Bahagian 5

192 18 0
                                    

Wardah Sakeena terkejut ketika kereta Areef Zafran masuk ke dalam perkarangan rumah yang besar.Mana taknya,rumah tu dah macam istana.Banglo 4 tingkat!

Tak pernah Wardah Sakeena terfikir dia boleh tinggal di sini

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Tak pernah Wardah Sakeena terfikir dia boleh tinggal di sini.Yelah,rumahnya sebelum ni pun hanya rumah pusaka yang boleh kata hampir nak runtuh.Datang ke Kuala Lumpur dengan duit cukup-cukup.Itupun anggar itu tinggal di bilik sewa atau hotel bajet.Alih-alih diselamatkan oleh lelaki yang baru dikenalinya itu,ambik kau!Jackpot.

'Untung Kak Dina.Dapat suami kaya dan duduk rumah besar.'Wardah Sakeena berkata dalam hati.Bukan cemburu,cuma mengenang nasib dirinya yang miskin.

"Wardah, mari masuk."ajak Areef Zafran kepada Wardah Sakeena selepas memarkir keretanya di dalam garaj.

Wardah Sakeena pun turun dari kereta dan pergi ke bahagian bonnet untuk mengambil bagasinya.Dia memanggil Areef Zafran untuk membuka bonnet itu.

"Awak,saya nak ambik beg saya.Tolong bukakan bonnet ni."panggil Wardah Sakeena.

Areef Zafran yang hampir menuju ke pintu rumahnya pun menepuk dahinya."Ya Allah,macam mana saya boleh lupa.Sorry tau."Wardah Sakeena hanya tersenyum.

Namun senyumannya hilang apabila dia melihat seorang perempuan bertelekung namun mukanya tidak kelihatan kerana malam yang gelap di balkoni tingkat tiga.Bulu romanya meremang namun pandangannya teralih ketika Areef Zafran memanggilnya.

"Wardah, ni beg awak."

"Oh,terima kas..."Wardah Sakeena mengerutkan dahinya ketika dia memandang semula ke arah balkoni tersebut.Perempuan yang dilihatnya tadi telah tiada di situ.

'Ishh,halusinasi aku je agaknya tadi.Astaghfirullah.'Wardah Sakeena menggeleng-gelengkan kepalanya.

Areef Zafran yang melihat Wardah Sakeena masih lagi berada di kereta memanggilnya."Awak,buat apa lagi tu.Jom masuk."

"Ah,okey okey."Wardah Sakeena terus berlari mengikut langkah Areef Zafran ke pintu rumah.

"Assalamualaikum, sayang.Abang dah balik."

Wardah Sakeena melopongkan mulutnya ketika melihat bahagian dalam rumah tersebut.'Bestnya Kak Dina,dah la dapat suami hensem macam ni.Rumah pulak cantik gila.'

"Awak boleh naik atas,tingkat 2.Sebelah kiri tangga tu ada bilik.Awak boleh duduk kat situ.Saya nak ke dapur kejap."beritahu Areef Zafran.

"Oh,tapi....Kak Dina ada ke?"tanya Wardah Sakeena. Dia betul-betul tidak sabar untuk bertemu dengan kakaknya itu.

"Biasanya malam-malam macam ni dia dah tidur.Esok pagi awak bangun awak jumpa la dengan dia,ya?"

"Okey,selamat malam dan terima kasih atas semua ni."kata Wardah Sakeena.

"Takde hal lah,ni memang tugas kita sebagai manusia kan?Kena saling tolong-menolong.Lagipun tengok muka awak yang sama dengan Sarah,sebab tu saya macam nak tahu sangat bila tengok awak tadi."jelasnya.

"Okey,saya naik dulu tau."

Wardah Sakeena pun melangkahkan kakinya ke arah tangga namun pandangannya tertupu kepada hujung rumah tersebut.Dia melihat ada benda putih di situ.Entah mengapa hatinya mendorongnya untuk pergi ke arah itu.

Namun dia tersentak kerana dia melihatnya lagi.

Ya,wanita bertelekung tadi.Dan wajahnya masih tidak kelihatan.Bukan kerana tiada sumber cahaya kerana rumah itu memang sudah terang namun kerana wajah perempuan itu bercahaya bagai bulan di malam hari.Sungguh terang.

Namun tiba-tiba cahaya itu makin malap dan terlihatlah wajah perempuan itu yang gelap dan menakutkan.

Wardah Sakeena yang ketakutan mula berlari dengan selaju yang boleh dan terus masuk ke dalam bilik.

'Ya Allah, apa tadi tu?Astaghfirullahalazim,astaghfirullahalazim.' Wardah Sakeena beristighfar untuk menenangkan dirinya.

Dia teringat pesanan arwah ayahnya yang selalu memberitahunya untuk hanya mengucapkan perkataan yang baik tak kiralah apa jua situasi yang menakutkan seperti ini.

'Ya Allah, jangan la pulak aku tak lena tidur malam ni..'

'Dahla,baik aku pergi mandi dulu.Lagi aku fikir pasal benda tu lagi meremang bulu roma aku.InsyaAllah aku ambik wuduk sebelum tidur nanti takde apa lah.'hatinya berkata lagi.Detak jantungnya masih kedengaran sangat laju.

Dia pun mandi dan mengambil wuduk sebelum membaringkan diri di atas katil.Ibunya selalu menyuruhnya untuk mengambil wuduk sebelum tidur bagi mengelakkan sebarang gangguan dari makhluk-makhluk halus.

'Bismillahirrahmanirrahim.'Wardah Sakeena pun membaca doa tidur dan memejamkan matanya.

"Wardah..."

Tbc

Ha,sape pulak perempuan bertelekung tu..

Seram pulak rasanya..

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