K~[jatuh bendang]

1.6K 92 4
                                    

"Awak jom naik motor ronda-ronda kampung. Petang-petang macam nie syok pusing-pusing" ujar Zikry sudah mencapai helmetnya

"Motor? Alaaa bosanla naikla benda lain" ujar aku bosan. Sudah muak mahu menaiki motor. Di KL juga dia menaiki motor.

"Pastu awak nak naik apa? Kereta?" Lelaki itu sudah menggaru kepala. Mungkin dia silap bertanya kepada orang. Orang didepannya ini anak orang kaya. Mana mahu menaiki motor kapcai kampung begini.

"Apa yang kau mengarut nie. Mmm maksud aku macam. Hah basikal!" Aku menunjukkan basikal yang dikayuh boleh seorang makcik tua dihadapan lorong kecil itu

"Basikal?awak reti ke naik basikal hah?" Lelaki itu menjengketkan keningnya. Seriously perempuan bandar pandai bawak basikal?macam tak percaya.

"Hah apa-apa? Fikir saya tak reti bawak ke! Saya ni pro tau bab-bab mengayuh nie" aku menepuk dada aku perlahan lagak seperti captain yang handal.

"Ceyh. Tapi kat sini ada basikal tua jela. Basikal adik saya.Boleh ke?"

"No hal" kataku selamba. Padahal sudah lama tidak menunggang basikal.

lelaki itu mengambil kunci garaj lalu mengeluarkan basikal adik-adiknya.

Fuh memang basikal tua.Berkarat sana-sini kukuh lagi ke ni?. Kang tak pasal-pasal cabut tayar basikal nak tampung berat aku.

"Awak, naikla tunggu apa lagi? Ke awak takut basikal ni runtuh?" Lelaki itu tertawa kecil melihat reaksi aku yang kaku disitu.

"Hah? Hey ini Iman la! Tak pernah takut dan gentar. Let's goooo" ujar aku menaiki basikal itu lalu mengayuhnya perlahan-lahan.

"Hey! Jangan laju sangat." Lelaki itu mengejar aku. Aku yang tidak mahu mengalah mengayuh lebih laju.

Tiba-tiba prakkkkgg. Alamak rantai putus! Mati la nak. Siap jatuh dekat jalan raya lagi rantai basikalnya.

"Arghhhhhh" jerit aku gentar. Aku sudah terfikir yang aku akan terjatuh kedalam bendang. Sebab kalau aku terus lagi mesti menuju kearah jalan raya besar. Dengan tindakan drastik aku membelok kearah bendang lalu menutup mata.

Dushhhhhhhhhh~

"Awak! Awak okay tak?? " suara Zikry membuat aku perlahan-lahan membuka mata.

"Awak saya tak nampak! Tolong" ujar aku dengan getaran. Aku dah buta ke?! Omg Iman! Aku menggagau tangan aku ke udara.

"Awak.. Haih jap saya turun" lelaki itu turun kedalam bendang lalu mengelap mataku yang dipenuhi lumpur dengan tangannya.

"Bukak mata perlahan-lahan" ujar lelaki itu

Aku membuka mata aku perlahan. Terpancul muka lelaki itu dihadapan aku.

"Awak boleh berdiri tak ni?" Ujar lelaki itu prihatin. Kesian lihat perempuan itu. Penuh dengan lumpur. Comot!

"Kejap. Aku bangun dari lumpur." Aku berdiri tegak tanpa kecederaan. Aku melihat basikal tercampak jauh dari aku. Patutla tak sakit. Basikal itu tidak menghimpapnya.

"Awak kaki saya takleh gerak!" ujar aku takut. Aku memegang lengan lelaki itu tanpa sedar

"Awak ada rasa sakit tak kat kaki awak?"

"Takde" aku memegang tangan lelaki itu lebih erat

"Haihhh, lumpur ni mmg macam ni. Awak kena angkat kaki awak kuat-kuat. Kejap biar saya naik dulu nanti
Saya tarik awak" ujar lelaki tersenyum lebar. Kelakar melihat muka perempuan itu. Takut benar dengan lumpur. Dengan orang tidak takut.

"Janganla tinggal saya. Mana tahu ada ular dalam nie" aku menarik kolar baju lelaki itu supaya tidak naik seorangan diri.

"Hey relax. Mana ada ular dalam bendang. Melainkan awak sebut. Itu dia datang" lelaki itu makin galak mengusiknya

"Awak!!!!! " aku memeluk lelaki itu tanpa sedar.

"Awak.. " lelaki itu agak terkejut dengan tindakan perempuan itu.

"Tolongla bagi saya naik. Saya takut" badan aku meloncat-loncat ingin naik.

Lelaki itu nak tak nak terpaksa naik keatas sambil memegang badanku agar turut naik.

"Awak.. Bukak mata. Kita dah naik dah pon" ujar lelaki itu menggelengkan kepala

Aku membuka mata laju lalu memandang lelaki itu yang berada hanya seinci darinya. Cepat-cepat aku melepaskan pelukan.

"Sorry" ujar aku menggarukan kepala.

"Takpela, benda dah jadi. Jum balik. Badan awak mesti melekit dengan lumpur nie"

"Macam mana dengan basikal adik awak?" Ujar aku kesal. Apalah adik dia cakap nanti. Mesti marah.

"Biar je situ.Pandai-pandailah saya pujuk mereka nanti" ujar lelaki itu sejurus menaiki basikalnya.

"Naikla,saya bawak" ujar lelaki itu memandang kearah aku

"Hah?" Aku tanpa banyak bunyi naik keatas basikal yang ditunggang boleh lelaki itu.

Aku memegang erat baju lelaki itu. Bawak laju nak mampus. Tapi aku yang suruh pon😂.Yela. Badan abis penuh lumpur kot.

"Astarafirullahalazim! Kenapa nie? " terkejut mak mah melihat kami berdua diselaputi lumpur. Tapi lebih teruk akula. Smpai ke rambut dan muka.

"Nanti Zikry cerita. Bagi Iman dengan Zikry mandi dulu" ujar lelaki itu tersengih lalu menarik aku masuk kedalam bilik air.

"Apa awak buat nie! " aku menolak lelaki itu kedinding bilik air. Dah kenapa masuk sekali dalam bilik air dengan aku.

"Relax. Pintu terbukak kan. Lagipon biliknya dekat luar. Bukan dalam rumah. " ujar lelaki itu menenangkan aku.

"Yela. Pastu kalau bilik air dekat luar. Awak boleh buat sesuka hati awak la? Masuk bilik air dengan saya! " aku memandang tajam lelaki itu.

"Haih. Saya cuma nak tolong. Tunduk cepat. Lepas saya cuci rambut awak. Saya keluar. Saya tahu mesti susah awak nak cuci rambut awak yang penuh lumpur nie" jelas lelaki itu panjang lebar.

Aku terdiam mendengar penjelasan lelaki itu. Kenapala aku selalu salah anggap dengan lelaki itu. Aku perlahan-lahan menundukkan kepala dan menenggong.

Lelaki itu mencuci rambutku sehingga hilang segala lumpur yang berada di atas kepala aku tadi.

"Dah siap. Nanti awak syampu rambut awak okey" lelaki itu beredar dari situ lalu menutup pintu bilik air.

"Ouh yea. Nanti saya suruh adik saya ambikkan pakaian dan tuala awak." Lelaki itu tersenyum manis sebelum beredar dari situ.

TO BE CONTINUE; 3




MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now