Bab 53

40 4 3
                                    

Beberapa keping gambar terpapar di atas meja. Lalu dia mengambil salah satu kepingan gambar itu lalu dia tersenyum lebar.

" Jadi ini aktiviti budak ni. " Soal wanita tua sambil dia memegang sekeping gambar.

" Ye Puan Sri. Ini salah satu aktiviti yang di lakukan budak yang Puan Sri arahkan untuk saya pantau. " Kata seorang lelaki muda.

" Bagus aku suka dengan hasil kerja kau. " Tersenyum gembira Puan Sri Zubaidah dengan hasil kerja orang upahan itu.

" Nah...separuh lagi bayaran untuk kau. " Serah Puan Sri Zubaidah pada penyiasat persendirian itu.

" Terima kasih Puan Sri. " Tersenyum lebar Encik Zubir sambil dia mengambil sampul surat berwarna coklat itu. Lalu di membuka sampul itu sedikit untuk mengira jumlah yang ada di dalam sampul tersebut.

" Eh... Puan Sri, banyak betul Puan Sri bagi dekat saya ni. Tak seperti yang kita janji dulu. Puan Sri silap kira ke. " Soal Encik Zubir setelah dia selesai mengira duit yang dia terima itu.

" Aku tak silap kira. Anggap saja ianya bonus untuk kau. Kau bagi berita yang sangat baik dekat aku. Dan satu lagi, padam dalam ingatan kau berurusan dengan aku. Tapi bila aku perlukan kau, aku akan call kau nanti. " Kata Puan Sri Zubaidah sambil tersenyum sinis.

" Beres Puan Sri...saya minta izin dulu. Terima kasih sudi guna khidmat saya. " Terus Encik Zubir bangun dan meninggalkan Puan Sri Zubaidah bersendirian.

Tersenyum puas Puan Sri Zubaidah sambil menikmati secawan kopi yang ada di hadapannya. Lalu dia menilik gambar yang dia pegang itu.

" Aku akan pastikan kau keluar dari rumah tu budak tak guna.

*******

Kehidupan Amar kembali seperti biasa. Selesai saja waktu kerja, Amar mula mengemas dapur yang digunakan tadi bersama dengan pekerja restoran

" Zack.....tak siap kemas lagi ke. Chef Syafiq dah tunggu kita semua tu. " Ajak salah sorang pekerja restoran itu.

" Dah... jom. "

Amar terus ke dewan makan. Dan melihat semua pekerja restoran la cinta hati berhimpun situ sambil menunggu kedatangan semua pekerja restoran itu.

" Semua dah ada kan. Boleh kita mulakan, Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Dan selamat malam. " Ucap Syed Shahzan selaku pengerusi restoran itu.

" Waalaikumussalam...." Jawab pekerja restoran secara serentak.

" Saya rasa kamu semua sudah tahu bukan kenapa kita berkumpul di sini. Saya pun tak nak membuang masa. Lagipun dan lewat malam. Bonus kali ni, saya beri atas tangan. Saya harap dengan bonus kali ni, dapat menaikkan semangat kerja kamu semua. Silakan beratur dan mengambil bonus kamu semua. " Ucap Syed Shahzan tanpa berlengah.

Setiap pekerja mengambil seorang sampul surat itu. Tersenyum gembira pekerja restoran La Cinta Hati menerima sejumlah wang sebagai bonus mereka.

" Terima kasih Tuan Syed dan Chef Syafiq. " Teruja saja pekerja restoran La Cinta Hati. Sambil itu mereka sembang antara satu sama lain.

Melihat rata-rata pekerja mereka sudah mengambil sampul surat itu. Mula Beransur-ansur untuk pulang. Terus Amar mencapai begnya dan mula bergerak ke motorsikalnya. Berkerut dahi Amar melihat tayar motor sudah kempis.

" Aduhh....masa ni pulak kau nak kempis bagai. " Rungat Amar sambil dia membelek tayar itu.

Syed Shahzan menunggu adik nya yangsedamh mengunci pintu restoran itu. Baru saja Syed Shahzan hendak melangkah, baru di nampak kelibat Amar sedang memeriksa tayar motor.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now