Adam's side

24 1 0
                                    

Flashback: Selepas Laura pengsan di dewan Assylum.

Sambungan Bab 66&67: lari/Is it a dream?

" Come, i dah settle kan semua kat kaunter nurse."

Adam tersenyum kacak sambil mengambil beg baju Laura. Gadis yang sedang menghitung dedaun luruh di luar tingkap tersentak.

"Okay." Balasnya ringkas. Langkahnya diatur perlahan mengekori langkah lelaki itu. Sesekali dia membalas senyuman nurse yang berpapasan dengannya.

' Suami adik ke tu? Adik dengan dia nampak sepadan sangat.'

'Untung adik. Hari-hari datang melawat. Siap bawa makanan sedap-sedap pula tu!'

Dia tersenyum apabila suara itu berlegar dalam kepalanya. Memang semua nurse menganggap Adam sebagai suaminya.

Kadang-kadang dia mengiakan saja sebab
tak larat melayan nurse yang kuat mengusik.

"You okay tak ni? I boleh naik panggil nurse balik?"

Laura menggeleng. Salah dia juga mengelamun sampai ke tempat parking kereta ni.

"Eh, saya okay lah. Teringat nurse yang jaga saya tu. Suka sangat mengusik saya. Dia asyik ulang yang kita nampak macam husband and wife."

Adam cuma tersenyum dan start enjin kereta. Gadis manis itu dijelingnya sekilas. Hatinya tenang bila gadis itu sudah sembuh. Pipi yang pucat pun sudah kemerahan.

Dia sudah boleh menarik nafas lega.

"Mesti kita dah sah kalau you tak lari hari tu..I sedar diri i. Tak sekacak dia.."

Laura tersentak mendengar pernyataan itu. Lelaki itu terasa kah? Semenjak dia sedar, memang lelaki itu tak ada mengungkit pasal hal itu pun.

"Awak.. saya minta maaf. Saya tak ada niat..."

Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila lelaki yang sedang memandu itu tiba-tiba gelak berdekah-dekah.

Kening indah yang cantik terletak itu bercamtum memandang pelik ke arah tempat pemandu.

" Awak! Kenapa? Apa yang kelakar!?"

"I gurau je lah. You ambik serius apa i cakap?"

"Hissh awak ni kan! Saya tetap nak minta maaf. Saya bukan tak sayang awak, tapi saya tak sedia lagi. Daripada kita berdua terluka, baik saya lari."

Adam ketawa kecil mendengar ulah gadis itu. Ada-ada sajalah dia ni.

" Maknanya i ada harapan lagilah ni?" Lelaki itu menaikkan keningnya beberapa kali. Sengaja mengusik.

Laura menampar bahu sasa Adam yang khusyuk memandang jalan. Tak padan dengan tengah drive, boleh sakan menyakat orang!

"Suka main-main kan!" Desir Laura perlahan sambil memandang cermin sisi kereta.

"Hai, merajuk ke?" Soal suara garau itu.

"Diamlah!"

Bergema suara garau itu gelak sakan dalam kereta. Hissh tengok tu, dia gelakkan kita lagi!

Tak pernah nak serius Adam ni!

p/s: Korang nak Laura pilih Adam atau Venus yang misteri tu?

p/s: Korang nak Laura pilih Adam atau Venus yang misteri tu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now