R ~ [ice cream]

1.3K 77 0
                                    

"Hah lambat! Kan aku dah kata tepat pukul 5.00 kena ada dekat sini! Lama aku tunggu" aku mengjegilkan mata aku.

"Sorry la Iman. Aku lambat sebab cari parking dengan Zikry tadi. Lambat 15 minit je pun" ujar Faiz termengah-mengah.

Dia punya takut taknak lambat. Dia sanggup berlari dari tempat parking ke dalam mall sebab taknak Iman marah. Last-last kena marah jugak.

"Lambat tetap lambat.Denda mesti dijalankan.Mana Zikry?" aku memandang kearah pintu buka tutup itu.

"Dia otw datang."

Baru saja sebut namanya. Aku nampak Zikry lenggang-lenggong jalan macam tak buat salah. Punyalah lama aku dengan Hairah tunggu dekat tepi mesin air nie.

"Mana lagi sorang? Zahid? Zahid mana Zahid?"

"I'm here... " sebut Zahid girang.Dia memegang aiskrim magnum, kitkat dan oreo ditangan. Cukup untuk 5 orang manusia gituw.

Aku memandang palat. Dahla lambat. Kang aku lesing kang. Terbang kepala.
Nasib bawak makanan.

"Nah. Saya belikan semua nie untuk awak,sorry lambat ".Zahid memberikan kesemua aiskrim kearah aku.

Zikry berdehem. Aku mengambil kesemua aiskrim tadi lalu memberikan kepada semua.

"Hah pilih-pilih jum makan sama-sama. Aku takkan boleh nak makan semua nie. "

"Yeay. U are the Best" Faiz menyengitkan matanya lalu mengambil aiskrim magnum. Begitu juga Hairah.

"Nah. Pilih cepat" tinggal 2 kitkat satu oreo.

"Aku nak nie" Zahid mengambil aiskrim kitkat lalu membuka plastik aiskrim itu.

Aku menjulingkan mata keatas.Menyampah dengan perangai lelaki itu.

Aku memandang Zikry yang mengambil aiskrim kitkat. Yeah. Pilihan yang tepat. Sebab Iman suka oreo.

Zahid makan tidak puas hati. Dia nak sama aiskrim dengan Iman baru nampak sweet.

"Eh Iman. Ambikla Kitkat baru sama. Nah Zikry ambik oreo" Zahid menukar aiskrim itu dari tangan kami.

Zikry yang malas melayan mengambil lalu menyuapkan aiskrim itu kedalam mulutnya.

Iman tidak puas hati. Rasa nak tampo je si Zahid nie. Macam bebudak.

Aku memandang Aiskrim kon yang dimakan oleh Zikry. Aku nak oreo. Aku menelan liur sambil ralit memandang aiskrim itu.

Zikry yang perasan tergelak kecil melihat perangai Iman. Comel!

"Nak ke? " Zikry menyuakan aiskrim itu kearah Iman.

"Hah?" bulat mata Iman. Dia kasi kongsi aiskrim? Ush baeknya.

"Hehe.. Mekasihh"

Iman menggigit tepi kon aiskrim itu.Sedapnya. dengan serpihan oreo yang dihancurkan didalam aiskrim tu. Ush sungguh melazatkan.

Iman menjilat atas bibirnya yang comot.

"Nak rasa?" Iman menyuakan aiskrim kitkat nya.

"Takpela. Awak makanla" Zikry menolak.

"Hey, lain kali kalau nak, cakap. Aku beli lagi satu.Takyah kongsi-kongsi. Jap aku beli" ujar Zahid. Dia tak suka tengok Iman mesra dengan Zikry. Jealous.

"Eh takyahlah. Dah kenyang." ujar aku menggigit cebisan yang terakhir. Tinggal kon je pon. Patutla Zikry taknak.

"Mulut kau comotla" ujar Zahid mendekatkan jarinya kebibir aku. Dengan pantas aku mengelap bibir aku guna lengan bajuku.

"Hah dah tak comot ann.Dah jum gerak. "

"Comot lagila" Ujar Zikry menggeleng.

"Mana? Mana ada" aku memandang Zikry.

Zikry mengambil tisu lalu mengelap tepi bibirku.

"Nie hah" Zikry menunjuk kearah tisu tadi.Ada kotoran coklat di atas tisu itu.

"Hehe tq" aku menyengitkan mata sekali lagi sebelum berjalan pantas masuk kedalam tempat barang perkelahan.

🍁

"Weh. Troli tak muat arh. Pergi ambik lagi satu" ujar Aku kepada mereka.

Ralit betul pilih barang. Mentang-mentang aku yang bayar habis satu mall nak dibelinya.

"Biar aku dengan Hairah pergi ambik." Ujar Faiz berlari anak ke arah Hairah lalu menariknya pergi.

"Woi Zahid,jaga jap troli nak pergi tandas" aku berlalu pergi selepas menolak troli tu kearah Zahid.

Aku menarik Zikry keluar dari tempat itu. Aku bawa dia ke food court.

"Kenapa bawa saya kesini?" Zikry pelik

"Aku nak tanya. Kenapa kau cuba jauhkan diri kau dari aku." aku menarik nafas dalam. Dia takkan puas selagi tidak dapat jawapan dari lelaki itu.

"Kalau kau still nak persoalkan benda nie. Aku nak balik. " ujar Zikry perlahan

"Apa nie?! Kenapa bila aku tanya mesti kau nak larikan diri?kau kenapa? Kalau ada masalah cakaplah dengan aku. Kata kawan. " Aku mengeluh perlahan

"Awak lebih tahu Iman.Sebab kita nie 'kawan' jela,aku taknak kau rapat dengan aku. Itu je. Faham?" perlahan tapi tegas suara Zikry.

Aku terdiam. Apa yang tak kena? Apa yang aku buat? Kenapa dia macam nie?

"Oit. Kata pergi tandas asal lepak sini? "

Suara Zahid dari belakang membuat aku menarik nafas lega. Zikry tak jadi melangkah pergi.

"Aku ajak Zikry beli air. Dahaga pulak. Kan Zik? " aku memberi isyarat kepadanya

"Hah? Haah." Zikry mengiyakan.

"Ouh. Biar aku teman Iman. Kau pergila sambung beli barang. " Zahid menghalau. Erh.

"Kau nie memang suka menyibuk kan mana aku pergi." aku menjeling tajam

"Dah kau future wife aku. Aku kenalah ada dekat mana kau ada. " ujar Zahid tersenyum penuh makna.

Aku menutup mulutnya.

"Kau cakap lagi kuat-kuat macam tadi. Aku potong lidah kau. Kau fikir aku nak sangat ke laki badboy macam kau nie jadi husb aku? Teruskan jela berangan bro. "

Aku menepuk bahu lelaki itu keras. Itu amaran. Bukan sindiran.

Aku menolak bahu lelaki itu kasar lalu pergi meninggalkan lelaki itu sendiri.

TO BE CONTINUE ;3








MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Место, где живут истории. Откройте их для себя