Bahagian 7

187 18 3
                                    

"Awak,awak pergi hantar Kak Dina lama ke?"tanya Wardah Sakeena. Dia bukan apa,dia cuma takut tinggal di rumah besar ini seorang diri.Tambahan lagi dia sudah beberapa kali melihat gerangan wanita bertelekung itu yang diyakini bukan manusia.

Areef Zafran pun menoleh ke belakang."Kenapa awak tanya?"

Wardah Sakeena sedikit menundukkan kepalanya. "Takdelah,saya takut tinggal di sini sorang-sorang."

Areef Zafran sedikit tergelak mendengar jawapan adik iparnya yang mempunyai muka yang seiras dengan isterinya."Oh,saya ingat apa tadi.Takde apalah,lagipun hari ni awak nak pergi cari kerja kan?Hati-hati kat luar sana tau."

Wardah Sakeena menganggukkan kepalanya perlahan sambil berjalan di sisi Areef Zafran menuju ke pintu rumah.

Dia melihat ke arah kereta Areef Zafran yang terparkir di hadapan garaj rumah itu.Dia juga dapat melihat seorang wanita bertudung jingga pastel yang duduk di kerusi sebelah pemandu. Wardah Sakeena dapat menganggak itu ialah kakaknya.

 Wardah Sakeena dapat menganggak itu ialah kakaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Alhamdulillah, kakak okey je tu.Syukur Ya Allah, kau kurniakan Kak Dina suami yang baik dan penyayang seperti Areef.'detik hati gadis itu.

Saat wanita bertudung jingga di dalam kereta itu beralih menghadapkan kepalanya ke arah Wardah Sakeena yang sedang berdiri di depan pintu rumah,Wardah Sakeena dapat melihat muka yang seiras dengannya itu sedang tersenyum sambil melambaikan tangannya.Wardah Sakeena pun membalas lambaian tersebut sambil memberikan sebuah flying kiss. Tanpa disedari gadis itu,sungai kecil di matanya telah mengalir dengan sangat deras.

Impiannya sejak kecil kini telah tercapai.Dia dapat melihat wajah kakaknya setelah hampir 13 tahun terpisah.Wajah yang tenang,wajah yang cantik berseri itu terus tersenyum dan berlalu pergi.

Sambil menutup pintu rumah dan menguncinya dengan kunci rumah yang telah diamanahkan Areef Zafran kepadanya,dia mengelap sedikit pelopok matanya yang baru dia sedari telah basah sambil tersenyum.'Alhamdulillah, aku dapat tengok Kak Dina lagi selepas 13 tahun.Terima kasih Ya Allah.'

Namun senyumannya hilang apabila dia melihat bayangan wanita bertelekung yang kini berada di tepi sofa itu lagi.

Jantung Wardah Sakeena makin berdegup kencang dan tanpa menoleh ke belakang,dia terus berlari selaju yang boleh menuju ke dalam biliknya dan terus mengunci pintu biliknya.

Setelah berjaya masuk ke dalam biliknya,dia bersandar di pintu sambil meredakan nafasnya.

Namun nafasnya makin kencang apabila pintu biliknya diketuk.Teringat bahawa hanya dia berseorangan di rumah ini,bulu romanya makin meremang.

"Hang nak apa?Aku tak kacau hang,hang dok soh nak kacau aku."
jerit Wardah Sakeena.

Tudiah,keluar loghat Kedah tu..

Buat pengetahuan semua,Wardah Sakeena dan Puan Zara tinggal di Kodiang,Kedah.Jadi sememangnya Wardah Sakeena sudah terbiasa dengan loghat utara itu.

Namun dalam keadaan seperti ini,kita bukan perasan apa yang keluar dari mulut kita.Mujur yang keluarnya loghat Kedah,kalau termencarut ke tadi tak ke naya?Untung-untung hantu tu dapat pahala free, kita pulak dapat dosa.

Tidak lama selepas Wardah Sakeena menjerit,ketukan itu pun terhenti. Hantu ni pun,kacau orang yang baru masuk rumah tu.Tak berperike-hantu-an betul.

Tersedar yang ketukan menyeramkan tadi telah terhenti,Wardah Sakeena cuba membuka pintu lalu mengintai keadaan di luar.Melihat tiada apa yang mencurigakan, dia menghembus nafas lega.

'Haih,kacau mood jelah hantu tu.Aku baru nak happy dapat tengok muka Kak Dina.Dia pulak datang macam tu je.'rungut gadis itu seraya menutup pintu.

Tetapi saat dia beralih ke belakang,dia melihat wanita yang diyakininya hantu itu berada....

BETUL-BETUL DI BELAKANGNYA!

"AHHHHHH!"jeritan Wardah Sakeena memecah kesunyian rumah besar itu dan terus rebah tidak sedarkan diri.

Author:Alahai penakut.

Wardah:Author sayang,boleh diam tak?Sambung jelah tulis cerita tu.

Author:Eh eh kau ni,dah pengsan mana boleh bercakap.

Wardah:Oh lupa.(sambung pengsan)

Author:🙄😒

                                                         ...

Wardah Sakeena yang baru sedar dari pengsannya cuba untuk duduk dan mengurut sedikit kepalanya yang berasa pening.

Setelah penglihatannya mulai jelas,dia baru sedar yang dia sedang berada....
























































DI ATAS KATIL!

'Eh,aku bukan pengsan depan pintu tadi?Macam mana aku boleh ada atas katil pulak ni?'

Wardah Sakeena teringat penyebab yang membuatnya pengsan.

'Mak!Hantu tu ke yang angkat aku?'fikir Wardah Sakeena.

"Alah,makin melampau la kau ni.Dah terkejutkan aku pastu main angkat-angkat pulak."kata Wardah Sakeena dengan sedikit menjerit.

Eleh,hantu tu dah tolong tak nak berterima kasih langsung.Nasib baiklah dia ada rasa bertanggungjawab nak angkat kau lepas dia buat kau pengsan.Kalau nak tunggu manusia betul yang tolong angkat kau,alamatnya mereput la kau kat situ.

Kita biarkan budak yang tak kenang budi tu di situ,kita sambung di chapter lain ya.

Tbc

Salah satu pengajaran yang boleh kita dapat di chapter ini ialah...

Cubalah berterima kasih atas kebaikan orang kepada kita.

Tak kisah lah tu orang ke,haiwan ke,hantu ke.Cubalah hargai apa yang dia buat untuk kita.

Dah melalut,gotta go!

Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now