The truth

149 11 0
                                    

Ruang dewan mesyuarat Kesatuan Galaksi-Galaksi Bersatu hampir penuh dengan kehadiran pemimpin seluruh planet di Galaksi Adromeda.

Suasana agak gamat dengan suara-suara lelaki bersut kemas rancak berbual sesama sendiri. Mungkin mereka sudah lama tidak bersua, mesyuarat tergempar beginilah baharu mereka berpeluang bertemu.

Meja panjang yang memuatkan lebih 100 orang dalam satu-satu masa itu hampir penuh dengan kehadiran pemimpin tertinggi berpuluh planet dalam Galaksi itu.

Pintu kaca bilik mesyuarat itu juga sesak dengan ketibaan mereka yang baru sahaja tiba. Skrin besar terpampang menunjukkan status kehadiran setiap ketua planet. Kolum merah di skrin itu akan bertukar biru apabila mereka melangkah masuk ke dalam dewan itu.

Venom menepuk perlahan bahu tegap lelaki berselang satu kerusi dengannya itu. Tindakannya itu mengejutkan lelaki botak yang ralit merenung ruang angkasa yang gelap itu.

"Aku rasa tak payahlah. Aku rasa dah rasa selesa digelar Devil Of
Galaksi."

Venom cuma menguntum senyum.

"Nama kau perlu dibersihkan, Greg. Mereka semua kena tahu yang kau tak bersalah. Pesalah yang sebenarnya harus dihukum tahu?"

Lelaki botak itu menggosok belakang leher. Wajahnya masih beriak selamba membetulkan tali lehernya yang terangkat sedikit.

"Nasi sudah menjadi bubur. Aku malas serabutkan keadaan. Asalkan galaksi kita kembali aman sebelum 8 tahun lalu."

"Anggaplah aku buat semua ni atas dasar persahabatan." Balas Jake dengan muka tegang. Dia harus akhiri semuanya hari ini, dalam mesyuarat ini juga.

Venom hanya tersengih memandang lelaki berkaca mata yang berada di tengah-tengah di antara dia dan juga Greg.

"Well, kau dengar je nanti. Aku taknak kau masuk campur."

"Eh, apasal pulak? Greg bukan kawan kau sorang, bro." Jake menghela nafas berat.

"Kau tu Presiden Kesatuan kita. Aku takut kau melebih nanti, kau kena tuduh pakai kuasa veto."

Venom memutarkan biji mata.

"Ada aku kisah? Kebenaran harus dibela!"

"Haih, degil macam dulu kau ni, V. Menyampah aku!"

Venom dan Greg hanya menghamburkan tawa mendengar omelan sahabatnya itu.

Nasib sahabatnya yang tidak bersalah perlu dibela. Sampai bila Greg harus dipandang serong oleh semua pihak?

"Tuan, semua dah cukup."

Venom disapa oleh lelaki bertubuh tegap yang berdiri di sebelahnya. Dia hanya mengangguk.

"First of all, thanks for coming. This sudden meetings may have interrupt your day. We will focus on sudden attack yang berlaku baru-baru ini."

Semua yang ada kelihatan tenang mendengar ucapan dari Ketua Kesatuan itu. Aura Venom pada hari itu lain benar. Mungkin ada perkara penting ingin disampaikan oleh lelaki berkaliber itu.

"Ada sesiapa tahu siapa dalang di sebalik peperangan semenjak dua menjak ini?" Soal Venom seraya memandang satu persatu wajah ketua planet di hadapannya itu.

Semua yang ada di situ memandang sesama sendiri. Suasana tenang tadi menjadi hingar bingar semula.

"Devil Of Galaxy."

Satu suara kedengaran kuat. Venom segera memalingkan wajah kepada empunya suara. Kolon, lelaki berambut putih. Merupakan ketua Planet Denlon. Dengarnya anti benar lelaki itu dengan Greg.

Lagenda Kerajaan Reutus حيث تعيش القصص. اكتشف الآن