. Lepastu Kak Iman datanglah bawak kitaorang datang sini hehew,niat nak suprise abang je. Tak sangka lak abang risau sampai macamnie. Sorry bang" ujar Yazid bersahaja sambil menunjukkan barisan gigi putihnya.

"Abang dah cakapkan. Kunci pintu rumah, jangan bagi sesiapa datang atau masuk. Kenapa tak dengar? Jantung Along rasa nak cabut tahu tak bila Zaim call nangis-nangis macamtu. Mak mana mak?" Tanya lelaki itu lagi.

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now