Is it a dream?

59 5 3
                                    

"Laura! Sedar juga kau akhirnya!"

Matanya yang terasa berat tetap digagahkan juga dibuka. Penglihatannya agak kabur sebelum kembali jelas beberapa minit kemudian.

"A-air.."

Seorang gadis berambut tocang bingkas bangun dan mencapai jug air. Hatinya sedikit lega kerana sahabatnya sudah sedar. Syukurlah!

"Aku- kat mana ni..?"

Gelas yang sudah kosong bertukar tangan. Gadis bertocang tadi tersenyum manis sebelum kembali duduk di sisinya.

"Ada di hospital. Kejap lagi husband kau balik. Mesti dia tak sabar nak jumpa kau. Happy betul bila mama kau call dia tadi cakap kau dah sedar. Untung kau!"

Matanya terus membulat. Badannya yang lemah tadi terasa sihat semula. Ini mimpi atau realiti?

"Hah!? Bila masa aku kawin!? Dengan siapa?"

Arissa menggulingkan biji mata. Sebelum ni dia yang suara macam speaker radio. Lepas sedar dari pengsan, berjangkit pulakah kawannya ini?

"Iya Laura.. Kau dah kahwin dengan.."

"Kejap!" Sengaja dipotong ayat Arissa itu apabila matanya bersabung dengan sepasang mata kelabu di luar pintu wad.

" Ada siapa kat luar ke?" Soalnya perlahan. Dia tersenyum kepada insan tersayang yang berdiri di sisi katilnya.
Mama, papa, Arissa, Rossele dan Adrian.

Venus mana?

Entah mengapa hatinya terdetik nama itu. Serentak dengan itu matanya memandang ke arah luar wad. Dia kehampaan apabila empunya mata kelabu tadi sudah tiada di situ.

Dia bermimpikah?

"Aku balik dulu ya. Tu husband kau baru balik kerja. Esok aku datang lagi teman kau lepas husband kau pergi kerja ya!"

Pipinya dicium lembut oleh gadis itu. Dia hanya mengangguk lembut menghantar langkah sahabatnya itu.

Thanks a lot Arissa. Mana nak cari sahabat dunia akhirat macam dia ni.Susah nak jumpa. Satu dalam seribu!

"Hye sweetpea. Glad to see you are awake. Macam nak roboh office aku bila dapat tahu sayang aku dah sedar, tahu!" Satu suara garau menyapanya lembut.

Tangannya dicapai dan dicium lembut.

"A-adam?" Suaranya terkeluar juga walau perit terasa di tekak.

"Yes sweetpea. Miss me? I miss you soo much! Risau aku bila sayang aku pengsan masa majlis semalam tahu? "

Lelaki itu menyangkutkan kotnya di bahu kerusi. Tali leher dilonggarkan sedikit. Penat betul hari ni.

"Sayang dah makan? Aku ada beli bubur ayam tadi. Aku suap ya."

Laura hanya menatap mata coklat lelaki itu dan mengangguk lembut. Entah mengapa dia merasa seperti sesuatu meruntun hatinya.

Adakah kerana sepasang mata kelabu itu? Atau kerana layanan baik lelaki di sisinya ini?

Benarkan Adam ini suaminya? Siapakah lelaki bermata kelabu yang memakai hoodie di pintu wadnya tadi?

Atau itu hanya halusinasi dia sahaja?

Hatinya terasa hancur berkeping-keping. Kalau betul lelaki di sisinya ini adalah suaminya, dia reda. Nampak seperti Adam benar sayangkannya.

Entah mengapa hatinya tidak selari dengan akalnya kini?

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now