Hospital

182 7 0
                                    

"Kau okay, bro?"

Keadaan wad VVIP itu tenang sahaja. Pagi itu langit oren kelihatan indah. Namun keadaan yang tenang itu bertukar tegang tiba-tiba apabila lelaki berkerusi roda masuk ke dalam wad itu.

Wajah tegang lelaki yang terlantar atas katil hospital ditatap perlahan. Marah betul Venus kat aku. Macamana nak buat eh?

"Look.." Dia tidak berani menatap wajah bengis lelaki tampan itu. Dia hanya menekur memandang lantai hospital.

"Kau nak apa lagi?"

"Aku..." Dia terus kematian kata.

"Bukan kau dah puas ke tengok aku terlantar macam ni?" Venus merenung tajam figura berkerusi roda itu dengan perasaan sebal.

"I am sorry. Aku tak ada niat.."

Venus mendengus perlahan.  Dia bangun perlahan dan cuba untuk berjalan terhencot-hencot ke arah lelaki berkerusi roda itu.

"Papa aku lantik kau sebagai orang kanan aku untuk bantu aku memimpin negara. Bukan untuk mengkhianat aku, jatuhkan aku!?!"

Dagu lelaki berambut hitam itu didongakkan memandangnya. Mata hazel itu mengalirkan air mata.

"Aku mintak maaf Vens. Aku kena ugut. Kalau aku tak buat apa yang dia suruh, nyawa ibu aku dalam bahaya!" Lelaki itu bersuara lemah.

Percayalah, dia tak pun tak sanggup nak khianat kawan sendiri. Apatah lagi negara sendiri!

"Kau dah hancurkan kepercayaan aku, Lute! Kau ingat aku nak percaya?" Venus tersenyum sinis.

Memang kepercayaan dia terhadap bekas anak buahnya itu sudah hancur! Susah nak percaya lelaki ini lagi!

"B-betul Vens. Kali ni aku tak tipu. Ornag tua tu ugut akan bunuh mak aku kalau aku tak ikut arahan dia. Aku--"

"Shut up! I don't wanna hear any words from you. Get out!?" Jerkah dia kuat. Orang macam ni tak boleh beri muka. Cukuplah dia ditipu dan dipijak.

Selepas ni memang dia akan tegas dan garang dengan semua anak buahnya. Layan macam keluarga, malah kita dipijaknya! Protokol akan diperketatkan!

Say goodbye to old Venus!?

"But--"

"Aku kata keluar bangsat! Sebelum aku baling dengan kerusi hospital ni!?" Jerkahnya garang.

"O-okay. A-aku keluar."

Venus mendengus kuat apabila kelibat lelaki berkerusi roda itu hilang dari pandangannya. Nasib kau baik aku masih ada rasa perikemanusiaan! Kalau ikut hati memang aku nak bunuh saja pengkhianat macam kau!

Sial!
🔥🔥🔥

" Kau ingat yang aku hilang dua hari tu? Aku diculik Kenkove. Dia paksa aku untuk terlibat dalam plan dia."

"Kau pun ikut membuta tulilah?" Pluto menghela nafas kasar.

"I have no choice. Dia tayangkan ibu aku secara live. Dia tengah luangkan masa dengan bunga kesayangan dia masa tu. Silap sikit, nyawa ibu aku ditamatkan macam tu saja."

Pluto menghela nafas berat. Nasib lelaki ni baik. Venus masih ada belas kasihan. Kalau tak, memang dah dalam tanah agaknya Lute ni!

"Syukurlah ibu kau selamat." Pluto membalas pendek. Dia membetulkan bantal dikepala katil.

Kenapa dia pun dalam ni? Heh, ini semua angkara makhluk hitam itulah! Habis patah tulang rusuk kirinya dihentam. Mujur Rudy dan Ken datang membantu.

Dia terlebih dahulu dihantar ke hospital sebelum Venus pula menyusul dengan kecederaan agak parah darinya.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now