J~[Lari]

1.7K 89 1
                                    

"So dah dapat details pasal lelaki tu? " aku memandang Rusli. Dia boleh dikatakan PI aku. Dialah yang paling teliti antara yang lain.

lelaki itu menghulurkan sampul surat dan file kepadaku.

Aku mencapai lalu membaca dan melihat satu persatu gambar lelaki itu. Lelaki ini rupanya?Inilah rakannya yang baik sangat tu?." aku menarik senyum sinis. Lelaki macam ni boleh protect aku papa kata?. Memusnahkan hidupnya lagi adalah.

.

Aku mengambil bagasi di almari atas lalu menariknya keluar dan meletakkannya keatas katil. Aku memunggah kesemua tshirt didalam almari dan beberapa barang keperluan yang aku aku selalu gunakan setiap hari.

Aku mengambil sticker note lalu mencontengkan sesuatu keatasnya sebelum menampal di permukaan pintu bilik di sebelah luar.

Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan langkah keluar dari bilik perlahan-lahan. Bilik Hairah hanya didepanku. Aku berjengket-jengket menuju kearah lif.

Aku membuka pintu utama perlahan sebelum masuk kedalam perut kereta perodua milik Zikry. Dia juga tak sangka sebenarnya lelaki itu sanggup mengikuti rancangannya dengan mengambil dirinya senyap-senyap pada pukul 1.00 pagi.

"Fuh, awak cepat jalan...pagi nanti mesti papa saya tengok cctv" ujar aku tergesa-gesa

"Hah okay" lelaki itu memandu laju membelah jalan raya menuju kearah highway.

"Kampung kau dekat mana?" Ujar aku sambil tangan memegang phone. Mesti pelik kan kenapa Iman kejap cakap awak, saya kejap cakap aku, kau. Sebenarnya ikut mood. Kalau Iman nak berterima kasih dekat orang or orang tu layan dia baik dia automatik jadi 'awak saya' hah gituw.

"Dekat Kedah" ujar lelaki itu sepatah sambil matanya masih tertumpu kearah jalan raya.

"Ouh, jauh gak" aku tersenyum simpul sebelum senyap mendiamkan diri

"Awak,macam mana awak boleh yakin ehh ikut saya balik kampung? Tak takut saya buat benda tak baik dekat awak?" Ujar lelaki itu setelah lama berdiam diri

"Hah?mmm, sebab aku percaya kau baik. Aku percaya kau tak akan buat benda tak sepatutnya dekat aku. Kan? " aku memandang polos lelaki itu.

"Harap macamtula" ujar lelaki itu perlahan. Langsung tak kedengaran di cuping telinga milik Iman.

🐣🐣🐣

"Iman,oit bangun" ujar lelaki itu mencuit bahu aku perlahan

"Hmmm" perlahan aku membuka mata. Aku memandang segenap rumah dihadapan matanya itu

Terpegun sekejap. Tak pernah dia jejak ke kampung. Seperti pendalaman begini. Rumah kayu? Wow tak pernah terfikir akan duduk dirumah kayu. Unik! Siap ada ukiran kerawang lagi. Rumah traditional. Tak rugi dia ikut lelaki ini. Aku tersenyum sendiri

"Awak...kenapa senyum tu?senyum sebab nak sedapkan hati saya ke? Sebab terkejut? " lelaki itu menjongketkan keningnya

"Eh, mana ada. Saya memang senyum ikhlas okey! Tak pernah saya jejak ke kampung sejak kecil.Muka ori okeh! Saya cuma teruja ! Tak baik tuduh melulu" ujar aku mengecilkan mataku

"Ahahahah, okay-okay. Jom masuk."

Aku mengangguk lalu mengikut lelaki itu turun dari kereta. Baru turun dari kereta, angin terus menerpa kearah mukanya. Sejuknya udara pun nyaman. Tak sama seperti KL.

Aku mengangkat beg sandang lelaki itu manakala lelaki itu mengangkat satu bag bagasi aku, satu beg sandang tepi yang telah dibawa boleh aku semalam.

"Awak boleh angkat tak beg tu? Biar saya jela.... "

"Takpe, biar saya bawakkan.Jom masuk" lelaki itu seperti terkial-kial mengangkat beg aku ditangga batu. Seperti angkat emas seguni saja rupa lelaki itu.

Aku hanya simpan senyum melihat gelagat lelaki itu. Nak tolong tak bagi. Hambik kau! Gelak aku jahat didalam hati.

