BAB 12

180 11 4
                                    

Keesokan harinya

Amar turun ke bawah sebaik saja dia sudah bersiap. Sedang Amar turun, terdengar bunyi geseran tayar kereta yang memasuki perkarangan vila itu.

Amar langsung tak menunjukan rasa ingin tahu siapa. Lalu dia terus ke dapur dan mencari sesuatu untuk di makan.

" nak masuk dapur pun susah. Besar sangat rumah ni. Buat lah macam rumah opah tu, kan senang. Turun ja tangga, dah... jumpa dapur. Ni tak. " bebel Amar seorang diri sambil memasuki ruang dapur.

Sebaik Amar masuk dapur. Terdapat pembantu rumah ada 2 orang berada di situ. Keduanya berasal dari Indonesia.

" Ya Tuan, ada apa. Bisa bik bantu tuan. " kata salah seorang pembantu rumah itu. Bik Minah

" Humm....Tak apa Terima kasih. Tapi kan wak... Tak perlu kot nak panggil saya Tuan bagai. Panggil saya zack dah lah. " kata amar dengan nada yang segan.

" Maaf Tuan, itu sudah jadi aturan di dalam rumah ni. Nanti Bik biasa dimarahi oleh Datin. " kata pembantu rumah seorang lagi. Bik sunti

" apa-apa je lah...." Mengalah saja Amar. Sudah banyak kali Amar membantah mereka memanggilnya Tuan. Satu pun tak ikut.

" Boleh bagitau tau, tang mana gula dengan kopi. Saya nak buat air ni. " kata Amar dengan nada yang menyerah.

" Tuan ngak perlu repot, biar aja Bik yang bikin sama Tuan ya. Sunti, hidangkan kuih untuk Tuan. " kata Bik Minah. Terus dia  menghampiri pada kabinet.

" Ok. "

Amar duduk menunggu di meja mermar. Amar melihat persekitaran dapur itu. Cantik dengan desing sangat mewah dan luas persekitaran nya.

" Kan bagus kalau Arwah Opah pun rasa apa yang aku rasa macam ni. Tak perlu Opah bersusah lagi. " Desis hati Amar dengan bermuka muram saja.

Sedang Amar melayan perasaan. Tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang.

" yop... Asal duduk sini, jom lah lepak dekat luar. " ajak azwan sambil duduk di sebelah amar.

" mmmm.... Tak yah lah, Bik Minah dah buat air dekat aku tu. Aku minum sini je lah. Kau pergi lah dulu, nanti aku cari kau dekat depan. Ok " kata Amar sambil memakan kuih yang di hidang pada nya.

" tak apa, Bik... Nanti Bik tolong bawa air tu dekat taman ye. " arah azwan.

" baik Tuan Azwan. "

" Dah settel, jom. " kata azwan sambil tangan amar.

Amar terus mengikuti azwan. Tiba di taman mini rekreasi, Amar melihat seseorang yang dia kenali. Amar mengeluh kecil sambil menunduk kepalanya. Dia tahu bahawa dia akan hadapi masalah andai dia bertemu dengan orang itu.

" nek wan.... Miss you lah. " Jerit kecil Azwan sambil memeluk tubuh seseorang dari belakang.

" cucu Nek Wan, amboi sekarang ni. Makin payah ye nak jumpa kamu. Kalau Nek Wan tak datang sini, tak dak makna ye, Nek Wan boleh jumpa dengan kamu ni. Sibuk sangat sampai tak dek masa nak melawat Nek Wan langsung. " kata Puan Sri Zubaidah seakan merajuk .

" ala Nek Wan... Sekarang ni, Az sibuk sikit. Banyak projek baru dekat syarikat tu masuk. So nak kena teliti apa yang patut. Sebab tu yang Az tak dak masa nak jumpa dengan Nek Wan tu. "

" Nanti dah selesai, Az pergi melawat nek wan dekat rumah ye. " kata Azwan dengan nada yang manja.

" ye lah, nanti nak datang, Kamu Call dulu, boleh Nek Wan masak kesukaan kamu tu. " kata puan Sri zubaidah sambil menepuk pipi Azwan.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now