M ~ [Panjat pokok]

1.4K 102 1
                                    

Setelah Zikry menghantar adiknya ke sekolah.Kami berdua duduk diatas pangkin yang diperbuat daripada kayu itu. Pangkin itu berada dihadapan rumah saja. Betul-betul berada dibawah rimbunan daun pokok pelam.

Aku merenung pokok pelam itu. Macam sedap je pelam itu. Ada yang sudah menguning ada yang masih muda. Tak pernah aku makan yang fresh dari pokok. Teringinnya.

"Erk. Awak?" lelaki itu menegur aku selepas berdiam lama merenung ke atas.

Aku memandang lelaki itu.

"Tak sakit tengkuk ke mendongak je?" ujar lelaki itu pelik

"Hah? Tak. Saja tengok mempelam diatas pokok tu. Macam sedap" ujar aku sambil menelan air liur sendiri.

"Ouh.Awak nak ke? Kenapa tak cakap?kejap saya pergi cari galah" ujar lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumah.

"Hehe, thanks" aku tersenyum sampai ke telinga. Rajin lelaki itu melayan karenahnya.

Lelaki itu terjengket-jengket untuk mengambil pelam diatas pokok.

"Hah cukup?" setelah beberapa minit menggalah akhirnya dapat juga mempelam itu.

Aku tersenyum nipis.Lelaki itu ambil pelam yang sudah masak. Aku nak yang muda. Yang dh masak selalu sangat makan di KL.

"Kenapa nie?tak cukup ke? Nak lagi?" pelik lelaki itu apabila perempuan di hadapannya senyap sahaja.

"Hah? Cukup-cukup. " aku menarik senyum lebar tapi tak ikhlas.

"Serius? Kenapa nie ? Cakapla kalau awak diam. Awak jugak yang susah hati nanti" lelaki itu tersenyum sambil mengangkat-angkat keningnya.

Dia mungkin tak tahu sangat pasal perempuan.Tapi disebabkan dia mempunyai adik perempuan yang agak pelik perangainya.Dia dapat mengagak reaksi muka mereka.Bila mahu sesuatu tk dicakap terus terang. Tahu-tahu dia nangis sebab tk dpt barang yg dia nak. Perempuan memang macam nie eh?.

"Ehem. Saya nak pelam muda kat atas tu" aku berdehem dengan muka polos lalu menunjukkan arah pelam muda yang nun jauh diatas sana.

"Hah? Tinggi tu. Macam mana nak ambik?" lelaki itu sudah berpeluh dahi melayan karenah si Iman.

"Mmm, takpela" ujar aku hampa

"Ehh. Kejap saya ambil kerusi" lelaki itu berlari anak mengambil kerusi sebelum berdiri diatasnya.

"Haih. Mana sampai awak. Takpela saya panjat" ujar aku yang sudah tak sabar mahu memetik pelam itu

"Hey. Bahayala. Mana ada orang panjat pokok pelam" ujar lelaki itu menahan

"Takpela. Orang tak buat saya buat.Turun cepat" aku mengarah lelaki itu turun dari kerusi plastik itu.

Lelaki itu turun memberikan kerusi pada aku.Aku memanjat dan memijak dahan pokok pelam itu satu persatu aku sehinggalah aku dapat mencapai beberapa biji buah pelam.

"Yay!Awak tengok nie! Firstime saya panjat sendiri nak ambik buah tau! HAHAHAHA" Ujar aku bangga. Aku membaling kebawah mempelam yang aku petik satu persatu.

"Awak, cepatlah turun. Nanti mak saya marah!" ujar lelaki itu menggunakan nama maknya. Padahal dia risau perempuan itu jatuh.

"Ey, sabarla! " aku memijak satu-persatu dahan untuk turun dari pokok.

Prakkk...

Aku terpijak dahan reput pokok itu. Dahan itu patah lalu jatuh keatas tanah. Aku dengan drastik memeluk batang pokok pelam yang besar di situ.

"Arghhh..awak, tolong saya" ujar aku sudah panik. Pokoknya sudahla tinggi. Lagi tinggi dari atap rumah lelaki itu.

"Eyy awak. Kan saya dah cakap." lelaki itu sudah panik di bawah.

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now