bab 17

98 6 2
                                    

Amar duduk berehat di halaman rumah sambil dia membaca buku yang diberikan dari Khairil. Dia hanya duduk bersendirian setelah adik-adik nya pergi ke sekolah dan begitu juga Encik Nasir. Kini hanya tinggal dia dan Puan Anzalna saja.

" Adik...." Seru Puan Anzalna sambil membawa dulang air. Dan diletak di atas meja.

Terangkat kepala Amar yang melihat suara ibunya memanggil.

" Ala ibu... kenapa susah-susah nak bawa semua ni. panggil ja..nanti Adik masuk dalam. " uji Amar sebaik saja dia melihat puan Anzalna membawa air panas buat nya.

" Saja nak rehat dekat sini dengan Adik. " Tersenyum kecil Puan Anzalna sambil dia duduk. Lalu dia menghidang air itu

" Terima kasih bu..."

Amar mengambil mug yang diberikan oleh puan Anzalna. Perlahan-lahan Amar menghirup kopi panas itu. Terasa aroma kopi memasuki rongga hidung nya.

" Adik.. boleh ibu tanya Adik sesuatu tak.." soal Puan Anzalna seperti teragak-agak hendak berkata.

Terpandang Amar pada Puan Anzalna sesudah hirup minuman nya. Pelik Amar rasakan bila Puan Anzalna seperti teragak-agak saja.

" Kenapa bu ? Ibu nak tanya sesuatu ke. Tanya lah, kalau Adik boleh jawab, insyaallah... Adik akan cuba jawab. "

" Tak ada apa lah...." Mengeleng kecil kepala Puan Anzalna. Seperti ingin mematikan niatnya

" Ibuu....."

" Kenapa ni..ada sesuatu yang mengganggu ibu ke. Cakap lah.. jangan lah buat Adik tertanya-tanya. " desak Amar yang ingin tahu.

" pasal mama Adik. "

Tersentak Amar bila nama mama nya di sebut. Dan itu sudah membuatkan Amar tak senang duduk.

" Owh...." Mengangguk kecil Amar tanda dia faham. Lalu dia mengeluh kecil.

" Macam mana hubung Adik dengan mama Adik. Dah baik ke " Soal Puan Anzalna yang ingin tahu.

" Macam tu lah..."

" Adik...." Resah saja Puan Anzalna rasakan. Seakan hubungan anaknya itu belum berbaik lagi dengan orang tuanya.

" Are you still mad at us? " Soal Puan Anzalna seakan terkilan saja.

" Of course...not, I'm not mad at you. Why do you think I'm mad at you. " Menafi Amar dengan tuduhan itu. Sedaya-upaya dia cuba kemanisan mukanya agar Puan Anzalna tak curiga

" Pada mama adik ? Adik masih marah pada dia lagi kan?..."

Terdiam Amar dengan perasaan kesal. Dia tak menyangka bahawa Puan Anzalna akan bertanya persoalan itu. Cukup sekali, dia pernah bergaduh dengan arwah Hajah Sakinah sehingga Opah nya jatuh sakit.

" Bohong sangat kalau Adik cakap yang Adik tak marah lagi. Perasaan tu susah nak hakis dari hati ni Adik. " Terang Amar tanpa berselindung lagi.

" jadi... Adik berpura-pura sayangkan ibu ke ? Ke Adik berbaik dengan ibu sebabkan adik berasa kasihan. " Tuduh puan Anzalna dengan kasar terhadap Amar. Terdengar nada kecewa di suara Puan Anzalna itu.

" Ya Allah ibu...." Terkejut Amar dengan tuduhan dari Puan Anzalna. Sungguh dia kecewa dengan kata-kata dari ibunya.

" maaf...ibu tak bermaksud nak lukakan hati Adik." Tercuit rasa bersalah di hati Puan Anzalna melihat wajah Amar mula Suram.

" Cuma....ibu tak sangka yang Adik masih marahkan kami lagi. " Sedaya-upaya Puan Anzalna cuba menenangkan hati nya.

" Adik tak marah pada ibu...."

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now