"Assalamualaikum makk" lelaki itu mengetuk pintu utama yang diperbuat daripada kayu itu.

"Waalaikumusalam" perempuan separuh abad itu membuka selak pintu lalu memandang anaknya dengan tanda tanya. 'Siapa disebelah kamu tu?'.

Aku hanya tersenyum sebelum menyalam tangan tua perempuan itu. Kami berlaga pipi sebelum masuk kedalam ruang tamu rumah lelaki itu.

Sebak pula dengan layanan baik keluarga ini kepadanya. Walaupun mereka kehilangan ayah sejak kecil, tetapi mereka bahagia bersama ibunya dan juga adik beradiknya. Untung 3 adiknya memiliki abang seperti Zikry.

Meriah rumah itu apabila waktu petang hingga malam menjelma apabila semua adik-beradiknya yang bersekolah pada waktu pagi pulang kerumah. Semuanya boleh dikatakan masih bersekolah rendah dan menengah. Belum habis belajar lagi. Hanya Zikry yang paling besar.

Baru sehari dirumah lelaki itu mampu membuatkan aku rasa bahagia. Seperti sudah kenal lama rasanya apabila semua ahli keluarganya mesra alam dan peramah. Tidak sunyi rumah itu. Penuh dengan gelak ketawa kanak-kanak.

Tak pernah dia rasa seronok seperti ini selain dari membunuh musuhnya.

Selepas makan malam. Adik-adiknya berlalu kebilik untuk mengulang kaji pelajaran dan tak tinggal juga yang menonton tv. Semestinya adik perempuan zikry yang tidak pernah meninggalkan drama koreanya walaupun sehari. Tergelak aku mendengar celoteh adik-beradiknya itu.

"Awak.. " aku duduk di depan pintu lalu memandang lelaki itu yang sedang duduk di benteng batu sambil menghirup udara segar seorang diri.

Lelaki itu menoleh memandangku setelah namanya dipanggil.

"Aku nak ucap terima kasih dekat kau, sebab sudi ajak aku datang kampung kau. Best! Boleh datang lagi lepasni." Ujar aku memandang kearah kepekatan malam. Penuh bintang dihiasi di dinding langit.

"Ehh takde hal la, saya yang patut ucap terima kasih dekat awak, sebab sudi teman saya balik kampung semester nie. Adik-adik saya pon suka dengan awak" lelaki itu tersenyum manis kearah aku.

"Ehem" aku hanya berdehem lalu membalas senyuman lelaki itu. Bergetar hatinya apabila bertentang mata dengan lelaki itu. Aishh dah kenapa dengan aku nie.

"Tengok tu! Bulan penuh malam nie" ujar aku mengubah topik perbualan.

"Eleh, macam first time je tengok bulan dia nie" ujar lelaki itu ketawa. Tetapi masih memandang kearah langit.

Aku pula ralit memandang lelaki itu sehingga tidak perasan yang lelaki itu sudah memandang dirinya. Aku bukan apa. First time tengok lelaki memakai tshirt kosong plus kain pelekat dihadapannya. Like what! Cair dohh. Sem teruk Mamat nie. Manis ja. Hahahaak aku nie dah kenapa. Kena jampi ke?.

"Iman?" lelaki itu melambai-lambaikan tangannya kearahku.

"Hah? " aku tersedar dari mengelamun memandang anak teruna orang.

"Kenapa awak tenung saya macam tu?" lelaki itu bertanya pelik. Pelik dengan perangai perempuan itu malam ini. Lembut semacam.Ataupun aku yang dah jatuh hati dengan perempuan nie?.haih jangan merepek zikry! Ingat kedudukan kau. Iman tu kaya. Kau tu apa je ada?.bentak hati kecilnya sendiri

"Erkk" aku buntu selepas dipertanyakan begitu oleh lelaki itu. Alamak kantoi. Lama aku dengan dia berkeadaan begitu sebelum mak zikry atau lebih dikenali dengan mak Mah menegur mereka.

"Eh, buat apa malam-malam duduk diluar nie? Tak manis. Zikry bawak Iman masuk. Esok kamu bawak Iman meronda satu kampung. Pergi bendang ke" ujar Mak Mah dimuka pintu.

"Ha, yela mak" zikry mengajak aku masuk.

Fuh, selamat dirinya daripada disoal kali ini. Tq mak mah!

TO BE CONTINUE

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now