Bab 45

47 2 2
                                    

Tersenyum kecil Amar bila hajatnya untuk melakukan majlis tahlil arwah Hajah Sakinah tercapai. Haji Suhaimi turut ada bersama dengan Amar sambil memberi juadah makanan pada tetamu yang datang.

Selesai saja majlis itu, Amar mula mengemas barang yang di gunakan tadi. Sedang Amar sibuk mengemas, Anas datang dan mula menghampiri nya.

" Malam ni kita lepak na. " Ajak Anas.

" Tengok dulu....aku tak berani nak janji. " Kata Amar sambil menyusun dulang makanan.

" Wey....aku ada hari ni ja dengan hang. Esok hang nak balik sana dah, lepas tu entah berapa bulan pulak hang nak balik. Jom lah...." Pujuk Anas lagi

" Aku tau tu. Nanti aku cuba cari masa dengan hang. Tapi ayah duk panggil aku, suruh aku mai rumah dia. Macam ada benda serius lah. " Ujar Amar.

" Aku ikut hang. "

" Ok...nah...hang pi hantar kat abang Wan. Cepat sikit aku siap Keja aku. " Terus saja Amar serahkan dulang itu pada Anas.

Terus anas melakukan apa yang di suruh oleh Amar tanpa membantah. Selesai saja Amar mengemas terus mereka menuju ke banglo tiga tingkat milik Tan Sri Yahya. Lalu Amar turun dari motosikal milik Anas dan menuju ke pintu rumah Tan Sri Yahya.

" Master Zack...." Tegur anak buah Helang Merah bila melihat Amar sedang masuk ke dalam kawasan mereka.

" Zack....bila hang sampai Penang. " Soal seorang lelaki yang baru keluar dari banglo tiga tingkat itu

" Semalam aku sampai...Mana Ayah...." Kata Amar pada lelaki bernama Firdaus

" Tengah berehat di bilik dia. " Kata Firdaus sambil menghampiri pada Amar.

" Bang long Jan? Aku tak nampak dia pun. Mana dia. "

" Master Jan terpaksa keluar negara atas arahan ayah. Cuma ada master Dayana dan master Jay saja tinggal dengan ayah buat masa ni. " Kata Firdaus sambil menghulur kotak rokok pada Amar.

" Urusan kerja apa yang ayah suruh tu? Sampai dia tak bawa anak bini dia. Selalu kalau dia nak kemana mesti dia bawa. " Soal Amar dengan hairan sambil itu dia mengambil sebatang rokok lalu di hala ke mulutnya.

" Aku tak pasti. Sebab ayah sendiri minta master Dayana tinggal sini sementara master Jan uruskan kerja dia tu. " Terang Firdaus lagi sambil itu dia menghalakan Api lighter pada Amar.

" Bang long Jan pi sapa ja. Takkan dia sorang diri. "

" Dia bawa Ken...tinggal Zam untuk jaga master Jay. Hang pi lah masuk...lama Ayah tunggu hang. " Kata Firdaus sambil menyuruh Amar untuk masuk.

" Yelah..." Terus Amar menyudahkan rokok yang ada di tangannya lalu dia masuk dengan Anas.

Masuk saja Amar ke dalam rumah itu. Dia ternampak Husin sedang memeriksa kesihatan Tan Sri Yahya sambil di temani Dayana.

" Ayah..." Hairan Amar lihat Husin yang turut ada di situ.

" Nadi ayah ok...cuma jangan street sangat, jaga kesihatan tu. " Pesan Husin sambil menyimpan peralatannya.

" Ayah cuma terkejut saja. Kamu tak check ayah pun tak apa. " Kata Tan Sri Yahya

" Mana boleh macam tu. Ayah hampir pitam semalam tau tak. Bahaya untuk jantung ayah tu. " Kata Husin.

" Ayah kenapa? Ada hal buruk ke sampai nak pitam bagai. " Soal Amar yang baru masuk ke dalam rumah itu.

" Biasa lah dik....badan tua, cepat letih...Husin dengan Yana ni cepat cuak sangat. " Tersenyum kecil Tan Sri Yahya

" Boleh tak cuak. Ayah pitam sebab...."

" Husin...." Cepat saja Tan Sri Yahya memotong percakapannya Husin itu. Tak mahu Amar tahu apa yang sudah berlaku.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now