31 [bus stop]

328 23 3
                                    

Aku memandang Zahid dari belakang. Di kelas tadi lelaki itu sikit pun tak menoleh kearahku. Lelaki itu nampaknya benar-benar marah dengan perilaku aku semalam.

Selepas kelas tamat aku terus mengemas barangku di atas meja. Laju kaki menapak menuruni tangga. Sedang berjalan menuruni tangga secara tiba-tiba kaki aku tersadung melanggar kaki seseorang yang menghalang laluanku.

Aku terbongkok sedikit memegang perutku yang berjahit,sempat memegang kerusi depan bagi menstabilkan diri daripada terjelopok jatuh. Aku menjeling tajam si empunya badan. Berang hati melihat senyuman sinis perempuan itu.

Aku mendekatinya, tangan sudah menggempal penumbuk. Perempuan itu turut berdiri memeluk tubuh dengan senyuman sinis dibibir.

"sorry Iman, kaki I tak sengajalah halang jalan you. You okay? " mimik muka mencebik

Pang :>

"Opps sorry jugak, tangan I pon tak sengaja tertampar muka you.  I ingat lalat tadi. Muka you tiada beza dengan lalat. Sorry ya, kira kosong-kosonglah ya?" ucapku dengan sindiran slang gediknya. Apa? Ingat aku akan diam je lepas kau tikam aku tiga hari lepas? nie Iman Amani lah.

"Kau.....! " bergema suara perempuan itu di dewan kuliah yang semakin kosong itu. Tangan Nafta's sudah tinggi untuk membalas tamparan aku tadi

"SUDAH! " keras suara Zahid menghalang. Tangan Nafta's digenggam kuat

"Sakitlah Zahid! " jerit Nafta's kecil. Terhenjut dirinya tadi mendengar suara keras Zahid.

"Semua keluar! Tinggalkan kitaorang bertiga dekat sini !" arahnya. Tak sampai sesaat kosong dewan kuliah itu. Sekarang hanya tinggal mereka.

"Nafta's you better jangan kacau Iman lagi kalau taknak saya report dekat papa awak yang awak tikam orang semalam." ujarnya keras

"Kenapa you nak marah sangat I tikam si tomboy nie. Siapa dia pada you?! "

"She is my wife! " mata Zahid bagaikan mahu terkeluar dari songket matanya. Suaranya seperti ditekan-tekan. Timbul urat dilehernya.

Terbeliak mata aku begitu juga Nafta's.

" You better behave yourself kalau taknak benda buruk jadi dekat family you Nafta's. I tak kira betapa rapatnya hubungan keluarga kita. But once again you messed up with my wife, you are done." Zahid menarik aku keluar dari dewan kuliah itu. Terkulat muka Nafta's menerima kata-kata lelaki itu.

Aku hanya diam menuruti lelaki itu ke kereta miliknya. Lelaki itu melepaskan tangan aku kasar sebelum masuk ke dalam perut kereta meninggalkan aku terkulat di luar.

"Masuklah, nak aku dukung kau ke Iman? " kasar nada suaranya

"Aku naik motor,kau balikla dulu" ujarku senada

"Masuk Iman, hari nak hujan nie "

Aku akur. Sejurus aku masuk kereta hujan turun lebat. Aku memandang cuaca mendung di luar tingkap kereta. Gelap.

"Iman" aku menoleh memandang si pemilik suara.

" Aku nak kau jauhkan diri kau dengan budak-budak motor tu. Jangan terlibat dengan diorang dah. Faham?!" keras nada suaranya

Aku mengukir senyum sinis. Papa dia pon tak boleh nak halangnya, inikan engkau? Jangan mimpi aku akan dengar cakap kau.

"Kau siapa nak arah-arah aku? "

"Kau wife aku. Kau patut patuh dengan aku" nadanya seperti ditahan-tahan tercabar dengan perkataanku.

"But I never thought of you as my husband"

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang