Post war

150 9 0
                                    

"Psst macamana orang tua kutuk ni boleh ada?"

"Mana aku tahu?"

"Sibuklah dia ni! Tak cukup ke dengan robot buruk dengan lembaga hitam lahanat tu? Aku penat lah sial! Bagi aku rehat 10 minit!"

Pluto merebahkan badan atas lantai konkrit berdebu. Berdebu pun berdebu lah! Asalkan dia dapat rehat yang cukup.

Bran hanya mengeluh sebelum turut menghempaskan punggungnya atas jalan magnetik yang sudah retak itu. Ini mahu habis berbilion pulak nak baiki bandar ni balik.

Haish.

"Eh, tuan?" Serentak dengan itu Bran bingkas bangun menyambut lelaki tersebut. Sesekali dia menguis lelaki yang enak berdengkur di tepi koridor kedai sebelah.

"Hmm kau nak apa? Aku nak rehat seke..."

"Tuan!" Sekelip mata dia berdiri tegak apabila menyedari kehadiran lelaki  separuh abad itu. Di kanan dan kiri lelaki berpakaian kemas itu terdapat dua robot tiga kali ganda besar dari mereka.

Robot gergasi!

Patutlah musuh dah tiada. Rupanya telah dihapuskan oleh robot gergasi di kanan dan kiri ketua kerajaan itu. Baru dia perasan yang kelibat jet, kereta kebal, robot tempur dan juga makhluk aneh sudah hilang sekelip mata.

"Kamu boleh balik berehat. Setakat ni semua robot dan makhluk hitam itu sudah tiada. Harap sudah tiada lagi serangan bertali arus seperti ini. Terima kasih atas jasa kamu pada hari ini."

"Tidak mengapa tuan! Sudah tugas kami sebagai rakyat negara ini untuk mempertahankan negara, tuan!"

Lelaki separuh abad itu tersenyum mendengarnya. Bagus betul anak muda itu! Penuh dengan semangat patriotisme!

🔥🔥🔥

"Apa kita nak buat sekarang?"

Ken gelabah menekup darah yang membuak dari dada lelaki itu. Rudy pula membantu lelaki itu untuk baring dalam posisi selesa.

"Entahlah. Aku pun buntu. Kita tunggu saja pasukan perubatan datang."

"Bertahan Vens! Aku tahu kau kuat!"

Wajah lelaki itu pucat lesi. Tubuhnya dipenuhi darah. Nampaknya kecederaan lelaki itu bukan biasa-biasa yang dapat disembuhkan dengan badan alami mereka.

Mereka perlukan pasukan perubatan!

Lagenda Kerajaan Reutus Donde viven las historias. Descúbrelo ahora