P ~ [ kantoi :3 ]

1.3K 72 0
                                    

"Kenapa awak diam je harini Iman?" Ujar Zahid

"Hah? Erk takda apa" Hairah menjawab sepatah.

Dia sedang berfikir, macam mana nak buat Zahid suka dia bukan sebab dia Iman. Tapi sebab dia Hairah. Dia juga nak orang sayang dia kerana dirinya. Bukan dengan menyamar macam nie.

"Awak tengah fikir macam mana nak bagitahu saya yang awak sebenarnya Hairah ke?" Ujar Zahid sinis.

"Hah? Apa awak merepek nie?" Maksud aku. Apa bukti kau tuduh aku sebarangan." Ujar Hairah. Dia sedar dia sudah tersasul.

"macam niela Hairah. Saya kenal Iman macam mana. Cara dia cakap, cara dia bawak diri dia. Awak tak boleh jadi dia.Langsung tak sama. "

"Apa maksud awak nie Zahid? Awak nak cakap saya plastik ke?. Ye maaf saya terpaksa guna watak Iman untuk dekat dengan awak. Saya minta maaf.Saya pergi dulu." Ujar Hairah berdiri.

"Tunggu. Kalau betul kau nak dekat dengan aku. Kau kena tolong aku dapatkan Iman. Buat Iman nakkan aku. Buat Iman jealous bila kau dekat dengan aku. Boleh?"

"Apa awak nie? Iman sukakan orang lain. Jangan paksa dia untuk sukakan awak" Ujar Hairah berang.

"Awak marah saya paksa Iman ke awak marah saya cuba dapatkan Iman dengan memperggunakan awak?"

Hairah terdiam. Zahid bangun dari duduk.

"Kalau awak rasa nak dekat dengan saya, nak saya sukakan awak. Awak terimalah cadangan saya tadi. Saya cuma nak buat Iman jealous. Kalau saya tak dapat jealouskan Iman. Saya akan bertunang dengan awak.Okey?" Zahid mengenyitkan matanya lalu berlalu pergi dari situ.

.

"Kau dah dapat apa yang aku nak?" jelas suara lelaki itu dihujung talian

"Sudah boss."

"Jumpa malam nie. Tempat biasa."

Senyuman sinis terukir diwajahnya.

'You will be mine soon.Iman.." rokok yang sudah habis dihisap dicampakkan ketanah lalu dilencetkan dengan kakinya.

.

"Zikry,Faiz tujuan aku ajak korang keluar malam nie sebab aku nak cakap something nie " ujar Zahid menggosok belakang tengkuknya

"Hah apa dia?" Faiz mengangkat keningnya. Zikry hanya berbuat biasa sambil memegang cawan coffee miliknya.

"Aku dah nak tunang bulan depan" ujar Zahid tersenyum malu-malu

"Hah seriusla dhoooo. Bapak arh. Badboy macam kau nie nak kahwin? Tak caya aku. Dahla perempuan keliling pinggang." Ujar Faiz bersahaja.

Zikry hanya senyum menampakkan gigi putih miliknya.

"Dengan siapa bro? "

"Alahhhh korang kenal. "

"Siapa? Roses ke?? " jawapan Faiz mengundang tawa dari Zikry.

Zahid hanya tersenyum sinis.

"Bukan. Aku akan bertunang dengan Iman. IMAN AMANI"

Suara Zahid sengaja ditekankan ketika menyebut nama perempuan tersebut. Dia tahu Zikry rapat dengan Iman sekarang nie. Dia mahu Zikry sakit. Dia mahu Zikry tahu. Apa yang dia nak pasti dia dapat.

Hilang tawa dibibir Faiz, senyum lebar dimulut Zikry juga turut terpadam.

"Kau biar betul Hid, dengan budak yang kita cuba tolong tu ke?yang ganas tu? Seriuslah dengan perempuan macamtu. Sejak bila kau tertukar taste nie? Demam eh?" Faiz memegang dahi Zahid.Takut juga dia rakannya yang sorang ini disampuk angin sum sum.

"Kenapa tak boleh ke? Bagi aku dia special. Dia lain dari yang lain. Tak macam tu Zik? " sengaja dia bertanya kepada empunya badan. Dia tahu Zikry masih cuba menghadam apa yang baru dikatakannya tadi.

"Hah? Haah. Perempuan tu tahu ke yang kau akan bertunang dengan dia
? "

"Dia tahu.Tak sabar aku nak bertunang. Kitaorang dah siap beli baju tunang tu sesame minggu lepas" ujar Zahir ketawa halus. Penuh dengan makna.

"Ouhh congratulations bro! " ujar Zikry. Dia banyak mendiamkan diri malam itu.

.

'Hai Zik! Buat apa tuuww' - Iman🙊

Message dari Iman dia abaikan. Dia tahu gadis itu akan jadi milik rakan baiknya.

'Zik? Awak okey tak tu? Lama kita tak keluar. Jum keluar esok nak?😗' - Iman🙊

'Saya busy, sorry' - You

Online Iman bertukar kepada last seen. Dia tahu Iman merajuk. Tapi apakan daya. Dia memang mahukan Iman berjauh hati dengannya.

Dia tak faham kenapa Iman tidak jujur dengannya. Dia tahu dia akan bertunang kenapa masih ingin dekat dengannya?.

Sungguh dia tak faham dengan apa yang berlaku.

.

"ZIKRY! stop boleh tak?! " Iman menjerit lantang nama lelaki itu.

Lelaki itu asyik lari darinya sejak seminggu yang lalu.

Zikry berhenti dan berpaling ke arah Iman. Jika dia tak berhenti mahu bergegar satu kolej ini dengar jeritan kuat milik perempuan itu.

"Kenapa awak cuba lari dari saya? Saya ada buat salah ke? " suara Iman mengendur

"Tak. Saya cuba sibuk lately nie. Memang tak Ada masa"

"Tipu! Cakap jela kenapa awak asyik mengelak dengan saya nie?" Iman mencekak pinggang.

"Tiada masa nak menipu" dingin suara lelaki itu.

"Okay fine.Hujung bulan nie it's mean minggu nie hari sabtu jum berkelah! Bulan depan kan cuti sem." Iman tersenyum manis kearah lelaki itu

Hati lelaki miliknya cair. Dia tak kuatlah. Asal comel sangat perangai Iman nie?

"Saya busy. Okeyla saya gerak dulu"

Lelaki itu bergerak laju meninggalkan Iman sendirian di koridor itu.

"Saya akan pastikan awak ikut!!!! " jerit Iman buat jali terakhir lalu berlalu pergi dari situ.

TO BE CONTINUE ;3








MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now