Bahagian 20

175 10 0
                                    

Menjadi seorang suami dengan isteri yang sedang mengandung bukan satu perkara yang mudah walaupun bukan buat kali pertama.

Wardah Sakeena kini masih lagi bekerja di pejabat suaminya namun dengan tugas yang agak ringan.Areef Zafran juga mengambil seorang lagi setiausaha untuk membantu isterinya.

Bukan apa,dia risau andai isterinya tinggal berseorangan di rumah.Jika isterinya berada di pejabat bersamanya, sekurang-kurangnya dia dapat memantau keadaan isterinya.

Namun,rasa mengidam pada awal kehamilan sememangnya ada pada Wardah Sakeena. Dan kadang-kadang,mengidamnya itu ialah pada perkara yang pelik-pelik.

Pernah dia meminta pada suaminya untuk menemaninya di dalam pejabat saat suaminya ada jadual meeting dengan klien.
Mujurlah saat itu mesyuarat dibatalkan di saat akhir kerana kliennya mempunyai sedikit masalah.

Tetapi yang lebih teruk,Wardah Sakeena meminta kepada suaminya untuk pergi ke pejabat dengan memakai kot milik lelaki itu.Bukan apa,kot Areef Zafran sangat besar jika disarungkan di tubuh isterinya dan pasti akan terjatuh.

Namun,kehendak isteri tercinta kan.Kalau tak dibuat,mau tidur luar malam tu.

Mujurlah rasa mengidam itu tidaklah lama.Kini,pada 7 bulan kehamilannya Wardah Sakeena dapat menjalankan tugasnya dengan selesa tanpa rasa ingin mengidam atau rasa pening.

"Abang,petang ni sebelum balik kita singgah kedai kopi dekat depan sana dulu boleh?"pinta Wardah Sakeena kepada suaminya yang sedang menandatangani beberapa file di atas mejanya.

Kebetulah sewaktu itu berkas terakhir siap ditandatangani,Areef Zafran memandang isterinya."Kenapa,sayang mengidam lagi ea?"

Wardah Sakeena berjalan menuju ke meja suaminya."Ishh,ni dah 7 bulan.Takde istilah mengidam dah la."

"Mana tau kan."merasa geram dengan kecomelan isterinya,Areef Zafran mencubit perlahan pipi gebu isterinya.

"Abang sakitlah!"Wardah Sakeena memukul tangan suaminya.

Areef Zafran berasa puas setelah berjaya mengusik Wardah Sakeena."Jangan salahkan abang,pipi sayang tu yang comel sangat."

Sejak di dalam fasa kehamilan ini,fizikal Wardah Sakeena memang terlihat sedikit besar.Namun itu tidaklah mengurangkan rasa cinta Areef Zafran kepada isterinya.Malah dia berasa bangga kerana isterinya itu sanggup bersusah-payah selama 7 bulan ini untuk membawa zuriat mereka.

Petang pun tiba dan pasangan suami isteri itu berjalan beriringan keluar dari syarikat itu.Mereka berjalan dengan penuh gelak tawa sehingga tidak perasan akan pandangan dari semua staff di situ yang gembira melihat keromantisan pasangan itu.Malah mampu mencairkan hati golongan yang digelar single.

Kat sini ada tak golongan ni,cer respon sikit nak tengok ramai ke tak?🌝

Sesampainya di kereta,Areef Zafran membuka pintu untuk sang isteri sebelum masuk ke bahagian pemandu.Mereka pun bertolak pergi ke kedai kopi yang berada hanya berdekatan dengan syarikat milik Areef Zafran.

"Sayang,kat sana takde parkir la.Kita parkir kat seberang jalan ni je okey."kata Areef Zafran yang melihat di hadapan kedai itu sudah tiada ruangan parkir.

"Wardah tak kisah,boleh je."balas Wardah Sakeena dan terus membuka pintu kereta.

Areef Zafran pun mengunci keretanya dan memeluk Wardah Sakeena sebelum melintas jalan.

Tiba sahaja di seberang jalan,Wardah Sakeena baru terperasan akan kerongsang tudungnya yang diletakkan di atas bahu tertanggal di tengah jalan tadi.

"Abang,kerongsang Wardah tertanggal la kat situ.Wardah pergi ambik jap boleh?"pinta Wardah Sakeena.

