Bab 51

48 4 5
                                    

Di Rumah encik Nasir

" Ye ke...Ana tengok adik macam tak ada masalah apa pun, biasa je. Mungkin dia terasa dengan kata-kata Aliya agaknya..." Balas Puan Anzalna di telefon.

" Dila jangan risau...nanti Ana cuba pujuk adik tu. Nanti bila adik dah balik sana, Dila cuba pujuk hati dia lagi. Ok lah...nanti kita sembang lagi... assalamualaikum " terus Puan Anzalna mematikan panggilan nya setelah lama dia menyembang dengan sepupu iparnya.

Setelah Puan Anzalna merapikan dirinya. Terus Puan Anzalna keluar dari bilik tidur dan mencari kelibat Amar. Amar bersendirian di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ternyata rancangan itu sudah menarik perhatian Amar sehinggakan kehadiran Puan Anzalna tidak disedarinya.

" Khusyuk nampak...." Tegur Puan sebaik saja dia menghampiri pada Amar.

"Eh!!!...ibu, tak perasan pulak ibu datang. " Terkejut Amar bila tiba-tiba terdengar suara bercakap.

" Adik tengok cerita apa ni. " Soal Puan Anzalna lalu dia duduk bersebelahan dengan Amar.

" Asam pedas untuk awak. Best juga cerita ni, bu. " Kata Amar sambil menonton televisyen.

" Ye ke..." Mengangguk kecil Puan Anzalna lalu dia memandang pada wajah Amar yang kelihatan ada lebam walaupun hampir hilang warna lebam itu.

Tak senang duduk Amar bila Puan Anzalna tak habis melihat pada wajahnya. Walaupun sudah dia cuba menutup kesan lebam yang ada di wajahnya namun apabila melihat dari dekat, kesan lebam itu masih lagi nampak. Entan bagaimana dia hendak menerangkan mengenai hal yang terjadi seminggu lepas.

" Kenapa ibu pandang adik macam tu. " Soal Amar dengan nada yang resah.

" Kenapa anak ibu pakai krim muka ni. Malam-malam pulak tu. " Soal Puan Anzalna yang kehairanan melihat wajah Amar keputihan sedikit biasa.

" Owh... mungkin adik tak basuh betul kot...tu nampak putih lagi tu. " Dalih Amar agar Puan Anzalna tak curiga padanya.

Tersenyum kecil Puan Anzalna bila Amar cuba penutup penipuannya itu. Sedangkan dia sudah tahu apa dah terjadi seminggu lalu. Sengaja dia mahu menduga Amar, untuk melihat Amar akan berterus terang atau tidak.

" Hey... Tak nak beritahu ibu ke....apa dah berlaku. " Tanpa menut lama, terus Puan Anzalna membongkar penipuan Amar itu.

" Ibu dah tahu ke?....aduh...penat-penat adik cuba cover, ibu tahu juga. " Sayu saja wajah Amar sambil dia mengeluh kecil. Makin susah hatinya bila Puan Anzalna sudah tahu apa berlaku.

" Beritahu ibu apa yang berlaku. Sebulan adik cuba mengelak dari jumpa ibu ni, apa yang adik cuba sembunyikan. " Soal Puan Anzalna seakan mendesak Amir untuk bercerita.

Sedang Puan Anzalna menyoal Amar. Kebetulan Encik Nasir baru pulang dari masjid, lalu dia melihat Puan Anzalna sedang menyoal Amar.

" Kenapa ni sayang....macam serius saja abang tengok. " Soal Encik Nasir bila Puan Anzalna seakan mendesak Amar.

" Anak abang ni...dia cuba sembunyikan sesuatu dari kita. Tu muka dia tu ada lebam, jangan ingat adik tutup lebam tu ibu tak nampak. Cepat beritahu ibu apa yang berlaku. " Geram Puan Anzalna bila Amar masih membisu.

Terus Encik Nasir duduk di kerusi yang kosong. Sambil itu, dia menilik muka Amar yang keputihan itu.

" Apa yang adik cuba sembunyikan tu. Tak nak beritahu kami apa dah jadi. " Soal Encik Nasir bila dia turut perasan muka Amar memakai krim saja.

" Tak ada...apa sebenarnya...." Makin resah Amar bila kehadiran Encik Nasir turut ada disitu.

" Tak nak cerita apa yang berlaku ke. " Lembut saja Encik Nasir mendesak Amar.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now