Bahagian 16

165 16 0
                                    

"Abang.."

Panggil Sarah Wardeena lagi sekali sambil memegang tangan anak perempuan itu.

"Sarah kenalkan,Zulaikha Nadira."

Areef Zafran hanya memandang anak kecil itu.Dia seperti kenal nama itu.

"Abang,nanti anak kita dah lahir Sarah nak bagi nama Zulaikha Nadira boleh?"

"Zulaikha Nadira?Cantik,berseri-seri?"

Sarah Wardeena mengangguk.

"Boleh,sayang.Asalkan anak kita sihat,tu dah cukup buat abang."

Dia sudah ingat!Jadi,anak itu...

"Anak kita."

Dua perkataan itu membuatkan Areef Zafran terkejut...

Dan membuatkan air matanya makin menurun laju.

                                                             ...

Areef Zafran berjalan menuju ke arah anak kecil yang dikatakan anaknya itu dan terus memeluknya.

"Abi?"anak itu bersuara.

Dia hanya kelihatan terpinga-pinga.Mungkin kerana pertama kali berjumpa dengan ayahnya.

"Ye,sayang.Ni abi."pelukan itu makin dieratkan.

Tangannya cuba diangkat dan dikalungkan ke leher ayahnya.

"Abi..."Zulaikha Nadira tersenyum manis.

"Sayang rindu abi?"tanya Areef Zafran.

Areef Zafran pun melepaskan pelukan itu dan berdiri menghadap anaknya.

"Riiiiiiindu sangat!"katanya sambil melompat-lompat sambil mengangkat tangannya,meminta untuk didukung.

Areef Zafran pun mengangkat anaknya dan didukung lalu dicium pipi gebu Zulaikha Nadira.

Sarah Wardeena dan Wardah Sakeena yang sedang berpelukan itu tersenyum sesama sendiri melihat gelagat ayah dan anak yang baru pertama kali berjumpa itu.

"Abang...."panggil Sarah Wardeena perlahan.

Areef Zafran memandang pula wajah isterinya.Zulaikha Nadira yang melihat ayahnya memandang ibunya pun melakukan perkara yang sama.

Wanita berpakaian putih itu menghembus nafas perlahan."Ada satu lagi yang Sarah nak cakap."

Semua yang berada di dalam bilik itu memandang pelik Sarah Wardeena.

Sebelum membuka bicara,dia memandang adiknya terlebih dahulu."Sarah nak abang kahwin dengan Wardah."

Wardah Sakeena membulatkan matanya."Akak!"

Sarah Wardeena memegang pipi adiknya.

"Akak tahu,Wardah dah jatuh cinta dengan Areef kan?"

Wardah Sakeena tercengang.Bagaimana kakaknya tahu?

Kau lupa ke Wardah oi,kakak kau tu sekarang bukan lagi manusia.Of course la dia tau.

"Abang pun,abang sukakan adik Sarah."

Mata kedua-duanya bertemu.

Areef Zafran terus menundukkan kepalanya.Tak mampu nak membalas tatapan isterinya.

Rasa bersalahnya mula hadir.Dia merasakan yang dia telah menduakan cinta kepada isterinya.

"Jangan rasa bersalah,bang."tanpa sedar,Sarah Wardeena telah berdiri di sebelah Areef Zafran sambil memegang tangan suaminya.

Areef Zafran menyatukan pandangannya bersama isterinya.

"Abang sekarang bukan berstatus suami sesiapa pun di dunia ini. Yes,memang Sarah ialah isteri abang tapi bukan di dunia." tangannya yang berada di tangan suaminya diangkat menuju ke pipi Areef Zafran.

"Jadi Sarah nak,abang cari pengganti Sarah kat dunia ni." pandangannya beralih ke arah Wardah Sakeena pula.

Air mata lelaki Areef Zafran makin deras.Dia bukan tidak mahu, cuma dia takut.Takut andai dia dikatakan sebagai suami yang curang.

