Z ~ [Lena]

1K 67 6
                                    

Aku tersengguk-sengguk diatas katil. Mataku sudah layu oleh kerana penat seusai majlis perkahwinannya selesai.

"Awak..taknak mandi ke?" Ujar Zahid menggosok-gosok rambutnya yang basah dengan tuala kecil

Aku tidak membalas. Lena dibuai mimpi sambil duduk bersila.

Lelaki itu tertawa kecil melihat telatahku. Dia membaringkan aku.

Lelaki itu mencapai cotton pad dan micellar water di meja makeup aku sebelum mengusap lembut wajahku. Kemudian, dia mengambil pencuci muka aku sebelum mengosok lembut menggunakan Foreo. Dia mengelap muka aku menggunakan tisu basah.

Selepas itu, dia menyelimutkan aku. Lampu ditutup, aircond dinaikkan sehingga 23°C.

.
.
.
🌸🌸🌸

Aku menggeliat kecil, terasa seperti ada benda besar menghimpap badannya. Aku menoleh kekiri.

Tersembul biji mata aku melihat firguna seorang lelaki berbaju singlet tak berlengan sedang lena disebelahku sambil sebelah tangannya memelukku.

Aku menjerit sebelum menendang perut lelaki itu kuat.

Lelaki itu jatuh terjelopok diatas lantai. Dalam keadaan mamai lelaki itu menggosok matanya lalu berdiri memandangku.

Dia menggosok perutnya yang sebu diterajang wanita dihadapannya itu.

"Awak nie dah kenapa? Senak woi" Dalam keadaan separa sedar dia mempersoalkan.

"Siapa benarkan kau tidur atas katil aku? Siapa bagi kau sentuh aku?! " ujar aku berang. Mahu saja dikatuk kepala lelaki itu.

"Dah awak tidur dulu, saya tidur jela sebelah, lagipun awak patut berterima kasih dekat saya sebab tolong cucikan makeup awak tau."

Aku berdiri dan memandang kearah cermin. Hilang semua sisa makeupnya semalam.

Belum sempat aku membalas perkataan lelaki itu, aku tergamam apabila melihat baju yang dipakainya itu bukan lagi baju pengantinnya semalam.

Aku menjegilkan mataku.

"Siapa yang tukar baju aku semalam?" Ujar aku sudah mulai berdebar. Tolonglah cakap bukan lelaki itu.

"Kalau saya cakap saya yang tukar, awak nak buat apa?" Lelaki itu menaikkan alis keningnya dengan mengukir senyuman nakal

"Kau memang nak mati kan?! " aku mengambil bantal sebelum aku campakkan kearah lelaki itu.

"Bluek tak kena!! " ujar lelaki itu mengejek sambil mengelak semua balingan aku.

"Kau nie.. " aku mencapai mug diatas meja kecil bersebelahan tempat tidur aku.

"Ehh sabar awakk, jangan balingg. Berlubang kepala nanti" ujar lelaki itu mulai cuak. Ganas betul bininya ini.

"Ada aku kesah? " aku mengacah-acah ingin baling kearah lelaki itu.

Lelaki itu melindungi dirinya dengan bantal ditangan sebagai perisai.

Aku mendekati lelaki itu dengan memanjat katil.

Lelaki itu membuka mata dan menurunkan bantalnya kebawah.

"BAHHHHH" Ujar aku dari atas katil.

Lelaki itu jatuh terduduk ke atas lantai kerana terkejut. Aku melompat kearahnya. Terduduk aku diatas ribanya.

Aku menerkam rambut lelaki itu sekuat-kuatnya. Aku menarik rambut lelaki itu kebelakang dan kedepan tanpa henti.

"Aku memang tak boleh bunuh ko, tpi aku boleh seksa kau. Hah ambik, ambik! " ujar aku menarik rambutnya tanpa henti dengan ganas.

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now