Bahagian 2

212 20 4
                                    

Bold font ialah flashback

Wardah Sakeena terbangun melihat dirinya yang kini penuh dengan darah.Dia juga dapat merasakan sakit yang amat di beberapa bahagian tubuhnya dan apa yang dapat dilihat di sekelilingnya kini ialah....

HUTAN!

'Macam mana aku boleh ada kat sini?Bukan tadi aku tertidur di atas sofa di rumah?'terdetik di hati Wardah Sakeena yang kini keliru apa yang terjadi pada dirinya yang berkondisi amat parah sedangkan tadi dia masih di rumah,tertidur di atas sofa sel...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Macam mana aku boleh ada kat sini?Bukan tadi aku tertidur di atas sofa di rumah?'terdetik di hati Wardah Sakeena yang kini keliru apa yang terjadi pada dirinya yang berkondisi amat parah sedangkan tadi dia masih di rumah,tertidur di atas sofa selepas makan tengahari bersama ibunya.

'Ya Allah, tolong aku.Apa dah jadi dengan aku?Ibu!Ibu!' jerit Wardah Sakeena di dalam hati.Dia sangat ingin mengeluarkan suaranya tetapi entah kenapa suaranya bagai tersekat di kerongkong.

'Ibu!Ibu!' namun bukan Wardah Sakeena namanya jika dia berputus asa.Dia terus mencuba untuk mengeluarkan suaranya agar sesiapa dapat mendengar.Tidak kisah siapapun itu asalkan dia dapat meminta tolong dari seseorang untuk membantu dirinya yang bagai nyawa-nyawa ikan ini.

"Ibu,"sayup suaranya kedengaran.Wardah Sakeena terus mencuba untuk mengeluarkan suaranya agar dapat didengari dengan lebih kuat.

"Ibu"

"Ibu"

"IBU!"

Wardah Sakeena terus terbangun dari sofa selepas menjerit sekuat hati.

"Wardah?!Kenapa sayang?"jerit Puan Zara yang baru datang dari dapur setelah mendengar anaknya memanggilnya sambil menjerit.

Setelah sampai di ruang tamu,dia melihat anaknya telah duduk memeluk kedua lutunya di atas sofa dan dia dapat melihat juga anaknya menangis.

Dengan hati yang sedikit lega kerana tiada apa yang terjadi pada Wardah Sakeena, diangkat kakinya menuju ke arah sofa dan terus duduk di tepi anaknya.

"Wardah,kenapa sayang?Wardah panggil ibu?"tanya Puan Zara.

"Ibu,Wardah takut,"kata Wardah Sakeena sambil tersedu-sedan.

"Tadi Wardah mimpi,Wardah ada kat dalam hutan.Badan Wardah penuh darah.Sakit sangat,ibu.Wardah takut,takde sesiapa pun kat situ,"sambung Wardah.Puan Zara dapat melihat air mata anaknya yang makin deras mengalir di pipi.

Puan Zara hanya tersenyum."Wardah dapat mimpi tu lagi?"

Wardah Sakeena hanya menganggukkan kepalanya.

"Wardah rindu keluarga Wardah kan?"

Wardah Sakeena hanya memandang kosong ke arah ibunya.

Ya,Wardah Sakeena bukanlah anak kandung Puan Zara. Tragedi 10 tahun lalu yang menemukan Puan Zara dengan Wardah Sakeena ketika dia sedang berjalan di jalan yang terletak di tepi hutan.

                                                              ...

Kelihatan seorang perempuan sedang berjalan bersama suaminya.Mereka baru sahaja pulang dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.

"Mama,"satu suara halus kedengaran di telinganya.

Bulu roma perempuan itu meremang.

"Mama,"suara itu kedengaran lagi.

"Abang,"perempuan itu memanggil suaminya yang berada sedikit depan darinya.

"Kenapa,sayang?"tanya lelaki itu sambil berpaling ke arah belakang lalu menghadap isterinya.

"Zara dengar suara la bang.Abang ada dengar tak?"tanya Zara.

"Abang ada dengar,tapi abang takut tu gangguan je.Tambahan sekarang ni kita berjalan tepi hutan,macam-macam ada.Seram jugak abang dibuatnya.Mana tau kalau tiba-tiba ada pocong keluar dari depan ke,naya kita sayang."jelas suaminya.

Kita ni hidup jangan terlalu yakin dengan lelaki kalau diorang kata diorang ni power la,kuat la.Silap-silap kalau jumpa dengan hantu,diorang angkat kaki dulu tinggalkan kita kaum hawa kat belakang.Hampeh.

"Tapi Zara rasa tak sedap hati bang.Jom la bang kita pergi tengok dekat bawah gaung tu mana tau ada apa-apa ke?"cadang Zara.

"Ish,sayang ni.Sayang nak pergi tengok,pergi la sorang-sorang.Abang taknak bahayakan diri abang.Entah apa la yang ada kat bawah tu."

Puan Zara hanya memandang suaminya sekilas."Abang ni kan,macam mana la Zara boleh jatuh cinta dengan lelaki penakut macam abang ni?"

"Eleh, penakut abang pun Zara sayang sepenuh jiwa dan raga kan?Takpe kalau Zara tak sayang pun,abang akan tetap kejar cinta pertama abang hingga mati.Sehati sejiwa."usik suaminya itu.

Zara hanya tersenyum,tersipu malu.Yang ni sorang lagi.Pantang suami cakap sayang terus cair.

Yang single tu pun mulalah cair tu kan.Macam la tak tau.😛

Tbc

Kita tangguh sini dulu.Dah melebih saya menaip ni.Nanti tak balance dengan chapter sebelum ni.

Chapter seterusnya continue the flashback tau!

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now