Perangkap (New Update)

145 7 0
                                    

Ting tong!

Pintu agam coklat dibuka perlahan. Lelaki separuh abad itu tersenyum lebar melihat gerangan tetamu yang datang.

"Masuklah Laura, Arissa."

Mereka berdua masuk dengan sopan. Eh Lelaki kurus berambut kuning pun ada? Bukan lelaki itu sahaja, malah..

"Hai, Laura,Rissa!" Jerit satu suara halus.

Katerina tersengih sambil memeluk Laura
dan Rissa serentak. Terdorong ke belakang tubuh mereka dek kerana terkejut.

"Ada apa kumpul ramai-ramai ini?" Laura melabuhkan duduk di sisi Katerina. Gadis cantik itu hanya tersenyum memandangnya.

"Rumah uncle diceroboh malam tadi."

"Apa dia uncle!?!"

Laju sahaja tangan Laura menekup mulut Arissa yang over disisinya. Tch, tak cover minah sekor ni. Cuba sopan sikit. Haih.

"Maaf uncle. Kawan saya memang begini. Kalau boleh dia nak rumah hujung sana dengar suara dia ni ha."

"Hish, dah aku terkejut memang macam ni, nak buat macamana lagi?" Sengih Arissa tanpa rasa malu.

Sedangkan di hadapannya ada Uncle Venom, uncle Greg, Katerina dan beberapa orang tua yang mereka tidak familiar. Kawan uncle lah kot.

"Kut ye pun janganlah jerit. Ramai kawan uncle kt sini. Cuba sopan sikit!" Gumam Laura sambil mengetam lengan sahabatnya.

"Baiklah tuan puteri intan payung emas perak gangsa seluruh pelusuk galaksi."

Katerina hanya tersengih menayang gigi terhibur dengan perangai gadis berambut perang itu. Tak pernah serius Rissa ni!

"Serius sikit boleh tak!" Jeling Laura tajam. Rambut blondenya terjuntai di dahi dibetulkan sedikit.

"Auch, okay-okay. Aku saja nak melawak sebab semua muka kat sini serius macam nak buat persidangan sedunia saja." Arissa mencebik apabila beberapa cubitan hinggap pada lengan.

Dia pasrah!

"Erm,  Uncle tak apa-apa ada barang hilang ke?" Laura bertanya prihatin.

Lelaki itu menguntum senyuman tawar. Pelik juga ni. Semua muka macam serius saja. Baru dia perasan.

"Semua barang berharga selamat kecuali..."

Bakk!! Pintu utama yang berukiran flora terbuka luas. Pakcik-pakcik yang sedang berdiskusi entah apa turut terkejut.

"Hoi, masuklah elok-elok sikit!" Ben menjerit geram. Main terjah saja!

Kepala Pluto diketuk kuat. Dasar kurang ajar ini anak. Depan pakcik tunjuk samseng.

"Hoi! jangan main kepala lah! Mak bapak aku pun tak pernah sentuh kepala aku!"

Lelaki berambut kuning itu menendang keras tubuh tinggi lampai itu.

" Eh, nak gaduh ke? Ha, meh sini!" Ben mengacah seperti dalam rancangan WWE.

Pakk!

Pakk!

Suasana riuh rendah tadi bertukar sunyi sepi seperti di tanah perkuburan. Hanya kedengaran bunyi robot sedang mengemas rumah.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now