29 ~ [he's mine]

1.1K 85 9
                                    

aku membuka mata lalu menjelir lidah kearah perempuan itu. Seronok melihat muka terkulat-kulat miliknya. Memain lagi dengan aku. Ambik kau.

Aku tergelak kecil. Zahid yang terasa badan aku seperti bergerak-gerak memandang kearah aku.

Aku memandang bebola matanya. Aku menelan liur sebelum menyuruh lelaki itu menurunkan aku selepas jauh dari perempuan itu.

🌸

"morning" ujar aku ceria selepas keluar dari bilik

"Erk, morning " ujar Zahid terkesima. Selama dua bulan mereka kahwin,tidak pernah lagi perempuan itu menyapanya.

"Kau masak apa? Aku lapar aa" aku mendekati meja makan lalu duduk

"Em sosej with scrambled egg.Tapi saya masak satu jela, saya ingat awak taknak breakfast"

"Laa, takpela..aku makan luar" ujar aku mengangkat kaki

"Ehh, takpe. Awak ambikla saya punya dulu. saya masak lain untuk saya" ujar lelaki itu senang.

"Auch,thankss tho" aku menumbuk perlahan bahu lelaki itu.

Aku terus menjamah makanan dihadapannya. ZAHID sudah senyum dengan fikiran terawang-awang seperti kerang busuk.

...

"Hid, aku tumpang kau boleh?" aku yang selesai memakai kasut mendekati lelaki itu

"Kenapa? Motor awak rosak?" ujar lelaki itu pelik lagi. Sudah kenapa Iman nie? ramah semacam.

"Saja. Bosanlah asyik bawak motor je. Nak naik kau pulak. Boleh tak? " aku melempar senyuman manis kearah lelaki itu

"Boleh! Takkan tak boleh, masuklahh" Zahid membukakan pintu kereta untukku.

"Thanks" aku mengenyitkan mata

Aku membuka mulut. Berborak bersama lelaki itu didalam kereta. Gelak tawa mereka terhenti selepas sampai ke collage.

...

"Zahid, you pergi mana? Busy je memanjang sekarang. I langsung tak nampak batang hidung you dekat club tau! I MISS YOU ZAHID.. " ujar Nafta's lemah longlai mengusap bahu lelaki itu penuh manja

"Roses. Janganlah macam nie. I tak selesa." Zahid menjarakkan diri dia menjauhi perempuan itu

"Why?! Dulu boleh je sekarang why?! You dah jauh berubah Zahid. I miss the old you sayang" Nafta's cuba memegang tangan milik Zahid tapi lelaki itu menepis

"Zahid! Library jom! " laung Iman dari jauh

"Okay! " Ujar Zahid ceria

"I gerak dulu. "

"Zahid.. " Nafta's merengek

"Roses! Stopped. Itu dulu. Benda lepas tak payah nak ungkit" Zahid mengorak langkah kearah Iman. Iman yang melihat kejadian itu melempar senyuman sinis kearah Nafta's

"Tak guna! I hate you Iman !" Ujar Nafta's berang . Dia menghentak meja geram. Dia mencapai sesuatu dari handbagnya.

'Kau jangan bahagia dulu Iman. Aku akan musnahkan kau. What is mine. It's always mine. No one can take it from me. Even mati jadi taruhan.' tangannya menggenggam pisau yang berbentuk gincu itu erat.

"Kau borak apa dengan dia tadi?"

"Kenapa? Jealous? " Usik Zahid

"Takde kuasa aku. " aku berjalan laju kehadapan

"Hahaha.Tunggu la woi" Zahid mengejar rentak langkah aku.

"Zik, jauh termenung. Tengok apa? " sapa Faiz dari belakang

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now