27 ~ [terbongkar]

1.1K 82 8
                                    

      Kesemua barang sudah dipindahkan ke condominium lelaki itu. Bagasi miliknya tersusun penuh diruangan itu,pelbagai saiz dan corak bagasi dipamerkan di ruang tamu condo milik Zahid.

Aku menghempaskan badan ke katil gebu bersaiz king didalam bilik barunya.

Tanpa sedar, aku terlelap diatas katil itu.

"Awak.. Ouh awak.. " Zahid mengetuk pintu bilik Iman. Sudah setengah jam dia tidak keluar dari bilik, apa yang dilakukannya? Barang banyak lagi belum berkemas.

Zahid tanpa ragu memulas tombol pintu bilik Iman. Satu tubuh kecil sedang baring telentang diatas katil itu.

Zahid hanya mampu menggeleng dan tergelak kecil melihat perangai perempuan itu. Comel.

Dia menutup kembali pintu bilik Iman selepas membuka aircond dan menyelimutkan perempuan itu.

Dia menyambung mengemas condo miliknya. Berhabuk dan berdebu condonya selepas ditinggalkan lama.

🌸

"Makan.. " ujar lelaki itu selepas melihat aku keluar dari bilik.

"Makan apa? " aku mendekati lelaki itu

"Blackened Salmon with garlic sauce" ujar lelaki itu sambil mengunyah

"Kau beli dekat mana? " aku duduk sambil tangan mencapai bungkusan tersebut.

"Foodpanda laa, kat rumah nie mana ada pape nak masak"

"Em" itu saja yang keluar dari mulut Iman.

Selepas makan, mereka gerak ke supermarket berdekatan. Pelbagai bahan mentah diambil lelaki itu lalu dimasuk kedalam troli.

"jap,kau ambik barang mentah banyak-banyak nie,siapa nak masak?" ujar Iman pelik.

"Kau laa,kau kan bini aku" ujar Zahid selamba.

"Pale otak kau,belum sempat kau nak suruh aku masak, periuk kat rumah kau tu aku hempuk kat muka kau." ujarku kasar

"lek ah wak,gurau je.Dah saya yang beli barang mentah,sayalah masak.Saya pandai masak auu. Kalah chef wan huehue" ujarnya bangga

Aku membuang pandangan keatas. Menyampah pula dengar. Aku menolak troli kehadapan.

Aku mengambil ramen,keropok dan segala jajan disitu.

"awak,saya nak pergi tandas kejap.Nanti saya datang balik.Jangan pergi mana-mana tau.Stay je sini sampai saya datang balik" ujar lelaki itu panjang lebar.

"Kau fikir aku bebudak ke?pergilah cepat, kalau tak aku tinggal. " ujar aku menghalau.

Lelaki itu membuat muka monyok sebelum hilang dari mataku. Aku menolak troli kedepan mahu menuju ketempat pads.

Aku membelek ruangan itu sebelum ditegur dari belakang.

"Ek cik, " ujar satu suara dari belakang. Aku menoleh.

Aku memandang lelaki itu dari bawah keatas. siapa lelaki dihadapannya ini?

"Saya nak tumpang tanya, macam mana nak pilih jenis pad ek?" ujar lelaki itu menggaru kepalanya

"Hah? saya bukan pekerja dekat sini encik." ujar aku sambil mengerutkan keningku. Sah-sah dia pakai baju jalan, bukan pakai baju seragam.

"Tahu, cuma ada cik je disini. Girlfriend saya suruh belikan. Saya taktahu nak pilih yang mana satu" ujar lelaki itu lagi dengan raut muka serba salah.

"Ouh, girlfriend encik pakai brand apa? Dia ada bagitahu? "

Tidak betah lama disitu, baik dia tolong saja lelaki itu, cepat dia dapat pergi.

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz