Horibbly sick

154 9 0
                                    

Imbas kembali
Selepas pertarungan di bab 42

"Venus is okay. He just need some rest." Greg menepuk bahu Venom yang kelihatan mundar mandir sejak tadi.

"I don't expect that he will use that power. That power is a powerful one but once you apply it, your life maybe in danger."

Venom menarik nafas berat. Lelaki separuh abad itu menggosok belakang lehernya. Resah kian mencengkam dadanya kini.

"Dia akan okay. Trust me, friend." Ujar Greg lagi.

"Dia hampir kehilangan nyawa. I've been reminding him not to use that power. But now, i am totally a loser."

Greg mengengam bahu sahabatnya untuk memberi semangat. Dia faham. Ayah mana yang tidak risau sekiranya anaknya terbaring di atas katil putih diselangi dengan wayar-wayar di seluruh badan kan?

Dia pernah mengalami situasi ini beberapa bulan lepas. Katerina pernah terlantar seperti Venus ketika ini. Venomlah yang selalu datang meziarahinya serta tidak putus memberi kata semangat. Syukur anaknya kini sihat sepenuhnya.

"Uncle..."

Empat pasang mata mendongak. Tiga orang gadis tersenyum manis kepada mereka.

Katerina menjenguk kepala di tingkap kaca hospital. Hatinya dipagut sayu melihat jejaka idaman terbaring kaku. Hanya dadanya berombak perlahan.

Eh sekejap. Jejaka idaman?

Katerina mengukir senyum tawar. Dia menyimpan perasaan kepada jejaka tampan itu walau hakikatnya mereka berdua berkawan atas dasar kedua ayah mereka berkawan baik.

"How's Vens, uncle? Laura bertanya perlahan. Rambut blondenya mencecah pinggang mengurai perlahan dek pendingin hawa yang kuat menyerbu ruang wad vvip itu.

"He's okay and just need some rest." Lelaki separuh abad itu bersuara perlahan.

Laura mengangguk perlahan. Air mata bergenang di tubir mata. Siapa tidak sedih bila melihat sahabat sendiri terlantar?

Dia memegang dinding kaca yang memisahkan dia dan Vens. Lelaki itu dingin orangnya. Namun selepas lelaki kacak itu meluahkan perasaan kepadanya, sikap dingin lelaki itu berubah menjadi seorang yang penyayang.

Dia? Hatinya berbelah bagi sama sekali kerana dia cintakan Ben. Namun pada masa yang sama dia dapat merasakan bahawa bibit-bibit cinta sudah mula terbit kepada lelaki bermata helang itu. Adakah hatinya sudah terbelah dua? Oh my...

"Uncle, kami bawa sedikit makanan. Mesti uncle berdua belum makan lagi." Arissa memecah kesunyian sambil menghulur bakul bereben merah berisi makanan.

Greg menguntum senyum kepada gadis bertiga itu. Hatinya tersentuh melihat keprihatinan gadis itu.

"Daddy, Kate macam tu ke masa terlantar dulu?" Suara halus Katerina menyapa ruang wad dingin itu. Tangannya memeluk perlahan lengan Greg.

"Yup my darling. Sudahlah jangan ingat lagi. Daddy taknak ingat lagi. That was a nightmare to me."

Greg mengelus perlahan kepala anak kesayangannya itu. Wajah anaknya saling tidak tumpah dengan wajah isterinya yang hilang beratus tahun lalu.

"Alright daddy. Hopefully that Vens will awake very soon." Gadis itu memeluk lembut bahu daddynya.

"Yup darling."

Greg mengangguk laju. Dia juga turut mengharapkan perkara yang sama. Venom yang merenung jauh pemandangan angkasa lepas yang penuh dengan kerlipan bintang di angkasa hanya tersenyum tawar mendengar anak sahabatnya itu berceloteh.

"So sweet of you. How i wish i have a daughter."

Eh?

"Three of us can be yout daughter, papa."

Venom terasa leher dan pinggangnya dipeluk lembut. Anak matanya berpaling untuk melihat gerangan siapa yang memeluknya.

Laura, Arissa yang melingkarkan tangan mereka di bahu lelaki itu hanya tersengih. Manakala tangannya pula digenggam erat oleh Kate.

Venom yang terkejut hanya tersenyum kecil. Telatah gadis bertiga itu mencuit hatinya. Kesedihan yang melanda sedikit sebanyak berkurangan.

Greg pula hanya tersengih.

"Well, tak aci. Daddy nak juga!" Greg memaparkan muka masam mencuka.

Mereka meledakkan ketawa bersama melihat telatah Greg umpama anak kecil itu.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now