3rd war ( Robotic & Black Entities)

170 8 0
                                    

"Kita telah diserang!"

Venus melangkah keluar dari kedai terbiar berhampiran setelah selesai mandi dan juga menjamah sedikit makanan. Dia terlopong melihat keadaan huru hara dihadapannya.

Apa ini miska?

Asap berkepul-kepul menyerbu wajahnya. Kepala robot bergelimpangan di sana sini. Ketika itu barulah dia sedar sepenuhnya.

Mereka diserang lagi? Mujur dia sentiasa membawa pedangnya ke mana sahaja dia pergi.

Langit pagi itu kelihatan agak gelap dari biasa. Keadaan hingar bingar itu diselangi dengan robot terhempas ke jalan dan meletup.

Sambil berjalan dia sempat memotong beberapa kepala robot pihak lawan yang datang menyerang. Jalan magnetik merekah dan berlubang di sana sini.

Robot pihak lawan bewarna metalik sedikit perang seperti besi buruk manakala robot Reutus grey berkilat cantik diperbuat dari besi bermutu tinggi dan mempunyai senjata lengkap.

Tangannya tangkas melibas dan menangkis robot buruk yang datang menyerang. Robot tersebut jatuh ke tanah dan mengeluarkan asap. Manakala kepalanya tergolek ke kakinya.

Venus hanya menggeleng. Saintis gila mana cipta robot buruk ini? Tak layak dipanggil robot perang kalau macam ni. Heh.

" Weh, hahaha!"

Dia menoleh apabila mendengar seseorang lelaki galak ketawa sambil menembak robot musuh yang datang menyerang betubi-tubi.

"Sampah betul! Tak boleh ke orang tua tu cipta robot elok sikit! Macam besi buruk aku tengok diorang ni semua!"

"Eh celaka ni! Sempat lagi kau ketawa eh? Tolong aku ni sial!" Lelaki berambut hitam berkilat menjerit sambil menujah perut kelibat hitam yang datang menyerang.

Ya, selain robot tempur, musuh juga ada menghantar mahkluk hitam bersenjata. Makhluk tak guna ni boleh hilang berdesup kalau diserang. Boleh sakit hati kalau tembak tak mengena tahu?

Kau rasa?

Vens menjungkit kening. Macam kenal. Pluto? Rudy? Ken? Bran? Akhirnya sampai juga malaun-malaun ni.

"Hah, baguslah kau dah sampai! Ada bawa MAHEM tak?" Dia mengerling pedang yang tersisip di tangannya. Sengaja dia membawa senjata kuno itu bersamanya. Berguna juga untuk memenggal kepala musuh!

"Of course ada! Nah!"

Dia menyambut senapang itu dengan senang hati dan menghalakan pada kereta kebal yang sedang mara menghancurkan kereta solar atas jalan magnetik.

BAM!!

Sejurus kemudian kereta kebal dua kali ganda besar dari mereka meletup. Mereka pantas meniarap untuk elak terkena serpihan kereta kebal tersebut.

"Good shot bro!" Sengih Pluto sambil menepuk bahu sahabatnya.

Senapang metallic itu bukan senjata biasa. Tembakan MAHEM boleh meleburkan besi dan menembusi perisai yang dipakai pihak musuh.

Pluto pula menghalakan HELLA kepada roket yang berlegar-legar di udara. Roket itu mengeluarkan muncung senjatanya untuk menyerang bangunan berdekatan.

Dasar! Cukuplah dengan kemusnahan yang ada! Jangan nak burukkan lagi keadaan! Siap kau!

Peluru berpandu yang dilancarkan berderai di langit sebelum sempat menjamah bangunan kaca berhampiran.

"Congrates bro! Kau dah selamatkan Perpustakaan Reutus!"

Dia hanya tersengih lebar. Bangunan gergasi berbentuk buku itu dilihat sekilas. satu gelung kaca dilihat naik dan melindungi bangunan tersebut. Banyak khazanah negara dalam itu!

Nasib keselamatan bangunan perpustakaan itu memang tip top!
Ben datang sambil memegang raifal laser di tangan.

"Apa tu?" Soalnya sambil mencapai air botol dan meneguknya rakus. Tekak kering sebab lawan robot besi buruk yang semakin ramai.

Ada kena mengena ke dengan tekak? Lawan dengan tangan kan? Entahlah labu..

"Ni? Kita panggil HELLA. Nampak macam senapang biasa tapi bukan, bro. Masukkan cecair khas dalam ni, then boleh halakan pada peluru, senjata, musuh. Hancur lebur semua, bro!"

"Wah! Senyap-senyap pakai barang baru eh?" Dia menjongket kening.

"Otak geliga dia ni lah!" Pluto menggosok kasar kepala seorang lelaki yang terlentang kepenatan di sisinya.

"Hoi, jangan main kepala aku gila!" Lelaki itu mencebik sambil bangkit dari pembaringan. Rosak rambut hensem aku!

" Ah, kita nak berperang! Bukan nak pergi mengorat awek, Bran!" Pluto menjelingnya sekilas.

"Kisah apa aku? Berperang pun rambut kena on tahu! Bukan macam kau, rambut sudahlah kuning macam roti jala mak aku. Keras macam dawai rumah jiran aku pulak tu!"

"Hoi, ini dah menghina! Meh sini aku tembak kau pulak! Dasar bocah!"

Bran laju melarikan diri sebelum Pluto memecut mengejarnya dari belakang. Ken dan Rudy hanya menggeleng.

"Budak berdua ni kan. Bercakar 24 jam!" Ken melibas kepala robot yang menerpa tiba-tiba. Mujur dia tangkas.

"Macam kau tak kenal budak berdua tu." Dua robot berlari ke arah mereka dengan pantas. Rudy cepat-cepat berundur sebelum kedua-dua robot tadi bertembung dan meletup.

Senapang laser diletakkan di sisi. Beberapa robot kelihatan bergelimpangan berhampiran mereka.

"Nampaknya bilangan mereka semakin banyak!" Ken merungut kecil. Nafasnya sudah termengah-mengah. Dari pagi tadi mereka bertarung membunuh robot-robot musuh.

Sekarang malam sudah menjelma namun bilangan robot musuh masih tidak berkurangan. Sedangkan tenaga mereka semakin lama semakin susut.

"Nampaknya dengan bantuan robot tempur kita pun tak boleh ni!" Rudy mengiakan kata-kata rakannya.

Mereka menyelinap masuk ke dalam bangunan terbiar untuk mengelakkan dari diserang. Tenaga mereka semakin susut, biarlah mereka berehat seketika.

Belum sempat mereka melabuhkan duduk, kelibat seorang lelaki melayang menghentam dinding dengan kuat.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Vens, kau okay?"

Lagenda Kerajaan Reutus Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα