Bahagian 17

166 13 0
                                    

"Ye,abang dah suka kat Wardah."pengakuan dikeluarkan.

                                                             ...

Wardah Sakeena terkejut.

Selama ini dia hanya menganggap layanan manis Areef Zafran kepadanya ialah kerana lelaki itu mungkin merindui kakaknya.

Tapi tidak disangkanya,lelaki yang sudah lama bertapak di hatinya itu juga mempunyai perasaan yang sama.

"Jadi,adikku sayang.Tak nak mengaku lagi?"Sarah Wardeena memeluk bahu adiknya.

Wardah Sakeena tersenyum malu."Sebenarnya,Wardah memang sukakan Areef sejak masa Areef selamatkan Wardah masa malam tu."

Sarah Wardeena puas hati,susah betul nak suruh adiknya mengaku.Keras kepala,sama seperti dulu.

Tapi dia memandang semula adiknya."Tolong?Malam?"

Wardah Sakeena memandang aneh kakaknya itu."Eh akak ni,kata tahu semua."

"Akak tahu akak dah mati,tapi tak bermakna segala hal kat dunia ni akak tahu."Sarah Wardeena mencubit pinggang adiknya.

"Aww,akak!"Wardah Sakeena menggosok pinggangnya yang terasa sedikit sakit.

"Cuba cerita kat akak,dia tolong awak apa?"dia memandang adiknya dan suaminya silih berganti.

Wardah Sakeena pun menceritakan kesemua yang berlaku pada malam itu,juga pada tempoh mereka berkenalan hingga Areef Zafran mengajaknya pulang ke rumah bagi menemui Sarah Wardeena.

"Astaghfirullahalazim. Awak ni pun dah tau jalan tu gelap.Kenapa lalu?"Sarah Wardeena sekali lagi mencubit adiknya namun Wardah Sakeena bernasib baik kerana sempat mengelak.

"Manalah Wardah tau ada geng-geng melepak kat situ."mereka sama-sama ketawa.

"Dah,lepas ni jangan dah berjalan sorang-sorang malam-malam macam tu.Bahaya."

Tapi bicaranya tidak terhenti di situ sahaja."Tapi nanti jangan risau dah,sebab hero yang dulu sebelum ni selamatkan adik akan jaga adik sampai bila-bila."

Dia mengambil cincin berkilauan di jari manisnya lalu diletakkan di atas tangan suaminya.

"Sayang-"belum sempat Areef Zafran menghabiskan percakapannya,Sarah Wardeena terlebih dahulu menyambung.

"Sarah tau,ni cincin nikah Sarah."

"Dan Sarah nak,cincin ni jugak yang akan abang sarungkan di jari adik Sarah masa nikah nanti."dia tersenyum memandang suaminya dan adiknya.

Wardah Sakeena meluru memeluk kakaknya.Kemudian,disusuli dengan Areef Zafran memeluk isterinya.Sarah Wardeena pergi ke arah ibu dan bapa mertuanya sekaligus orang tua angkatnya dan memeluk mereka dengan penuh kasih sayang

Selesai sesi berpelukan itu,Sarah Wardeena mencapai Zulaikha Nadira yang sudah tertidur di pelukan ayah mertuanya.

"Jadi,sekarang semuanya dah selesai.Jadi,Sarah kena pergi."

Pernyataan yang mengejutkan semua.

"Akak,akak dah tinggalkan Wardah dulu.Akak nak tinggalkan Wardah lagi?"air mata gadis itu menurun lagi.

Semuanya tidak mampu menahan air mata.Gadis itu baru berjumpa dengan kakaknya walaupun bukan dalam bentuk manusia setelah bertahun-tahun terpisah.

Sarah Wardeena mengelap air mata adiknya."Wardah,akak takkan tinggalkan Wardah.Akak sentiasa akan jaga Wardah dari jauh.Nanti bila tiba masanya,akak akan datang jumpa Wardah lagi ya."

Wardah Sakeena memeluk kakaknya seperti tidak mahu melepaskan.Namun,apakan daya.Kakaknya harus pergi.

Pelukan itu dilepaskan.Sarah Wardeena menuju pula kepada Areef Zafran."Abang,halalkan makan minum Sarah yang selama ni abang bagi. Terima kasih sebab sudi jaga Sarah,cintakan Sarah. Jaga Wardah elok-elok ya."katanya sambil mencium tangan suaminya.

Areef Zafran pun mencium pucuk kepala isterinya."Terima kasih sayang,atas semuanya."

Tiba-tiba suara comel Zulaikha Nadira kedengaran."Abi,Mak Su,Atok dan Nenek.Nanti Zulaikha datang lagi ya.Ta ta....."katanya sambil melambaikan tangan buat semua.

Sarah Wardeena dan Zulaikha Nadira pun melangkah menuju ke arah tangga,dan semua yang berada di dalam bilik itu pun keluar untuk mengiringi pemergian Sarah Wardeena.

Dapat Wardah Sakeena melihat kakaknya dan Zulaikha Nadira berjalan menuruni tangga dan tiba-tiba satu cahaya putih yang menyilaukan mata muncul membuatkan mereka terus menutup mata.

Namun saat mata dibuka,sosok kedua insan itu telah tiada.

"Kakak..."rintih Wardah Sakeena.Puan Khadijah membawa gadis itu ke dalam pelukannya,mungkin sebagai penenang.

'Jumpa lagi sayang.Abang janji akan sarungkan cincin ni pada Wardah.'kata Areef Zafran dalam hati sambil matanya melirik ke arah sebentuk cincin berlian yang berada di dalam genggamannya.

                                                                  ...

"Wardah,dah siap?"tanya Puan Zara kepada Wardah Sakeena yang kini sudah mengenakan gaun pengantin berwarna putih. Dan sedikit solekan di wajahnya yang sememangnya sudah cantik itu membuatkan gadis itu bertambah elegan.

 Dan sedikit solekan di wajahnya yang sememangnya sudah cantik itu membuatkan gadis itu bertambah elegan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom,kita pergi.Pengantin lelaki dah tunggu tu."ajak Puan Khadijah.

Pastinya semua dapat meneka apa yang bakal berlaku hari ini.

Ya,hari ini akan berlangsungnya majlis pernikahan di antara Wardah Sakeena dan lelaki yang berjaya merambat hatinya sejak pertama kali bertemu iaitu Areef Zafran.

Majlis dijalankan di sebuah hotel terkemuka di Kedah,yang merupakan tempat tinggal Wardah Sakeena sebelum dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

Sedang Wardah Sakeena berjalan menuju ke dewan perkahwinan ditemani ibu angkatnya yang berjalan sedikit hadapan,dia terdengar satu suara dari lorong kosong yang terdapat di situ.

"Aaaaaaa...."kedengaran satu suara anak kecil sedang bersenandung.

Wardah Sakeena cuba untuk mendekati lorong itu.

Namun...

"AAAHHH!"

"WARDAH!"

Tbc

Alhamdulillah, nak kahwin dah...

Sape agaknya budak tu ea?

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now