C~ [Mimpi]

2.5K 136 4
                                    

"Kamu pergi mana Iman?lama akak cari.Papa dah bising tahu!" ujar Hairah selepas melihat aku membuka pintu utama

"Aku penatla akak.Bagi aku rehat kejap." aku mengeluh.Tangannya rasa macam terseliuh.Mahu suruh Kak Minah urutkan.

"Iman,kan papa suruh kamu balik dengan kakak kamu.Kenapa kamu degil sangat?" lelaki tua itu mendekati aku

"Memang Iman tunggu akak,tapi akak yang lembap sangat.Iman balik la sendiri" ujar aku malas.

"Tak boleh ke bersabar sikit?" ujar papanya lagi

"Kalau papa nak rasa,papa pi jemur diri papa tengah panas tu.Papa ingat Malaysia ni cam London ke matahari dia?" aku terus memasuki lif menuju ke bilikku.

Aku mengeluh kecil.Bukan tidak mahu jujur.Tapi kalau aku ganas papa aku akan 2× lebih ganas.

Aku pernah kawan aku ejek aku sebab aku anak yatim jer pon papa aku pi serang mak bapak budak tu😌.

Nih kalau mendatangkan kecederaan mampus kot boss dengan anak-anak ikan dia.Aku cuma kesian dengan musuh-musuh papa yang baru nak up ni😌.Geng papa kuat sangat sampai sekali berperang,asyik geng papa je menang.Cam tak mencabar lak.

.

"Ma.." aku melihat darah yang mengalir dari kepala mamaku..

"Iman..keluar sekarang dari kereta ni" ujar mama tersekat-sekat

"Tak nakk" aku menangis kuat.

"Iman sayang mamakan?keluar dari kereta ni lepastu lari pergi mintak tolong orang yea" mama aku memujuk

Aku menurut lalu melangkah keluar
Dari kereta yang sudah terbalik.Aku merangkak keluar dari kereta.Aku tak menghiraukan tangan aku yang terluka dimasuki kaca.Aku perlu mintak tolong orang untuk selamatkan mama.

"Woii budak!" ujar satu suara dari jauh

"Arghhh" aku berlari kedalam semak hutan disebelah jalan raya.Jalan itu sangat sunyi.

"Lari Iman!Jangan pedulikan mama" mama aku menjerit dari dalam kereta

"Diamla perempuan!" rakan-rakannya membuang satu tong minyak petrol kearah kereta mamaku.

Aku hanya mampu menekup mulutku dari jauh.Aku tak mampu menolong.Badan aku terlalu kecik untuk melawan.Aku takut.

"Selamat tinggal perempuan" Salah satu dari rakannya itu menghidupkan lighter lalu membakar kereta itu.

"Iman lari...mama sayang Iman" ujar mamanya itu

Aku menangis.Air mata aku mengalir deras.Aku buntu.

Aku berlari kedalam hutan itu.Semakin lama semakin kedalam.
Aku tak tahu kemana harus pergi.

"Iman..sini sayang uncle" satu suara lembut amat menggetarkan hebat badanku.

"Iman..ouhh Imann" bunyi dedaun yang dipijak oleh lelaki itu membuatkan jantung aku semakin berdegup kencang.Lemahnya aku waktu ini.

"Iman!Kau keluar sekarang!" suara bengis lelaki itu mulai keluar.

Bomss~~

Bunyi letupan kereta.

"Mama!" jerit aku kuat.

"Ya Allah bantula Iman.." ujar hati kecilku

"Kat situ kau budak!" lelaki itu mengejar aku.

Aku berlari sehabis mungkin.Menghabiskan kudrat aku.

"Dengar cakap mama,jangan pernah mengalah sebelum berusaha." suara mama tiba-tiba terngiang ditelinga aku waktu itu

"Mama!" aku terbangun dari tidur.

aku mengelap air mata aku.Aku tewas lagi kali ini.Mimpi ini selalu menghantuinya sejak kematian mamanya 8 tahun yang lalu.

Aku menilik jam.Tepat pukul 3 pagi.Aku masuk kedalam bilik air bagi mengambil wuduk bagi solat sepertiga malam.

Selesai solat aku berteleku diatas sejadah.Teringatkan pertelingkahan antara dia dan papanya itu merobek kembali jiwanya.

FLASHBACK

"Kenapa Iman degil sangat ni!Papa dah katakan papa tak izinkan Iman masuk taek wan do!Apa yang Iman susah sangat nak faham?"

"Papa tak pernah nak faham Iman dengan mama!Jadi kenapa bila mama dah meninggal papa sibuk nak larang Iman buat itu ini?!" aku meninggikan suara

Pang~

Aku memegang pipi aku.

"Kau dengan mak kau sama jelah" ujar lelaki itu geram

"Mama cuma nak kitaorang jauh dari dunia mafia papa!Itu pon papa tak faham erk?!tapi lepas mama meninggal tiba-tiba papa ubah fikiran kenapa?"

Aku memandang papa aku sinis.Itu kali pertama aku berbuat begitu.

"Sekarang mama sudah tiada.Jadi Iman akan ikut cakap papa.Iman akan belajar pertahankan diri supaya tak mati katak jer macam mama!Sebab musuh-musuh tak guna papa!Jadi papa takde hak nak halang apa yang Iman nak buat selepas ini." aku menolak lelaki itu lalu berlalu kebilikku.

End flashback

Menitik air mata aku mengingatkan bermulanya jurang antara aku dan papa.

Mungkin betul,kalau aku ikut perangai papa tapi aku lebih sayangkan mama.

Kakak aku ikut perangai mama tapi lebih memilih papa.

Sejak 11 tahun aku cuba mengeraskan hati aku supaya tidak cepat kesian pada orang.Lagi-lagi musuh papa.

Aku masih tidak tahu siapa yang menyebabkan kematian mama.
Aku akan cari sampai jumpa.

Aku akan tuntut kematian mama.Mungkin dulu aku pengecut, lembik dan senang ditindas

Tapi sekarang semua perlu tunduk dan takut pada aku.Sejak umur aku 13 tahun aku membunuh musuh papa.

Pada mulanya memang aku takut dan trauma sebab tertikam musuh papa semasa mereka cuba memecah masuk rumah papa aku.

Tapi selepas hari itu membunuh orang sudah sebati dalam diri aku.

Sepatutnya yang cuba menculik aku harituh sudah lama aku bunuh.Cuma mengenangkan ada orang disitu aku malas.

Ini aku Iman Imani.Tiada apa yang boleh membuat aku takut.Aku tak banyak kawan sebab aku tak nak kawan-kawan aku terlibat dalam dunia gelap yang aku cipta sendiri.


TO BE CONTINUE ;3

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Donde viven las historias. Descúbrelo ahora