Bahagian Akhir

237 12 0
                                    

"Assalamualaikum,sayang.Abang datang ni."Areef Zafran memberi salam setelah tiba di kubur isterinya.

"Terima kasih sayang,sayang dah jadi isteri yang paling baik untuk abang.Pengorbanan sayang menjaga anak kita walaupun tidak dapat lahir,tapi percayalah sayang.Sayang akan sentiasa hidup di hati abang."Areef Zafran mengelap air matanya.

"Abang...."Areef Zafran merasakan bahunya ditepuk.

Wardah Sakeena.

Yang kini sedang tersenyum manis di depannya.

Dan anak mereka yang berada di dalam gendongannya.

Dan anak mereka yang berada di dalam gendongannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alhamdulillah,kedua insan ini kuat.Sungguh kuat.Mereka dapat berjuang melawan sakit dan kini,hidup bahagia seleluarga.

"Assalamualaikum,akak.Wardah datang ni."Wardah Sakeena memberi salam kepada kakaknya.

Dia pun duduk di atas tikar yang sudah dibentang oleh suaminya.

"Akak,kenalkan anak Wardah dengan Abang Areef."Wardah Sakeena membaringkan anak itu ke atas ribanya.

"Sarah Nadira."sebut Areef Zafran sambil mencium pipi anaknya.

"Akak nak tau tak kenapa Wardah pilih nama ni?"tanya Wardah Sakeena, bagai sedang bersembang secara berhadapan dengan kakaknya.

"Supaya,setiap hari Wardah dapat rasa kehadiran akak dan Zulaikha dalam diri Wardah.Dan juga abang."Wardah Sakeena memandang pula suaminya.

Areef Zafran mengelap air mata yang keluar dari mata indah isterinya itu.

"Wardah minta maaf kak,3 bulan Sarah lahir baru Wardah dapat datang jumpa akak.Biasalah,masa pantang.Abang pulak langsung tak bagi Wardah keluar rumah."dia menjeling suaminya, pura-pura marah.

"Eh,abang buat pun sebab abang kasihankan sayang.Sayang mana boleh berjalan banyak.Lagipun sayang bersalin caesar, susah la sikit."kata Areef Zafran sambil mencium pipi isterinya.

Wardah Sakeena melirik jam yang dipakainya.

"Akak,kitorang dah kena pergi ni.Lepas ni abang ada meeting dengan klien dari Indonesia.Kami balik dulu ya."Wardah Sakeena pun bangun dan membantu suaminya yang memakai tongkat itu.

Kata doktor,mungkin beberapa bulan Areef Zafran perlu menggunakan tongkat untuk berjalan oleh kerana kecederaan yang agak serius di bahagian kaki.

"Sayang,abang balik dulu ye.Nanti ada masa abang datang lagi jumpa sayang."Areef Zafran mencium batu nisan di kubur isterinya,membayangkan seperti mencium pipi Sarah Wardeena.

Areef Zafran pun bangun dengan bantuan Wardah Sakeena. Namun,ketika ingin berpusing dia melihat isterinya dan anaknya sedang berdiri dari jauh memandang mereka sekeluarga.

Wardah Sakeena yang melihat suaminya hanya terpaku di situ pun memandang ke arah yang dipandang suaminya.

"Kak Dina..."

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now