Bahagian 11

172 16 4
                                    

Areef Zafran hanya memerhati Wardah Sakeena yang sedang menyentap makanannya.Sungguh,dia bukan mahu curang dengan isterinya.Tetapi disebabkan wajah Wardah Sakeena yang sememangnya seiras dengan isterinya membuatnya rasa seperti...








































Entah,seperti jatuh hati.Jatuh cinta.

"Areef?"

Panggilan Wardah Sakeena menyedarkan lamunan Areef Zafran.

"Ah,ah.Ye,saya?"

"Awak ni kenapa? Dari tadi lagi saya tengok awak ni semacam je.Asyik mengelamun.Kenapa?Ada masalah?"tanya Wardah Sakeena sambil menyambung suapannya.

"Takde apa,saya cuma...cuma..Ah,saya cuma rindukan kakak awak je."balas Areef Zafran menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Wardah Sakeena tergelak."Amboi,baru tadi awak pergi hantar dia.Dah rindu?So sweet la..."

Namun,dia tak mampu menafikan.Dia punya sedikit perasaan cemburu.Tindakan bodohnya yang jatuh cinta kepada lelaki yang sudah bersuami memang berisiko.Lagi-lagi lelaki itu ialah abang iparnya sendiri.

"Dah,cepat makan.Lepas tu kita boleh balik.Risau jugak saya bawak anak dara keluar malam berdua je."seloroh Areef Zafran.

"Ye ke risau?Ke awak takut Kak Dina marah?"Wardah Sakeena mengusik abang iparnya itu.

Areef Zafran yang sudah menghabiskan makanannya pun meletakkan sudu di dalam pinggan."Eh,takdelah.Dia sendiri yang suruh saya ajak awak keluar makan malam ni.Saje dia tak nak susahkan awak memasak."

Senyuman Wardah Sakeena hilang.'Oh,Kak Dina rupanya yang suruh.Aku ingat dia sendiri yang nak ajak aku makan.'

"Dah,saya dah siap.Jom kita balik."kata Wardah Sakeena selepas menghabiskan nasi gorengnya.

                                                                 ...

Pagi esoknya,Wardah Sakeena yang sedang melangkahkan kaki menuju ke dapur untuk membuat sarapan terserempak ďengan Areef Zafran yang sedang duduk di sofa.

Dia menyangka lelaki itu akan pergi ke pejabatnya hari ini melihat penampilan lelaki itu yang memakai tuxedo biru dan seluar berwarna senada.Kaki kanan yang diletakkan di atas kaki kiri menyemburkan lagi aura lelaki maskulin darinya.

Kaki kanan yang diletakkan di atas kaki kiri menyemburkan lagi aura lelaki maskulin darinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh,awak pergi office hari ni?Kata nak pergi esok?"tanya Wardah Sakeena.

"Haah,dah saya dah balik ni terus pergi ke pejabat.Kerja pun berlambak."terangnya sambil bangun untuk menuju ke pintu.

Tetapi Wardah Sakeena menghalang."Eh,awak nak cepat ke?Mari la makan dulu,saya nak masak sarapan ni."

Areef Zafran berfikir sejenak."Hmm,not bad.Saya pun nanti dah masuk office,conform dah malas nak cari sarapan."

Wardah Sakeena tersenyum lebar mendengar tawarannya diterima."Okey,awak tunggu di meja makan saya pergi masak dulu ya.Jadi tuanku nak makan apa hari ni?"

Areef Zafran tergelak mendengar gadis itu memanggilnya 'tuanku'."Masak simple jelah.Saya pun tak biasa makan yang berat-berat untuk sarapan."

"Baik,tuanku.Izinkan patik meminta diri untuk ke dapur istana bagi menyediakan santapan tuanku pagi ini."seloroh Wardah Sakeena sambil menundukkan dirinya dan menyatukan kedua tangannya lalu diletakkan di dahi.Seperti tanda hormat untuk kerabat diraja lalu terus melangkah ke dapur.

Senyuman Areef Zafran makin lebar melihat gadis itu.Sama seperti perangai isterinya yang manja dan selalu bertingkah lucu.

Beberapa minit kemudian,Wardah Sakeena memanggil Areef Zafran untuk menyantap sarapan mereka.

"Tuanku,dengan segala hormatnya saya mempersilakan tuanku merasa makanan saya.Harap kenalah dengan selera tuanku."Wardah Sakeena memberi senyuman manis untuk lelaki itu sambil meletakkan dua pinggan yang berisi roti bakar di atas meja.

Areef Zafran pun mengambil roti yang terdapat telur separuh masak dan kacang panggang di atasnya itu dan menyuapnya ke dalam mulut.

Areef Zafran memejamkan matanya."Emm,sedapnya.Saya tak pernah rasa roti bakar sesedap ni."

Sejujurnya memang dia berkata jujur.Walaupun roti itu boleh dikatakan senang untuk memasaknya,namun ia memang sedap.

Lebih-lebih lagi isterinya,Sarah Wardeena memang tidak pandai memasak jadi mereka lebih memilih untuk makan di luar.

Wardah Sakeena tersipu malu."Ishh,awak ni.Senang je saya masak ni,simple la nak masaknya.Apapun terima kasih atas pujian tuanku."

Areef Zafran membuang tawa."Ahahaha,awak memang bercita-cita nak jadi dayang istana ke?Takpelah,saya benarkan awak berlatih dengan saya.Jadi lepas ni awak dengan rasminya saya melantik untuk menjadi dayang saya.Tahniah!"katanya sambil bertepuk tangan.

"Hei,cita-cita saya taklah setinggi sampai nak masuk istana.Dah la,pergi la kerja.Nanti awak lewat pulak."mereka berdua pun bangun dan berjalan menuju ke pintu.

Wardah Sakeena mengambil beg bimbit abang iparnya yang tertinggal di sofa.Dia pun menghulurkan beg itu kepada Areef Zafran yang sedang menyarung kasut.

"Nah,nasib baik la saya perasan awak tertinggal beg tu.Kalau tak,tak bekerja la awak kat sana."

Sambil tersenyum,Areef Zafran pun mengambil beg bimbit yang berada di tangan kanan Wardah Sakeena.

"Terima kasih.Saya pergi dulu ya sayang."ucapnya sebelum melangkah ke kereta.

Wardah Sakeena terpaku.'Betul ke dia panggil aku tadi?Sayang?'

Melihat kereta mewah Areef Zafran yang sudah pun meninggalkan perkarangan rumah itu,Wardah Sakeena pun terus masuk dan menutup pintu rumah.

Wajahnya sekarang jangan kata la.Terlihat seperti dicat dengan pewarna merah.Okey tu melampau, tapi boleh dikatakan seperti muka Ji Yeonhee yang malu menatap wajah D.O. di luar rumah ahli EXO ketika watak lelaki itu memegang mukanya.(Siapa yang tengok Kdrama EXO Next Door mungkin ingat babak tu.)

(Untuk yang tidak tonton lagi drama tu,seperti inilah muka Ji Yeonhee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Untuk yang tidak tonton lagi drama tu,seperti inilah muka Ji Yeonhee.Merah sungguh kan?)

Tbc

Astaghfirullahalazim, Areef.Ingat bini woi!

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now