Bab 19

92 5 4
                                    

Amar meniarap di atas katil nya sambil membaca majalah yang dia pinjam dari Khairil. Sehelai demi sehelai Amar membaca, banyak informasi yang dia dapat dari majalah itu.

" Mahal gila barang ni. Mau pokai aku kalau nak beli semua ni. " Membelek Amar Setiap jenama yang ada dalam majalah itu.

Sedang Amar membelek majalah itu. Pintu bilik nya di ketuk dari luar lalu di buka. Terlihat Amirul sedang berada di hadapan pintu bilik nya.

" Adik....buat apa. " Soal Amirul apabila membuka pintu bilik Amar.

" baca ni..." Amar mengangkat majalah itu dan menunjuk pada Amirul.

" Aik...sejak bila layan glam pulak ni. " Hairan Amirul melihat adiknya membaca majalah seperti itu.

" Airil punya. Dia suruh aku baca benda ni. Kata nanti, aku akan dapat idea macam mana nak bergaya. So...dia nak tengok lah, bila aku datang rumah ibu nanti macam mana. Menyusahkan betul budak ni. " Terang Amar sambil merungut lalu dia memberi ruang pada Amirul untuk duduk.

" Wahhh...tak sangka Along, Adik ikut cakap Airil,....bukan biasa-biasa ni. nanti Along kena minta pertua dari Airil ni. " Ujar Amirul sambil duduk di tepi katil.

" Terpaksa tanpa rela. Sebab abah masuk campur sama. Kau tengoklah harga dekat dalam buku ni, rasa tak mampu nak beli satu pun. " Kata Amar sambil memberi majalah itu pada Amirul untuk melihat harga-harga yang ada di dalam majalah itu.

" Kan Best ye kalau aku boleh kerja, boleh lah aku beli macam-macam. " Luah rasa Amar sambil meletak kepalanya pada lengannya

" Kerja ? Asal pulak adik kerja ni. Bukan masa adik lagi lah.  " Bantah Amirul dengan hairan.

" Adik baru lapan belas tahun. Sepatutnya kena sambung belajar lagi...yang tergesa-gesa fikir pasal kerja ni, dah Kenapa. " Bantah Amirul dengan ideal Amar itu.

" Malas lah nak sambung belajar. Kau ingat aku ni pandai sangat ke, kalau tak sebab Anas, dah lama aku berhenti belajar. Tu SPM belum tentu aku ambil tau. " terangkat kepala Amar bila Amirul membantah cadangan nya.

" Mana boleh macam tu. Pelajaran tu penting. Adik nak buat kerja apa, kalau dengan SPM saja. Setidaknya, adik kena ada STPM tak pun diploma. " Pujuk Amirul sambil memberi cadangan.

" Kau ingat senang. Sedang sekolah menengah dah berlama aku tak pergi. ni kan pulak STPM ? Diploma...mimpi je lah. " Terus menerus Amar menolak cadangan Amirul itu.

" Cubalah dulu. Takkan nak menyerah terus tanpa mencuba. Tak salahkan, kalau adik mencuba. " Pujuk Amirul tanpa mengalah.

" Memang tak salah mencuba. Tapi kau tak rasa ke membazir, Sedangkan aku pun tak yakin yang aku boleh sambung. Kau pun tak pernah tengok result aku lagi kan. " muram saja wajah Amar bila teringat kembali keputusan SPM yang dia dapat. Malah dia tak sempat menuju kepada arwah Hajah Sakinah.

" Empat B Plus pujian tertinggi dan tiga C Plus pujian atas. Why do you think Along didn't see your result. Walaupun adik tak dapat A+ sekali pun, Along tetap bangga. "

Menunduk kepala Amar sambil menyembunyikan wajahnya, bila Amirul menyebut keputusan SPM nya itu. Tersenyum kecil Amirul lalu dia menggosok lembut kepala Amar.

" Sebab tu Along nak adik sambung belajar balik. Ubah keputusan adik tu. Along yakin adik boleh...ye. " pujuk Amirul lagi.

" Bagi lah aku masa nak fikir, bukan senang aku nak buat keputusan. Macam aku cakap tadi, kalau tak disebabkan Anas, tak mungkin aku dapat keputusan macam tu. " Uji Amar sambil memeluk bantal yang ada di bawah dadanya.

" Bab yang tu, adik jangan risau sangat. Apa gunanya ada Along kalau Along tak boleh bantu adik. Dan Along yakin adik pasti boleh. " Pujuk Amirul sambil memberi kata semangat agar Amar mahu menyambung belajar.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now