Bab 50

33 3 2
                                    

Deruman enjin kereta terdengar di perkarangan villa FARIDADILA. Sebaik saja kereta itu berhenti,  keluar sepasangan suami isteri dari kereta tersebut. Cantik dan bergaya saja pakaian pasangan itu diperagakan seperti baru saja pulang dari majlis yang besar saja.

" Gelap saja rumah...diorang dah tido agak ye. " Soal Datin Adila sebaik saja dia keluar dari kereta. Sambil dia memandang pada villa kepunyaannya.

" Baru pukul 11 malam. Awal betul cucu awak tidur ye. " Uji Datuk Farid sambil melihat jam Rolex di tangannya lalu merapat pada Datin Adila.

" Mungkin penat di sekolah lagi agaknya tu. " Duga Datin Adila sambil memeluk lengan suaminya.

" Biasa lah, lagipun cucu-cucu kita sudah lama home School. Dah balik Malaysia terpaksa ikut jadual sekolah pulak. Harap diorang cepat terbiasa. Kadang kesian saya tengok diorang tu. " Kata Datuk Farid sambil memikirkan tentang anak-anak Amir.

" Sayang pun harap macam tu juga...."

Baru saja Datin Adila bermesra dengan suaminya. Lalu datang Aliya bersama Amirul, dan menghampiri pada mama papa mereka.

" Mari mama kita masuk, dekat luar ni sejuk, tak baik untuk kesihatan mama tu. Rasa sejuk sangat malam ni. " Ajak Aliya sebaik saja Amirul sudah menyerahkan kereta tu pada pembantu rumah.

" Aliya masuk dulu ye...mama rasa nak dating sekejap dengan papa. Dah lama tak dating berdua macam ni." Kata Datin Adila dengan malu-malu.

Tersenyum kecil Aliya. Tentu saja dia tahu, bertapa rindunya Datin Adila kerana sudah seminggu ayah mertua terpaksa ke luar negeri kerana menguruskan anak syarikat yang baru saja di buka.

" Manja betul isteri abang malam ni. Nanti lepas anak syarikat dekat Johor tu dah siap, kita berdua pergi cuti ye. " Janji Datuk Farid.

" Ye ke...tak sabar sayang. " Tersenyum manis Datin Adila

Sedang Aliya bersembang dengan mak mertua. Terdengar bunyi berkelahi di arah taman. Terkejut Aliya bila dia terdengar suara Amar menjerit. Tanpa menunggu lama, Aliya terus berlari menuju ke taman dan meninggalkan mereka dibelakang nya.

Terkejut Aliya melihat Amar sedang bergaduh dengan Amran. Dan sempat juga Aliya melihat beberapa pegawai sedang terbaring dan tak sedarkan diri.

" Honey!!!..." Terjerit Sofea yang cuba membantu Amir. Bila Amir cuba meleraikan pergaduhan itu.

" Dear masuk dalam. Bahaya dekat sini. Masuk dalam cepat. " Cemas Amir bila terdengar suara isteri nya.

Sudah beberapa kali Amir cuba menahan pergaduhan adik-adiknya itu. Namun sukar, kerana kini dia bersendirian setelah beberapa pengawal keselamatan yang dipanggil sudah tewas dibelasah oleh adik-adiknya. Malah dia juga turut terkena pukulan yang dia cuba tepis.

Bila dia menahan Amar, Amran pulak menyerang dan bila dia menahan Amran, Amar pulak menyerang. Entah bila pergaduhan ini akan berakhir.

Melihat Amir cuba pertahankan Amar, ianya membuatkan Amran menjadi makin marah. Bila dia dapat peluang, terus saja dia menyerang Amar apabila Amar sudah tak bersedia. Baginya, Amar sudah cukup biadap dengan abangnya nya tapi di pertahankan oleh Amir, dan itu membuatkan dia tak mampu bersabar lagi dengan melakukan Amar.

" Amran....sudah lah kau ni....." Belum sempat Amir habis kata. Terus tubuh nya di tendang oleh Amar dari belakangnya. Dan menyebabkan dia dan Amran jatuh bersama.

Makin marah Amar bila Amran masih lagi menyerangnya walaupun sudah di minta oleh Amir tadi. Amran terus menolak tubuh Amir yang ada di atas nya lalu dia berlari nak menolak tubuh Amar sehingga jatuh.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now