F~ [Hero's]

2.1K 116 4
                                    

Malam itu tidak mempunyai aktiviti lain.Jadi semua berkumpul berhadapan unggun api sambil menceritakan kisah hidup memasing,bermain gitar dan karok tidak ingat dunia.

Aku yang malas keluar hanya duduk didalam khemah dan melihat mereka yang tidak jauh dari aku.

...

"Okay semua,harinih kita akan berjalan dalam hutan untuk melihat semua tumbuhan yang tiada di kawasan bandar.So nasihat saya tolong jangan berpecah dan cuai." Nasihat lecturer Izman sebelum memulakan langkah.

Satu-persatu tumbuhan diperkenalkan. Ada yang mengambil gambar dan tak kurang juga yang bersembang.Tidak mempedulikan lecturer yang berbuih mulut bercakap tanpa henti.

Aku pula duduk dibelakang sekali.Malas mahu berhimpit dan bertolak-tolak dengan mereka.Aku membuka game shooter.Nasib tidak perlu menggunakan internet.

Sedang aku jalan tiba aku tersepak satu akar besar yang tumbuh disitu.Aku terus menunduk lalu menggosok kasut aku yang kotor dan mengikat tali kasut semula.Sampai sahaja aku mendongak. Aku melihat kawan-kawan aku yang lain sudah tiada dihadapan mata.

Aku melilau kekiri Dan kekanan.
"Haihh,mana diorg nie" aku mula merungut. Aku sudahlah tidak tahu selok belok hutan ini.

Aku menapak satu persatu kaki aku kehadapan.Melilau mencari kelibat manusia. Tapi satu pon tidak jumpa. Padahal aku rasa aku ikat tali kasut tadi sekejap je.

Sepuluh minit berada ditempat yang sama, aku mulai ingin menangis.Dirinya paling tak suka berada seorang diri didalam hutan. Seperti terimbau peristiwa lepas.

Dedaun kering seperti dipijak dari belakang.Aku berdiri tegak agar dapat mendengar dengan lebih teliti.

"Iman"..

Aku terus memutarkan tangan sesorang yang sedang memegang bahuku.

"Arghh" jerit empunya suara.

Aku meneliti muka tersebut sebelum melepaskan tangan miliknya. Rupanya lecture muda yang aku tolak semalam.

Aku menarik nafas lega.Akhirnya ada juga manusia yang terkesan dengan kehilangannya didalam kumpulan itu.

"Iman? Kamu okay?" Ujar Lecture muda itu.

"Hah? Okay-okay. Lect buat apa dekat sini?" Ujar aku memutarkan soalan

"Kitaorang cari kamula. Kamu hilang tadi. Mereka semua sudah dihadapan sana. Saya je U-turn nak cari kamu balik" lect itu bersuara lembut. Lembut dari semalam.

"Ouh" aku tersenyum kelat sebelum memulakan langkah kehadapan.

"Kamu nak pergi mana?" Ujar lecture itu lagi.

"Pergi dekat diorg" ujar aku tidak selesa berlama-lama dengan si dia. Rasa macam tak sedap hati.

"Kamu tahu ke jalan ke sana? Tahu selok belok hutan ini?" Suaranya seakan-akan memerli

Aku mendiamkan diri lalu menggeleng. Bukan berdendam pasal kes semalam. Tapi hati dia rasa tidak sedap bila ternampak lecture muda itu. Rasa seperti mempunyai agenda.

"Mari ikut saya. Saya bukan nak culik kamu pon. Btw panggil saja saya Khai.
Saya pon bukannya tua sangat.Panggil saja nama saya.Tak perlu berencik-encik atau cakap formal." Lecture itu tersengih menampakkan gigi putihnya.

Aku menarik nafas dalam sebelum memulakan perjalanan.

'Aku rasa dia tidak jahat. Mungkin aku bertengkar dengan dia semalam yang membuatkan aku fikir bukan-bukan.' Bisik hati kecilku.

Aku mengikut langkah kaki lelaki itu menapak ke depan. Makin lama makin jauh pula rasanya kedalam hutan.