"Dan Sarah yakin,Wardah mampu jadi pengganti Sarah."

Ibu Areef Zafran hanya mampu menitiskan air mata melihat drama keluarga kecil itu.

Wardah Sakeena menggeleng-gelengkan kepalanya membantah. "Tak,akak!"

Sarah Wardeena memegang tangan adiknya."Jangan fikirkan akak. Akak bukan lagi isteri Areef kat dunia ni."

Dia tersenyum.Senyuman dibaluti kesakitan yang tidak kelihatan.

Dia akui,dia sememangnya berasa sakit mampu membiarkan suaminya disatukan dengan perempuan lain dan apatah lagi perempuan itu ialah adiknya sendiri.

Adiknya yang sentiasa dia rindui.Adiknya yang sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya.Tapi dia tidak mampu untuk menunggu kerana takdir terlebih dulu memanggilnya.

Tapi untuk berasa sakit,dia berasa dia tidak layak untuk mempunyai perasaan itu.Dia kini telah tiada,telah mati.Istilah sakit dicurangi itu hanya wujud andai dia masih hidup.

Sedangkan semasa dirinya masih bernyawa,tidak pernah sedikit rasa dicurangi itu hadir kerana sememangnya Areef Zafran amat mencintai dirinya dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang menyakitinya baik tubuh mahupun hati.

Sarah Wardeena mengelap air mata yang nampaknya mula turun menjalankan tugasnya.Dia beralih pula kepada suaminya."Abang jangan tipu dengan Sarah.Ingat,Sarah ni dah mat-"

Tidak mampu untuk mendengar perkataan mati itu disebut,Areef Zafran memeluk isterinya dengan tangan kirinya sedang tangan kanannya masih mendukung anaknya.

"Sayang,jangan sebut perkataan tu.."dahinya diletakkan secara perlahan di atas bahu isterinya.

Kepala itu diraih dan diusap perlahan."Okey,Sarah tak sebut perkataan tu.."katanya sambil tergelak kecil,yang palsu.

Mampukah dia tergelak yang sebenar-benarnya gelak kerana dia telah mati?Menerima hakikat yang sebenarnya dia telah tiada di dunia ini,mampukah dia hanya tergelak?

"Tapi abang kena ingat,Sarah boleh tahu apa yang ada dalam hati abang.Bukan sahaja abang,Wardah pun sama."

Terdengar rengekan dari Zulaikha Nadira,meminta ibunya pula mendukungnya.

Namun,Sarah Wardeena harus menyelesaikan hal ini terlebih dahulu. Dia pun memberikan anaknya kepada Puan Khadijah.

"Ibu,boleh tolong pegangkan Zulaikha?"pintanya.Sudah pastinya Puan Khadijah menerimanya dengan senang hati.

Biarkan ibu mertuanya itu bermain dengan anaknya,Sarah Wardeena beralih kepada kedua insan yang paling disayanginya.

"Tolong,jangan fikirkan akak.Jangan ego.Akak tahu kalian saling mencintai."katanya perlahan.

"No,sayang.Abang tak nak kahwin dengan dia!"Areef Zafran sedikit meninggikan suaranya.

Wardah Sakeena berasa hatinya bagai ditusuk.Memang dia tidak ingin menjadi orang ketiga,tapi bila dirinya ditolak mentah-mentah sangat mencalarkan hatinya.

"Abang!Jangan tipu,tolonglah!"kata Sarah Wardeena, sedikit merayu.

"Demi Sarah.."

Areef Zafran yang sedang menundukkan kepalanya pun membuka bicara.









































"Ye,abang dah suka kat Wardah."pengakuan dikeluarkan.

Tbc

Uwu,dah suka sama suka!

Tapi dahsyat kan Sarah tu,sanggup dia relakan suami dia dengan orang lain...Kalau kita,tak kisahlah mati tak mati memang takkan bagi punya

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now