BAB 14

115 6 0
                                    

Sudah berkali-kali Amirul mengetuk pintu bilik Amar, namun tiada jawapan yang di dengari.

Lalu Amirul membuka pintu bilik itu dengan kunci pendua yangi Anwar bersama. Sunyi sepi saja bilik Amar ketika itu, pelik saja Amirul melihat bilik itu tiada penghuni.

" Mana pulak budak ini. ," Tercari-cari Amirul kelibat Amar. Lalu Amirul masuk dan menuju ke salah satu pintu bilik yang ada di dalam ruangan itu.

Seperti ruang tidur Amar begitu juga dengan bilik persalinan mahupun bilik air turun tiada juga. Keluh kesah Amirul sambil mencekak pinggangnya, bila kelibat Amar masih tak jumpa lagi.

" Bau apa pulak ni...." Tertangkap Amirul sesuatu di hidung nya. Dan itu membawa Amirul ke balkoni.

" Astaghfirullahal'azim....Amar Zikry!!!!!.." berangin kepala Amirul melihat adiknya sedang menghisap merokok.

Terkejut Amar dengar suara seakan memarahinya saja. Lalu dia memandang ke belakang ternyata itu Abang sulungnya.  Dia sangkakan Aliya datang dan menegurnya tadi.

" Nak apa ? Nak check aku lari ke tak ke. " Dingin saja Amar bercakap.

" Mana ada Along buat macam tu. Yang hisap rokok ni kenapa. Buang lah, tak baik untuk kesihatan Adik. " Nasihat Amirul.

" tension lah.."

" Semua duk ingat aku nak lari. Kalau aku nak buat Perangai, dari kampung lagi aku dah buat dah. Tak perlu tunggu aku dekat sini lah, buang masa. " Geram Amar sambil  meluah perasaan nya.

" Sorry lah...., Papa cuma risau je, tambah pulak Nek Wan buat macam tu dekat Adik semalam. Papa jadi takut, dia takut apa yang jadi dulu, jadi lagi. Sebab tu papa senang nak curiga. Harap Adik faham ye. " Terang Amirul sambil menyandarkan badannya pada tembok.

" Tapi Along pun tak puas hati juga, apa yang Nek Wan buat dekat Adik, kalau Along ada masa tu, mesti Along akan halang dia dari buat Adik. " Uji Amirul sambil menggosok kepala Amar.

Amar mematikan api rokoknya setelah selesai menghisap nya. Sungguh dia berasa sunyi berada disini. Walaupun baru dua hari dia berada di Kuala Lumpur, sudah dia terasa bosan.

" Aku bosan duduk sini. Apa benda aku pun tak boleh, nak ke mana pun aku tak tahu. Macam mana aku nak tinggal sini, kalau macam ni. " Rungut Amar sambil dia menongkat dagu.

" Kalau duduk kampung kan best. Bosan-bosan boleh pi melawat Arwah Opah,....tak pun Arwah Abang Jai. Nak makan boleh je pi rumah Tok, bertekak dengan Wan. Tak pun main silat dengan Anas... rindu ye ..." Muram saja wajah Amar. Sambil dia teringat Satu persatu orang di kampung.

Terasa serba salah Amirul mendengar rungutan Amar itu. Dia pun tahu, Amar tentu berasa sunyi bila terpaksa berseorangan di rumah.

Kerana faktor kesibukan mereka di pejabat, membuatkan mereka terlupa dengan keadaan Amar. Malah Datin Adila, agar sibuk menguruskan butik pakaian nya.

" Kesian Adik Along ni. Along minta maaf ye. " Mengurut Amirul di belakang badan Amar.

Terfikir Amirul cara hendak menggembirakan hati Amar tika ini. Lalu seseorang terlintas difikirannya, dan merasakan Amar akan gembira bila dapat berjumpa dengan orang itu.

" Adik nak dengar tak cadangan Along tak. " Soal Amirul sambil tersenyum kecil.

" Apa dia...."

" Nak tak, kalau Along hantar Adik, pergi rumah mak ngah Ana. " Cadang Amirul sambil menunggu reaksi Amar.

Terus Amar berdiri tegak sambil memandang pada abang sulungnya. Terukir senyuman di wajah Amar.

" Betul ke. Kau tak tipu kan... kan.. kan..." Gembira saja Amar rasa. Bila terdengar nama ibunya di sebut.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now