"Erk.. Khai? awak betul ke tahu jalan nak ke sana?paling kurang pon patah balik ke khemah." Aku menelan air liur. Aku sudahla haus

"Kenapa? Tak percaya saya?." Suara lelaki itu sumpah menyeramkan. Seperti bercakap dengan hantu. Kejap lembut saja suaranya,kejap kasar, Dan kejap mystery. Suara dia macam suara perogol misteri pon ada.

"Bukan begitu. Tapi saya rasa kita sudah kedalam hutan sangat nie" ujar aku memadang sekeliling hutan itu dengan perasaan gerun. Aku benci hutan.

"Takpela kita rehat dulu.Nah air, mesti awak dahaga" lecture itu menghulurkan sebotol air mineral.

"Erk..terima kasih" aku pada mulanya teragak ambil juga. Aku dahaga sangat nie. Nantakla apa nak jadi. Botol pon belum dibuka lagi.

Aku meneguk air itu sehingga setengah. Fuh..dahaga sangat nie.

"Jom kita mulakan perjalanan" ujar lecture lelaki itu mulai berdiri

"Okay" kami meneruskan perjalanan.

Selang beberapa minit tu. Aku mulai berasa pening. Tapi aku hanya berbuat biasa. Sebab aku rasa pening dia lain macam. Macam pening makan ubat tidur.Bukan pening biasa.

Lecture didepan aku asyik toleh kearah aku. Aku mula rasa ada yang tak kena. Tapi makin lama makin kuat
Peningnya. Rasa berdesing telinga.

Aku sudah tak dapat kawal muka aku dari berkerut sakit. Aku tertunduk lemah memegang kepala.

"Iman, awak kenapa nie?" Suara Lecture itu menghampiriku

"Takde apa,penat sikit. Saya rehat kejap ye" aku duduk diatas akar kayu.

"Sakit kepala ke?dekat mana?" Lecture itu memegang mukaku

"Apa nie!" Aku menepis. Aku dah agak lecture itu ada niat tak baik

"Marila saya tengok" lecture itu memegang kepalaku menghampiri mukanya

Aku menolak lelaki itu sekuat hati sebelum berlari jauh darinya. Aku memandang samar-samar dahan pokok yg berada dihutan itu. Mata aku mulai kabur. Larian aku sudah terhuyu-hayang membawa badan.

"Iman,awak nak pergi mana." Suara gerun lelaki itu merentap tanganku.
Aku terjatuh ketanah. Mengundur jauh dari lelaki itu

"Kau takut yea?.. Masa kau malukan aku dihadapan semua orang, kau tak takut pulak.. Kau tak kenal aku siapa Iman. Kau fikir aku akan bebaskan kau sesuka hati aku je ke!. Meh aku bagi kau malu pulak.. "

Lelaki itu membuka tali pinggang seluarnya dihadapan aku.Muka bengis lelaki itu aku lihat samar-samar. Aku betul-betul tak larat berdiri sekarang nie.

Lelaki itu menghampiriku. Dia memegang baju aku seperti ingin direntap agar terkoyak. Aku menendang kemaluan lelaki itu sebelum berdiri.

Aku fikir aku terlepas tapi.................













































"Awak tak apa-apa Iman?".Suara garau seorang lelaki memanggil

Aku terus pengsan.Tidak sedarkan diri.










Tit.... Tit...... Tit....... Tit.......

"Iman..... " suara akakku membangunkanku.

Aku memandang sekeliling bilik itu.

"Kamu dekat hospital" ujar Hairah

Aku memandang pelik lelaki itu. Macam mana dia ada dekat sini?.

"Apa dah jadi sebenarnya nie?" Aku bangun daripada perbaringan.

"Kamu tanyala Zahid sendiri. Akak keluar dulu"

Kakaknya pun beredar, menutup pintu biliknya.

"So? " aku mengangkatkan keningku

"Apa??" Lelaki itu blur.

"Macam mana aku boleh ada dekat atas katil hospital nie?" Aku memandang lelaki itu tajam

"Seriously?.. Kau tak ingat apa-apa ker?"

"Sebab aku tak ingatla aku tanya" aku menjeling lelaki itu. Geram.

TO BE CONTINUE ;3

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now