Bahagian 12

167 16 0
                                    

Wardah Sakeena pun berjalan dengan tangan yang masih diletakkan di mukanya,sungguh dia memang betul-betul malu dengan panggilan yang dipanggil oleh Areef Zafran tadi.

Namun ketika dia sampai di tepi tangga,matanya terpandang ke arah gambar yang digantung di dinding itu.

Gambar pernikahan Areef Zafran dan Sarah Wardeena.

Baru dia tersedar yang dia ialah adik kembar kepada Sarah Wardeena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baru dia tersedar yang dia ialah adik kembar kepada Sarah Wardeena. Dan baru tadi Areef Zafran mengatakan yang dia rindu akan kakaknya itu.

Mungkinkah panggilan tadi...

Mungkin waktu itu Areef Zafran teringat yang dia ialah Sarah Wardeena?

Menyedari perkara itu,dia pun masuk ke dalam bilik dan menangis lagi...

Ya,dia bodoh.Dia memang bodoh kerana telah jatuh cinta dengan jejaka beristeri.

                                                             ...

Sepulangnya Areef Zafran dari pejabat,dia melihat meja makan yang terdapat tudung saji di atasnya.

Dia membuka tudung saji itu dan melihat beberapa jenis lauk yang dihidangkan,juga terdapat pinggan nasi di situ.

Dia dapat menyangka semua ini dimasak oleh Wardah Sakeena.

Tetapi,gadis itu tiada di situ.Dia menganggak Wardah Sakeena berada di dalam bilik.

Dia ingin naik pergi ke bilik gadis itu untuk mengajaknya makan malam bersama.Namun melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 11 malam,dia menghalang niatnya itu.

'Mungkin dia dah makan kot.Takpelah aku makan sendiri.'kata hatinya.

Areef Zafran pun terus membasuh tangan dan menyantap makanan yang dihidangkan itu.Seperti sangkaannya,hasil yang sangat lazat.Makanan ini juga ialah makanan paling sedap yang pernah dia makan selain makanan ibunya.

Tanpa disedari,dia terus menambah nasi di pinggannya.

                                                               ...

Wardah Sakeena melihat penampilannya di hadapan cermin.Hari ini dia akan pergi ke syarikat yang akan menemuduganya untuk mencari pekerja sebagai setiausaha kepada bos di syarikat itu.

Dia pun turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan buat dirinya dan Areef Zafran.

Macam suami isteri pula.

Memikirkan itu,wajahnya kembali merona.

Namun,memorinya kembali ke detik di mana dia memandang gambar perkahwinan kakaknya semalam.

Dia terus melupakan hal itu dan menuju ke dapur untuk memasak.Dia merancang untuk membuat nasi goreng hari ini.

Dia pun terus menyarungkan apron bagi mengelakkan sebarang kotoran terlekat di bajunya yang sudah cantik itu.

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now