Bahagian 8

188 17 2
                                    

Wardah Sakeena bersiap-siap untuk keluar mencari kerja.Hujan di luar pun sudah terlihat semakin reda.Ada baiknya dia pergi sekarang sebelum hujan turun lagi.

Dia mengambil pin dan memasangkannya di bahagian kiri tudung bawal yang dipakainya.Tudung bawal labuh berwarna merah dan bercorak bunga tulip itu ialah hadiah dari ayahnya pada hari lahirnya 3 tahun lepas.Tanpa dia mengetahui,itu ialah hari lahir terakhirnya bersama sang ayah setelah lelaki yang paling disayanginya setelah bapa kandungnya itu pergi menghadap Ilahi beberapa minggu selepas itu.

'Haih,air mata lagi.Cukupla tu,kau tak penat ke asyik turun dari mata aku?'Wardah Sakeena mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Namun hasilnya sia-sia,air matanya makin mengalir deras.Sederas hujan yang turun pagi tadi.

"Ayah,tunggu Wardah tau.Tunggu Wardah kat syurga."Wardah Sakeena pun membaiki olesan bedak di mukanya yang terlihat sedikit bertompok akibat air matanya tadi dan terus melangkah keluar dari bilik.

Dia menuju ke dapur rumah itu untuk mengambil sandwich yang sempat dibuatnya untuk sarapan.Sedang makan,dia teringat akan peristiwa di mana dia ternampak hantu pagi tadi.

Wardah Sakeena mengeluh."Hantu,sekarang aku nak pergi kerja.Kau jangan kacau aku sekarang.Karang tak pasal-pasal aku pengsan kat sini dah terbantut misi aku nak cari kerja.Please kesian kat aku."

Wardah Sakeena berkata bagaikan hantu itu betul-betul di hadapannya. Namun dia sedikit lega apabila dia tidak nampak apa-apa bayangan wanita itu di dalam rumahnya.

Namun sangkaannya untuk sedikit tenang itu salah.

'Baik,Wardah.'

Terdengar satu suara menyahut.

Wardah Sakeena membuat muka tidak suka."Alah,apahal kau menyahut?Aku dah makin seram ni.Aku pergi dululah. Jaga rumah elok-elok."

Dia terus berlari ke luar rumah,mengunci pintu dan memakai kasutnya.

Takut-takut pun sedap bersembang dengan hantu macam takde apa,siap boleh suruh jaga rumah lagi.

                                                              ....

Wardah Sakeena mengelap peluh yang kini makin banyak merembes di dahi dan pelipisnya.Sejak dari tadi hingga sekarang,pukul 3 petang, dia masih tidak dapat menemukan tempat yang menawarkan kerja kosong.

'Ya Allah,penatnya.'Wardah Sakeena duduk di perhentian bas bagi merehatkan dirinya sebentar.

Tiba-tiba dia terperasan sebuah kedai runcit bersebelahan dengan perhentian bas itu.Dia berniat untuk mencari surat khabar untuk melihat iklan kerja kosong di situ.

"Assalamualaikum, abang.Surat khabar ada lagi?"tanya Wardah Sakeena kepada penjaga kedai itu.

Penjaga kedai yang sedang ralit bermain telefonnya itu memandang ke arah Wardah Sakeena. "Waalaikumsalam, ada. Adik bernasib baik tau,ada tinggal satu je lagi."

Wardah Sakeena tersenyum."Saya nak beli satu bang."

"Okey,nah.RM2."lelaki itu menghulurkan surat khabar kepada gadis di hadapannya.

"Terima kasih."Wardah Sakeena terus melangkah ke perhentian bas itu semula untuk mencari iklan kerja kosong di dalam surat khabar itu.

"Setiausaha diperlukan,berumur 20 tahun ke atas.Perempuan. Mempunyai pengalaman bekerja.Yang tidak berpengalaman juga digalakkan memohon."dia membaca sebuah iklan yang terpapar di situ.

"Wah,boleh dah ni.Cukup dah syarat."dia pun bercadang untuk pergi ke syarikat yang menawarkan jawatan setiausaha itu.

                                                           ....

"Assalamualaikum."Wardah Sakeena memberi salam kepada receptionist di lobi syarikat itu.

Perempuan itu pun menjawab salam Wardah Sakeena.
"Waalaikumsalam, ye?Boleh saya bantu?"

Wardah Sakeena pun menghulurkan surat khabar di tangannya dan menunjukkan iklan yang tertera."Saya nak tanya,ada lagi tak jawatan setiausaha ni?"

Receptionist itu pun melihat surat khabar yang ditunjukkan oleh gadis itu."Oh,setakat ni belum ada yang mengisi jawatan tu.Sebelum ini jawatan ini diisi oleh isteri CEO kami sendiri. Malangnya,isteri dia dah meninggal dunia beberapa bulan lalu akibat keguguran."

Wardah Sakeena hanya meng-oh-kan mulutnya. "Innalillahiwainnailaihirajiun.Jadi,saya ada peluang la ni?"

Receptionist itu pun menganggukkan kepalanya."Cuma,hari ni CEO kami cuti.Dua hari lagi InsyaAllah dia datang semula.Dan dia ada pesan kepada saya,kalau ada yang datang minta kerja boleh datang dua hari lagi."

Senyuman gembira terpapar di wajah Wardah Sakeena. "Alhamdulillah,terima kasih sangat-sangat.Saya datang dua hari lagi ya?"

Anggukan kepala yang diterima Wardah Sakeena."Ya,cik boleh datang dua hari lagi."

"Baik,terima kasih."

"Sama-sama."

Wardah Sakeena pun melangkah keluar dari syarikat besar itu.

'Ya Allah, moga aku dapat diterima kerja di sini.Bolehlah aku beri duit belanja kepada ibu.Amin...'Wardah Sakeena meraupkan kedua tangannya ke mukanya.

Dia pun berjalan menuju ke sebuah restoran yang terletak di seberang jalan untuk membeli dan nasi untuk makan tengaharinya sekaligus untuk makan malam nanti.

Tbc

Wah,CEO tu dah duda.So mana tau Wardah ada 'can' nak bersuami bersuamikan seorang CEO...

Tapi kalau dah tua,nak buat macam mana ea?

Marilah kita berjemaah menuju ke chapter seterusnya.

Don't forget to vomment tau!

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now