Anger

186 10 0
                                    

"Huarghh!!"

Serentak dengan itu tanah bergegar dengan dasyatnya seperti gempa bumi. Beberapa bilik sudah hangus terbakar akibat dibakar olehnya.

Dia tercungap-cungap sambil memandang anak buahnya dengan hati yang membara.

"Macam mana penceroboh boleh masuk hah? Kamu semua makan gaji buta ke? Bodoh!?!"

"Kau, Xavier pergi sediakan tempat untuk aku di tepi laut sana! Bawa sekali mesin dan alat-alat aku bersama! Ingat, aku nak berangkat malam nanti. Aku sampai tapi rumah aku tak siap kemas, kau aku bakar terus!?"

"B-baik tuan." Lelaki gempal penuh dengan duri itu bergegas berlalu bersama beberapa yang lain. Semua yang ada hanya menekur ke lantai lantaran rasa gerun.

Bobby mana? Dia memang berjaya menculik Katerina tetapi dia tetap dikenakan hukuman kerana kehilangan Katerina. Dia dan beberapa orang pengawal ketika rumahnya diceroboh sudah dibakar sehingga tiada sisa yang tinggal.

"Kau semua tunggu apa lagi? Ikut si bedebah tu sekarang!? Tinggalkan aku keseorangan! Atau kau semua nak aku bakar tanpa sisa macam si bodoh tu?!"

Semua pengawal bergegas keluar apabila menerima amaran keras dari tuan mereka tadi. Bimbang mereka akan menerima nasib yang sama!

"Kau tunggu! Tak berjaya guna cara halus, kita guna cara kasar pula ya! Hahahaha!?"

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now