Prolog

462 24 0
                                    

"Kak Dina,Kak Dina!Tunggulah Wardah!"jeritan seorang budak perempuan bergema di seluruh pelosok rumah itu.

"Wardah,jangan berlari!Mama dengan papa takkan tinggalkan kita la."balas seorang budak perempuan yang lain tetapi seiras mukanya dengan si adik.

Itulah Sarah Wardeena dan Wardah Sakeena,anak kembar Puan Syuhada' dan Encik Wafa'.Walaupun mereka ialah kembar,tetapi dapat dilihat dengan jelas perangai mereka bagai langit dengan bumi.

Si kakak,Sarah Wardeena ialah seorang yang matang namun penyayang walaupun baru berumur 10 tahun manakala si adik,Wardah Sakeena seorang yang amat manja dengan keluarga namun agak pendiam dengan orang sekeliling.Namun,tentunya kasih sayang dari kedua ibu bapa mereka melimpah ruah buat mereka dua beradik.

Hari ini mereka akan pergi ke restoran milik adik kepada Encik Wafa',iaitu Puan Wina bagi menyambut hari lahir ke-10 kedua puteri mereka itu.Masakan Puan Wina sememangnya menjadi kegemaran mereka selepas masakan Puan Syuhada' kerena kelazatannya memang tiada tandingan.

Kerana itulah kedua si comel itu memilih untuk menyambut ulang tahun kelahiran mereka di sana.Juga mereka amat menyukai kek strawberi buatan ibu saudara mereka itu.

Bagi mengelakkan kebosanan melanda sepanjang perjalanan,mereka memasang lagu dan menyanyi bersama.Wardah dan Wardeena memang amat meminati bidang nyanyian kerana suara mereka yang amat merdu.

Seperti Wardeena yang mewakili sekolahnya dalam pertandingan Tilawah Al-Quran hingga mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat negeri.Wardah juga mempunyai potensi untuk jadi seperti Wardeena,namun sifat pemalunya menghalangnya untuk mengikuti jejak kakaknya padahal dia pernah ditawarkan oleh cikgunya untuk menjadi solois bagi kumpulan nasyid sekolah.

Sedang leka menyanyi bersama sehingga Encik Wafa' tidak perasan akan sebuah lori simen di hadapan sehingga kereta mereka terlanggar lori itu.Kereta mereka berguling-guling hingga ke dalam gaung yang terdapat di sepanjang jalan itu.

Sekarang yang terlihat di mata mereka hanyalah tragedi yang tragis.Tapi apa yang kelihatan di mata Sarah Wardeena lebih, menggerunkan.Kerana yang dilihatnya ialah...

WARDAH SAKEENA TERCAMPAK DARI TINGKAP KERETA!

TBC

Alhamdulillah, karya pertama saya yang bertajuk 'Izinkan Aku Menjadi Pengganti' dah lahir!

Saje nak bagitau,buku ni saya start tulis 9.8.2021.Tak taulah bila nak siapnya,tapi saya akan siapkan buku ni sepenuhnya dulu baru saya publish. Jadi mungkin korang yang membaca ni dah tahun ke berapa la😂😂

Buku ni bergenre thriller/mystery. Ada jugak romance dan genre yang lain,tp ni la dia punya main genre.

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now