Bahagian 13

160 17 0
                                    

"Alhamdulillah, kenyangnya saya."Areef Zafran pun terus bangun dari duduknya dan pergi ke pintu.

Sebelum itu,dia berpusing ke belakang dan melihat Wardah Sakeena yang berada di belakangnya.

"Terima kasih sangat-sangat.Sedap sangat awak masak."pujinya.

Dan taulah perempuan tu,makin merah la mukanya.

"Terima kasih atas pujian awak tu.Tapi Kak Dina tak masak sedap macam saya ke?"yelah,pelik jugak dia bila ada lelaki yang puji masakan perempuan selain isterinya.

"Kak Dina awak tu tak pandai masak sebab dia sendiri yang tak nak.Mak saya pun tak kisah,saya pun tak kesah.Bila hati dah sayang kan..."

Sudah,hati Wardah Sakeena terasa bagai dirobek dan diracik. Sakitnya bila lelaki itu mengatakan sayang kepada perempuan lain. Sedangkan perempuan itu ialah isterinya sendiri.

Sekali lagi dia mengejek dirinya yang jatuh cinta kepada lelaki itu.

'Kau memang la,dah sah-sah lelaki ni dah ada bini.Memang la dia sentiasa beritahu semua orang betapa dia sayang kat bini dia.'ujarnya sambil mengetuk-ngetuk kepalanya.

Areef Zafran yang perasan gadis itu yang sudah seperti orang gila terus menghentikannya."Eh,awak.Awak okey tak ni?Jangan ketuk la kepala tu."

Wardah Sakeena tersedar."Eh,takde apa la.Saya gatal kepala tadi cuma nak garu,takut tudung ni kedut.So say ketuk je lah."

Lelaki itu hanya tersenyum tanpa dia sedar,hati Wardah yang makin berbunga melihat senyuman itu.Namun senyuman itu juga membuatnya rasa makin bodoh.Perasaan ini.

Cinta ini.

Mengapa dia yang buat aku jatuh cinta?

Wardah Sakeena hanya mampu memandang tubuh Areef Zafran yang sudah berjalan menuju ke kereta.

                                                                 ...

Wardah Sakeena berdiri di hadapan sebuah bangunan yang tersergam indah.Itulah syarikat yang bakal menemuduganya untuk jawatan setiausaha.

"Bismillahirrahmanirrahim."doanya sebelum melangkah masuk ke dalam syarikat itu.

"Assalamualaikum, saya datang nak temuduga untuk jawatan setiausaha."kata Wardah Sakeena kepada receptionist yang telah ditemuinya dua hari lalu.

"Oh,cik ni yang bagi resume hari tu kan?Mari saya bawa cik ke ruangan CEO kami.Tasnim,tolong jaga kejap.Akak nak bawa cik ni ke pejabat bos."Wardah Sakeena dapat melihat seorang lagi gadis yang sedang duduk di kerusi sebelah receptionist itu.

Mata gadis yang disebut Tasnim itu memandang Wardah Sakeena dan tersenyum.Wardah Sakeena juga membalas senyuman itu.

"Mari,cik."pelawa wanita itu.

Sesampainya mereka di depan pintu pejabat yang dikatan ruangan CEO itu,wanita itu pun mengetuk pintu itu dan menjulurkan kepalanya ke dalam.

"Encik Zafran,dia dah sampai."

Wardah Sakeena tidak dapat melihat wajah CEO itu oleh kerana pintu yang hanya dibuka sedikit.

Setelah mendapat kebenaran CEOnya untuk membenarkan Wardah Sakeena masuk,wanita itu pun membuka pintu itu seluas-luasnya dan menyuruh Wardah Sakeena masuk.

Sambil mengucapkan terima kasih,Wardah Sakeena melihat ruangan pejabat yang penuh dengan aura mewah itu.Dia juga dapat melihat seorang lelaki berdiri menghadap tingkap di sebelah meja kerja dan dia dapat menebak itu ialah CEOnya.

Dia juga dapat melihat seorang lelaki berdiri menghadap tingkap di sebelah meja kerja dan dia dapat menebak itu ialah CEOnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Assalamualaikum, tuan."

Lelaki itu pun memalingkan mukanya.

"AWAK?"keduanya menjerit kaget.

                                                                ...

"Saya tak sangka pulak awak yang hantar resume tu,saya pun tak sempat bukak lagi."ujar Areef Zafran. Sungguh,dia memang tidak sangka langsung Wardah Sakeenalah yang meminta kerja di situ sebagai setiausahanya.

Wardah Sakeena yang duduk bertentangan dengan lelaki itu pun bersuara."Itulah,saya pun tak sangka.Tadi saya dengar receptionist tu panggil awak Encik Areef,memang mulanya daya teringat awak tapi bila fikir balik bukan awak sorang ada nama Areef dalam dunia ni."

Areef Zafran tergelak sedikit dan terus memasang muka fokusnya."Baik, kita mulakan temuduga kita hari ini.Sebelum itu beta ingin bertanyalah kepada tuan hamba,pernah ada pengalaman kerja?"

Tawa Wardah Sakeena makin kuat ketika Areef Zafran membahasakan dirinya 'beta' lagi."Buat pengetahuan tuanku,dekat kampung dulu patik ada bekerja sebagai pembantu tukang jahit dekat satu kedai jahit ni."

"Itu lah yang saya buat untuk bantu ibu saya cari nafkah keluarga.Tapi disebabkan hasil yang tak seberapa,saya buat keputusan untuk datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dengan hasil yang lebih lumayan."sambungnya.

Temuduga yang berjalan selama 3 jam itu pun berakhir. Sebenarnya tidaklah akan selama itu,tapi disebabkan keduanya yang asyik bersembang dan bergelak ketawa sehingga interview itu berlangsung lama.

"Okeylah,awak boleh datang kerja esok.Jangan lambat datang tau."usik Areef Zafran. Dia hanya bergurau,mengingatkan mereka yang duduk satu rumah.Pastinya dia boleh memantau aktiviti adik iparnya sekaligus setiausahanya itu.

"Baik,tuanku.Tapi mungkin akan lambat sedikit kot,sebab saya perlu sediakan sarapan untuk raja saya di rumah."Wardah Sakeena yang tahu lelaki itu bergurau,dia pun mengusiknya juga.

Keduanya tertawa bersama.Langsung tidak kisah dengan status masing-masing yang hanya bertaraf adik dan abang ipar.

"Dah la,jom kita balik.Kerja saya pun dah siap hari ni sebab saya datang pun hanya untuk sesi interview ni.Alang-alang kita boleh pergi makan sama-sama."ajak Areef Zafran sambil mengambil kotnya yang diletakkan di penyandar kerusinya.

Mereka pun keluar bersama sambil bersembang rancak.Kelihatan seperti suami dan langsung tidak kisah dengan pandangan pekerja lain yang saling bercakap-cakap sesama sendiri melihat pemandangan itu,tak kurang ada juga yang tersenyum bahagia.

Tapi mengapa tersenyum bahagia?

Tbc

Geng-geng shipping ni🤣

Makin rapat je diorang ni,tak risau ke Sarah Wardeena cemburu?

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now