Bahagian 10

191 17 0
                                    

Areef Zafran membuka pintu rumahnya dan terus membaringkan tubuh kekar itu di atas sofa.Dia penat memikirkan bagaimana untuk memujuk ayahnya.

Terdengar pintu dikuak membuatkan Areef Zafran terbangun dari pembaringannya.Dia melihat Wardah Sakeena baru masuk ke dalam rumahnya.

"Assalamualaikum.Eh,awak dah balik?Kata nak balik esok."dia menegur Areef Zafran sambil berjalan menuju ke arah sofa dan duduk di sofa bertentangan dengan lelaki itu.

Areef Zafran pun bersandar di sofa itu."Waalaikumussalam.Saje balik awal.Lagipun esok mungkin saya boleh teman awak cari kerja."

"Eh,tak perlu.Saya dah jumpa satu tawaran kerja ni.Lusa saya akan pergi interview."kata Wardah Sakeena sambil meregangkan urat tubuhnya.Lenguh sungguh berjalan seharian ni.Mujurlah ada rezeki dapat kerja walaupun pada hari pertama pencarian.

Areef Zafran menayangkan muka dengan riak terkejut."Wah, alhamdulillah.Tahniah.Cepat awak dapat jumpa ya."

"Alhamdulillah rezeki saya.Jawatan tu sebagai setiausaha. Jadi mungkin agak sesuai la dengan saya yang tak berapa nak berpelajaran."Wardah Sakeena merendah diri.

"Eh,jangan cakap macam tu.Kalau awak nak tahu,Kak Dina awak tu pun dulu tak nak pergi sekolah masa kecil dulu sebab dia sedih sangat atas kematian ibu bapa korang."namun beberapa kalimat terakhir Areef Zafran amat memeranjatkan Wardah Sakeena.

"M-meninggal?Mama papa saya,meninggal?"tanya gadis itu.

"A-awak tak tahu?"

Wardah Sakeena hanya menggelengkan kepalanya.Air mata mula berputik di kelopak mata indah gadis itu.

"Saya mintak maaf,saya terlupa awak terpisah dari keluarga awak sejak kecil."Areef Zafran amat menyesal kerana berkata mengenai perkara itu pada masa yang tidak tepat.

"Takpe,saya faham.Awak bukan sengaja.S-saya naik dulu,nak rehat."Wardah Sakeena terus bangun dari duduknya dan terus menuju ke tingkat atas.

Semasa berada di anak tangga terakhir,dia dapat melihat wanita bertelekung itu di ceruk rumah dan menghadap dirinya.Wanita itu juga mengangkat tangannya dan menggenggam tangan bercahaya itu.Bagai memberi semangat kepada gadis yang baru di rumah itu.Namun mukanya masih terlihat bercahaya dan tidak kelihatan dengan jelas bahagian-bahagian di muka itu.

Wardah Sakeena tersenyum dan mengucapkan terima kasih tanpa suara.Walaupun wanita itu dia tahu ialah makhluk tak kasut mata,namun sekurang-kurangnya dia mampu memberi walau sedikit dorongan dirinya.

Dia pun berjalan masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.Dia terus meletakkan beg di atas meja dan membaringkan tubuh kecil itu ke atas katil.Dan dalam sekelip mata,air mata turun bagai air terjun dari mata Wardah Sakeena.

"Hiks,hiks.."

"Mama...."

"Papa....."

"Maafkan Wardah ma,pa....."

Gadis itu terus mengalirkan air mata dan tanpa tersedar,dia tertidur dengan air mata yang tak berhenti mengalir.

                                                              ...

"Maafkan Wardah ma,pa....."

Areef Zafran menunda niatnya untuk mengetuk pintu bilik Wardah Sakeena. Dia berasa kasihan sekaligus bersalah kerana telah tersalah kata.Sepatutnya dia menunggu Sarah Wardeena untuk menenangkan perkara itu kepada Wardah Sakeena memandangkan mereka adik-beradik.

Namun dia terlupa yang mereka terpisah sejak kecil,jadi dia lupa fakta yang Wardah Sakeena tidak mengetahui apa-apa tentang keluarga kandungnya.

Dia pun melangkah ke tingkat 3 di mana terletaknya bilik utama yang diduduki oleh Areef Zafran dan isterinya dan masuk ke dalam bilik.

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now