Just a friend

29 1 0
                                    

Dia menguak jendela dengan senyuman di bibir. Haruman bunga matahari menerobos hidungnya membuatkan senyumannya semakin lebar. Kelihatan bunga yang tumbub segar itu meliuk lintuk dibuai angin pagi.

Matahari juga masih malu-malu untuk keluar. Pintu biliknya diketuk perlahan sebelum dikuak dari luar.

Jasmine tersengih di muka pintu menayang muka tak mandi paginya itu.

"Laura, jom breakfast luar?" Matanya yang bulat kelihatan bersinar-sinar.

" Breakfast luar? Lah, aku baru nak masak Jas. Kita makan kat rumah sajalah."

Jasmine muncungkan bibir sambil memeluk tubuhnya. Gadis berambut perang itu hanya ketawa melihat ulah sahabatnya itu.

"Muncung lagi bibir tu. Iyalah, kita breakfast luar harini. Kedai biasa ke?"

Laura menggeleng sambil mengikat rambutnya dengan kemas. Kalau tak dapat apa yang dia nak, muncung mengalahkan itik serati!

"Yeaay! Sayang kau!" Jasmine menjerit dan melompat memeluk tubuh genit itu dengan erat.

"Hish kau ni. Mandi dulu kalau nak peluk. Bau melekat tau!" Seloroh dia sambil mengepit hidung.

"Eh mana ada! Aku bangun tidur pun bau bunga! Bukan masam macam kau!" Jasmine menjelingnya tajam.

Aku wangi okay. Dia sempat mencium bau ketiaknya sendiri. Tak senonoh betul.

"Eh budak ni. Aku pulak! Shuuh. Pergi siap. Aku bagi 5 minit. Lambat, cancle. Makan kat rumah je."

"Yelah..yelah.."

Gadis itu berlalu lemah menuju muka pintu. Laura hanya tersenyum sebelum mengalihkan pandangan ke luar jendela tadi.

' Jumpa you kat sana, Laura. Miss you!'

Pesanan dari Adam yang mungkin sudah tiba di Haidi's Cafe. Lelaki itu memang punctual. Kadang-kadang terlebih awal.

Dia masih teringat bagaimana Adam menerangkan segalanya selepas dia discharge dari hospital 2 bulan lalu.

" Maaf Laura. Aku tak sanggup nak menipu. tapi dia ada kat situ memerhati kita. Aku tak ada pilihan lain. Aku terpaksa buat kau yakin bahawa aku suami kau."

"Siapa?"

"Venus."

"Tapi kenapa?"

" Entah. Hanya dia yang tau."

Hatinya bagaikan dipanah halilintar ketika itu. Sudahlah lelaki itu hidup pun dia tak tahu.

Tiba-tiba lelaki itu mengahwininya dan lesap begitu sahaja. Tanpa khabar berita.

Mula-mula memang dia murung namun nasibnya baik dia dikeliling mereka yang terus memberinya semangat untuk dia memulakan kehidupan baru.

"Kenapa aku pengsan pada hari tu? Apa yang aku ingat, aku lari dari perkahwinan aku dengan kau, aku terserempak dengan dia, dia bawa aku masuk dalam dewan tapi aku pengsan di depan pintu."

Adam tersenyum dengan segaknya. Lelaki itu juga ada karismanya sendiri. Menyesal pulak dia lari dari majlis itu tempoh hari.

hehe

"Maaf aku tak tahu. Yang aku tahu, dia gendong kau dan bagi pada aku untuk bawak kau jauh dari tempat itu. Lepas itu dia dan orang-orang dia terus hilang dari pandangan."

"Hoi, dah siap belum?"

Dia tersentak dan menoleh melihat Jasmine kelihatan ayu dengan dress kuning paras peha.

"Err dah. Jom."

Dia juga kelihatan menawan dengan dress biru lembut paras betis dengan clutch biru di tangan.

Kau di mana Vens? Banyak kau hutang dengan aku ni. Banyak persoalan yang perlu kau jawab, tahu tak!

Haih.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now