Gertak

147 8 0
                                    

" Tuan, Tenaga solar terputus satu negara! Apa kita nak buat ni?"

"Guna backup plan. Kerahkan semua robot mengawal di semua tempat! Even Bandar, pekan atau kampung! Bunyikan siren amaran kepada orang awam."

"Baik tuan!"

Venom mengurut pelipis perlahan. Apa sebenarnya yang dia nak? Putuskan bekalan makanan negaranya? Putuskan sumber air bersih? Menyerang bandar secara besar-besaran?

Semua dah. What's next?

"Setengah bandar masih dalam fasa baikpulih. Rakyat pun masih ada keadaan trauma lagi. Sekarang dia nak serang lagi?"

Greg mengigit bibir. Adiknya itu seolah-olah tidak makan saman. Bebal sungguh!

"Aku mintak maaf, V. Aku gagal didik adik aku. Kalau.."

Venom menepuk bahu sahabatnya perlahan. Dinding bilik mesyuarat yang luas itu ditenung tanpa riak.

"Dalam hidup kita ni, G. Jangan ada istilah kalau. Semua yang berlaku ni sudah takdir aku. Mungkin musibah yang melanda ni, nak uji aku sama ada aku layak atau tidak menjadi pemimpin negara ini."

"Tapi kalau tak sebab adik aku mesti kita takkan.."

Lelaki separuh abad itu mengeluh berat. Berat sungguh beban di dada. Kekesalan menggunung kerana semua kemusnahan ini angkara darah dagingnya sendiri!

" G percayalah semua yang terjadi ni, ada hikmahnya."

Greg hanya mengangguk lemah. Dia sangat berharap agar tiada lagi serangan secara fizikal terhadap planet itu.

Bila lah agaknya adiknya itu mahu berubah? Marah-marah dia pun, sebagai abang dia masih mengharapkan adiknya itu kembali ke pangkal jalan.

Hopefully one day...

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now