BAB 47

55 4 2
                                    

Sudah setahun lima bulan Amar sudah meninggalkan kampung halamannya sejak pemergian arwah Hajah Sakinah. Dan Amar menziarahi kubur arwah jai dan arwah opah nya.

" Last dah adik ziarah Opah. Lepas ni entah bila adik boleh ziarah Opah lagi. " Muram saja muka Amar yang mahu meninggalkan kampung halamannya itu.

" Opah sentiasa dalam doa adik. Terima kasih Opah selalu fikirkan pasal adik saja. Adik pergi dulu... Assalamualaiku. " Terus Amar mencapai air botol lalu dia menuang air ke tanah kubur yang sudah menumbuh rumput kecil.

Terus Amar berjalan menuju ke pintu pagar lalu menutup dengan rapat sebaik saja dia keluar dari tempat itu. Berat hati Amar untuk pergi masih lagi dia menatap pada kubur milik arwah Hajah Sakinah.

Terasa bahunya di paut oleh seseorang dari belakang lalu di peluk dengan erat. Tahu dia tangan itu milik abang sulung nya.

" Nanti kita datang lagi ye. " Pujuk Amirul bila dia melihat Amar seakan sukar untuk meninggalkan tempat itu.

Walaupun sudah hampir dua tahun arwah Hajah Sakinah meninggalkan mereka. Namun sakit itu masih lagi terasa terutama pada Amar.

" Cepat betul masa berlalu. Tak sangka dah nak balik dah, entah bila boleh balik sini lag. " Sedih saja Amar rasa sekan seperti kali pertama dia mahu keluar dari kampung batu kecil

" Nanti Along bawa adik balik lagi." Pujuk Amirul agar Amar tak layan perasaan sedihnya.

" Yelah tu....nak balik lama sikit pun susah. Asyik sibuk dengan kerja lah, projek baru masuk lah, kena jumpa dengan Client lah. " Makin kuat rasa merajuk Amar dengan nya.

" Along minta maaf lah pasal tu. Nak buat macam mana tanggungjawab Along makin besar sebaik saja Along naik pangkat ni. Harap adik faham ye. "

" Alasan...."

" Dah lah tu....jangan merajuk dengan Along ye. Jom kita balik dah pukul berapa ni. Nanti sampai lambat pulak. " Uji Amirul sambil melihat jam tangannya sudah menunjuk pukul 11 pagi.

" Ye lah..." Terus Amar melangkah pergi namun sempat dia melihat ke arah kubur buat kali terakhir.

" Arrrrgghhhh!!!!.....malas yeeee nak balik KL. " Menjerit Amar bila dia terpaksa pulang ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

************************************

Terus Datin Adila memeluk tubuh Amar sebaik saja Amar masuk ke dalam rumah. Dua minggu Amar berada di kampung atas permintaan Hajah Salmah membuatkan hati nya menjadi gusar. Sebaik saja cukup dua minggu Amar berada sana, berhari-hari dia memesan pada Amirul agar tidak lupa mengambil Amar nanti.

Dan kini, dia berasa lega apabila Amar sudah ada di hadapannya.

" Rindu mama dekat adik. " Terasa nak takepas saja Datin Adila dari memeluk tubuh Amar.

" Adik pun...mama sihat. " Terus Amar melepaskan pelukan.

" Tak berapa nak sihat rindu kan adik. "

" Adik dah ada depan mama ni. "

" Yelah...adik dah makan, kalau belum pergi mandi dulu. Mama siapkan nya. " Ujar Datin Adila sambil berjalan masuk ke ruang tamu.

" Masih kenyang lagi mama. Tadi sebelum balik Tok dah jamu kami nasi. Nanti malam lah, makan dengan semua. " Uji Amar.

" Ye lah kalau macam tu, tentu adik penat pergi lah rehat dekat bilik. "

" Adik pergi dulu ye.

Terus Amar meninggalkan Datin Adila seorang diri. Dari jauh Amirul terus melihat gelagat mama nya. Kadang dia berasa senang lihat cara Amar melayan Datin Adila dengan baik.

Hati Yang disakiti On viuen les histories. Descobreix ara