"Eh,takpe.Biar abang ambik."baru sahaja ingin melangkah, namun terdengar deringan dari telefonnya.Dia pun mengambil telefonnya yang berada di poket seluarnya.

"Siapa?"tanya Wardah Sakeena.

"Tasnim."

"Ha,tu Tasnim call tu ada hal la tu.Abang jawab dulu,biar Wardah ambik."dia pun berjalan namun langkahnya terhenti saat dia merasakan ada tangan yang memegang pergelangan tangannya.Dia pun menoleh.

"Kali ni abang lepaskan tangan sayang,tapi bila sayang dah balik sini jangan harap sayang boleh lari dari abang.Abang akan pegang seluruh tubuh sayang termasuk hati sayang."Areef Zafran mengenyitkan matanya.

Wardah Sakeena menepuk dahinya perlahan melihat tingkah suaminya."Abang,nak buat pickupline pun tengok tempat bang." namun tidak dinafikan hatinya kini berdegup kencang.

Areef Zafran haya tersengih dan melepaskan tangan isterinya lalu panggilan telefon diangkat.

Wardah Sakeena mencari kerongsangnya yang terjatuh.Areef Zafran hanya melihat dari jauh dan memusingkan badannya ke arah kedai kopi saat setiausahanya itu bertanya di mana dia berada.

Saat dia memusingkan semula tubuhnya,dia dapat melihat Wardah Sakeena yang sedang ingin berjalan menuju ke arahnya.Mungkin sudah menemui kerongsangnya yang terjatuh tadi.

Namun,pandangannya tiba-tiba beralih ke arah sebuah motor berkuasa besar yang sedang membonceng dengan laju walaupun lampu isyarat untuk kenderaan masih merah.

Dan Wardah Sakeena yang masih berada di tengah jalan itu.

"WARDAH!"

"ABANG!"

                                                               ...

Puan Zara,Puan Khadijah dan Encik Rizman sekarang ini sedang berada di ruang menunggu di hadapan bilik pembedahan.

Seorang doktor keluar dari bilik itu.Ketiga-tiga dari mereka pun terus berlari ke arah doktor itu.

"Doktor,macam mana dengan anak saya?"tanya Puan Zara.

"Puan Wardah terpaksa melahirkan anaknya secara caesar untuk menyelamatkan keduanya."jelas doktor itu.

"Macam mana pulak dengan anak saya?"tanya Puan Qistyna.

Doktor itu menghela nafasnya."Maaf,tapi keadaan Encik Areef agak kritikal.Banyak darah kehilangan dari tubuhnya.Apa yang kita boleh lakukan ialah berdoa kepada Allah,semoga keajaiban datang menyelamatkan mereka berdua."

"WARDAH!"

"ABANG!"

Areef Zafran menolak isterinya ke tepi dan Wardah Sakeena terjatuh.Malangnya,Areef Zafran pula yang dilanggar oleh motor itu.

"ABAAANG!"Wardah Sakeena terus berlari ke arah suaminya namun dia terjatuh kerana merasakan sakit di perutnya.

Kesemua pemandu kenderaan yang tadi berhenti menunggu lampu isyarat hijau keluar bagi melihat keadaan suami isteri itu.

"Wardah..."kedengaran satu suara memanggil Wardah Sakeena.

"Naufal."

Rupanya itu ialah rakannya di kampung dahulu yang sudah berpindah ke Kuala Lumpur.

"Tolong,telefon ibu..."

Naufal pun terus mengeluarkan telefonnya dan menelefon Puan Zara.Mujurlah dia masih menyimpan nombor telefon ibu kepada rakannya itu.

"Abang...."

Wardah Sakeena cuba menyeret tubuhnya mendekati suaminya yang sudah berlumuran darah itu.

Tidak lama kemudian,siren ambulans makin kedengaran.

Dan kesedaran Wardah Sakeena pun hilang.

"Wardah!"Naufal terkejut melihat Wardah Sakeena yang sudah tidak sedarkan diri itu.Baru sahaja tadi dia beralih untuk menelefon Puan Zara,dan kemudiannya melihat wanita itu sudah kehilangan kesedaran.

Tbc

Adakah Areef Zafran akan kehilangan isteri dan anaknya sekali lagi?

Atau Areef Zafran sendiri akan menyusul Sarah Wardeena ke syurga?

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now